Menantikan kehadiran insan baru yang bakal lahir ke dunia ini merupakan momen yang sangat mengujakan bagi sebuah keluarga. Debarannya pasti terasa kerana kehidupan kita pasti akan berubah 360 darjah.
Pelakon, Tya Ariffin juga sedang menghitung detik bagi melahirkan anak keduanya. Jika sebelum ini dia merahsiakan jantina anak yang bakal lahir, kini tidak lagi apabila dia memuat naik video disaat dia mengumumkannya kepada ahli keluarga menerusi instagramnya.
Ia sememangnya satu kejutan buat mereka sekeluarga dan nampaknya Dato Seri Siti Nurhaliza begitu seronok sekali kerana Siti Aafiyah bakal mendapat kawan untuk bermain sekali!
Seperti yang diketahui ramai, Asyalliee yang satu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Syasya Solero’ telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2 Januari yang lalu. Asyalliee telah melahirkan bayinya secara normal dengan bantuan induce.
Setelah hampir seminggu para pengikut Instagram (IG) Asyalliee berteka-teki dengan nama serta wajah anaknya, akhirnya Asyallie telah memaparkan wajah serta menukar nama anaknya di IG. Mengikut perkongsian di IG milik anaknya itu, nama yang telah diberikan ialah Haider Mikhael. Alahai, sedapnya nama! Haider merupakan nama kepada sahabat Nabi Musa as.
Dalam IG milik Haider Mikhael, Asyalliee turut berkongsi beberapa keping gambar serta video yang memaparkan separuh wajah anaknya. Memang comel!
Menyempurnakan tugasan terakhir dengan membuat video Public Service Announcement memberitahu dirinya menyaksikan sendiri ibu kesayangan menjadi mangsa dera. Biarpun dirinya ketika itu masih kecil, tetapi pemenang Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee, 18 tahun, ini dapat merasai penderitaan dialami ibunya sendiri. Bertemu dirinya selepas kemenangan malam tadi, dia yang mesra dipanggil Hanee bercerita pengalaman itu yang dianggap sangat menakutkan dirinya.
Menurutnya ketika itu dia berusia sekitar enam tujuh tahun dan melihat sendiri ibunya menjadi mangsa pukul disebabkan faktor keluarga yang tidak stabil ketika itu.
“Bagi Hanee ia satu pengalaman yang sangat perit memandangkan ketika itu usia masih kecil berdepan dengan situasi berkenaan.
“Tetapi Hanee bersyukur kerana Hanee sudah keluar dari penderitaan itu dan tidak melaluinya lagi situasi yang tidak begitu menyihatkan itu,” ujarnya ketika ditemui sejurus selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja baru.
Tambah Hanee lagi kekuatan ibunya untuk bertahan pada ketika itu adalah anak-anaknya sendiri.
“Sebenarnya Hanee nampak mak Hanee dan sampai depress (murung) tetapi mampu bangkit dari masalah itu dan lebih kuat apabila mahu melihat anak-anaknya jadi lebih berjaya dan jadi insan lebuh baik dari sebelumnya.
“Ibu Hanee tak mahu melihat anak-anak rosak dari family terdahulu dan caranya dengan memberi kasih sayang terbaik buat kami adik beradik. Bukan dari wang ringgit tetapi belaian seorang ibu yang memang kita harapkan sebagai anak.
“Pada Hanee, emak Hanee sangat memberi support dalam industri ini. Dia menjaga dan uruskan Hanee segalanya dan bila Hanee nampak effort mak sendiri dan membuatkan Hanee jadi lebih kuat,” tambahnya yang turut menjadikan ibu sebagai idola.
“Memang semestinya ibu adalah idola Hanee. Ini kerana apa yang Hanee boleh lihat kekuatan yang ada dalam diri emak Hanee yang teruskan kehidupan untuk menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
“Malah emak Hanee sanggup lupakan hasratnya untuk berjaya dalam karier kerana ingin hanee tampil kehadapan. Hanee sangat respek dan bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan ibu seperti emak Hanee.
“Jadi untuk membalas segala pengorbanannya, Hanee mahu berikan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Hanee mahu berikan satu kejayaan dalam karier yang boleh banggakan dia.
