“Tuhan Bila Nak Uji, Anytime Dia Boleh Tarik Orang Yang Terlalu Kita Sayang”-Nonny Nadirah Kongsi Detik Hijrah

Share

Baru-baru ini, pelakon terkenal iaitu Nonny Nadirah telah berkongsikan kisah yang menyentuh hati mengenai perjalanan penghijrahannya. Tak dapat menyembunyikan perasaan dan tangisannya, kisah Nonny ini boleh menjadi inspirasi buat semua yang sedang berusaha untuk berubah.

Berkongsi kisah kepada Salam Muslim, Nonny sebak apabila berbicara mengenai Tuhan Yang Satu.

“Sebelum ini kita hanya bercakap mengenai Allah tapi kita tak rasa keadaan yang Dia memang betul-betul wujud.

Kalau kita percaya Dia ada, baru kita betul-betul akan ada perasaan bersalah, perasaan takut. Sebab itu kita berani buat benda bukan-bukan,

“Saya rasa nak bertudung adalah, kita manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Apa yang saya selalu pesan kepada diri adalah jangan suka mencari kesalahan orang lain.

“Saya muhasabah diri untuk menjadi orang yang lebih baik, sebab itu saya bertudung. Dan kita percaya mati itu pasti.

“Allah nak uji kita bila kita sayang sangat dengan sesuatu itu, seperti makhluk, anytime Dia boleh tarik. Ada seorang kawan berkata, mungkin saya terlalu sayang dekat makhluk ini sehingga saya lupa dengan Dia. Saya terus tersentak. Saya tiada jawapan. Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan diri sendiri. Saya perbaiki diri saya.

“Ya Allah, Kau jadikanlah aku orang yang lebih baik daripada sebelum ini. Kau angkatlah doaku, Kau makbulkanlah doaku. Saya menangis atas tikar sejadah.

“Saya menangis. Saya menangis. Saya menangis. Setiap hari saya menangis. Saya merintih dengan Dia.

‘’Ya Allah, tolonglah aku Ya Allah, tolonglah aku. Ya Allah tolonglah aku. Aku sakit Ya Allah, aku sakit dan aku sedih.

“Di mana saya risau, orang boleh terima ke aku bertudung ni. Tapi saya percaya itu dengan izinNya.  Tapi seorang sahabat saya pernah berkata, apabila kita ingin berubah ke arah yang lebih baik.

“Teruskan mendoakan saya, dan saya akan terus doakan kalian. Semoga kita dapat berpimpin tangan untuk masuk syurga,” kata Nonny.

InsyaAllah Nonny, moga terus istiqomah di jalan yang benar, terus kuat dan sentiasa berada dalam lindunganNya. Amin.

kredit: instagram Nonny Nadirah

IKLAN