“Dan Hanee percaya malam ini dengan kejayaan dari juara Dewi Remaja telah mebuat emak Hanee bangga. Selepas ini Hanee berjanji akan beri kehidupan lebih baik lagi untuk emak Hanee,” jelasnya yang gembira dengan kemenangan tidak disangka ini.
Malam semalam juga turut menyaksikan ibu Hanee, yang mesra dipanggil Sakuraneeda turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Ternyata ibu muda ini begitu gembira melihat kemenangan yang tidak dijangka.
“Saya bangga dengan kemenangan Hanee itu. Kalau sebelum ini ramai yang kata dia sudah glamour dan ada nama kerana berlakon dalam drama popular. Tetapi itu orang kenal dia melalui watk Zaza bukan Haneesya Hanee.
“Jadi saya cakap padanya, saya nak dia beritahu satu Malaysia dia adalah Haneesya Hanee. Walaupun berkulit gelap tetapi tidak bermakna kita boleh dihina sesuka hati. Oleh sebab itu dia sangat terbuka untuk menentang sebarang bentuk kejian dan cercaan jika menyentuh warna kulitnya,” tambah Sakuraneeda yang mengakui pernah berdepan masalah rumahtangga hingga menjadi mangsa dera.
“Walaupun Hanee seorang disleksi dan agak kurang fokus dalam pelajaran, tetapi ada memori yang sukar untuk dia lupakan dari kotak ingatannya. Salah satunya adalah pengalaman saya ketika dia masih kecil.
“Melalui pengalaman itulah saya dan Hanee lebih berani bersuara dan memastikan kejadian ini tidak diulangi lagi. Hubungan kami berdua memang sangat rapat kerana dia satu-satunya anak perempuan selain dua adik beradik lelaki yang lain,” tambahnya sebelum menutup perbualan.
Haneesya Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan menepati ramalan apabila berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.
Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.
Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.
Di episod akhir ini, menyaksikan Scha Alyahya sebagai hos dan pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.
Hati seseorang akan tergerak untuk melakukan kebaikan dengan sendirinya. Ada ketika, tidak perlu untuk semuanya di dokumentasi pada laman sosial media untuk di pertonjolkan kepada khalayak umum, cukup sekadar mereka fahami.
Begitulah adegan di mana Pekin Ibrahim titip rasa syukur atas perubahan isterinya, Mona Allen, mula bertudung beberapa bulan lalu. Dia juga menasihati Mona supaya tidak perlu memaklumkan di sosial media dirinya itu yang sudah bertudung.
Pelakon tanah air, Pekin Ibrahim, 41, rasa bersyukur dengan penampilan baru Mona Allen atas kerelaan hatinya untuk memakai tudung. Sudah beberapa bulan berlalu sejak Mona mula menutup aurat.
Kata Pekin, dia tidak pernah terlintas untuk menggesa isterinya itu berubah. Meski pun seorang wanita Muslim di wajibkan memakai tudung, tetapi dia faham masa yang diperlukan oleh seseorang untuk berhijrah.
Sewaktu ditemu bual oleh Harian Metro, dia juga agak terkejut pada awalnya isterinya memakai tudung dan bila ada tetamu lelaki yang datang, cepat-cepat mencari tudung. Katanya lagi, Mona juga ada ketika ingin cuba-cuba sahaja pakai tudung ketika itu.
“Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung. Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami,
“Saya memang tak pernah gesa dia (Mona) untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati. Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung,” ujarnya.
Rasa syukur tidak terhingga buat Pekin melihat isterinya dengan rela hati bertudung dan menutupi aurat. Dia juga berharap agar Mona kekal istiqamah dalam penghijrahannya. Namun, dia menasihati supaya tidak perlu untuk membuat posting yang ingin memaklumkan dirinya yang sudah bertudung.
“Saya kata dengan Mona, kalau rela hati pakai tudung itu baguslah. Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial. Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikecam netizen,
“Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan. Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila.” katanya lagi.
Perkahwinan antara Pekin dan Mona Allen bermula sejak 7 Disember 2018. Mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin, sudah mencecah usia dua bulan yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.