Bila melihat rakan mengenakan stail tudung baru kita pun mahu mencuba. Tapi bila dah pakai macam tak kena pula. Wajah makin nampak bulat dan chubby atau tembam.Ini antara masalah untuk mereka yang punya bentuk wajah sebegini.
Ramai yang akan mengenakan stail hijab yang menutupi pipi secara keterlaluan hingga nampak pelik dengan harapan dapat menyamarkan bentuk wajah yang bulat ini. Sebenarnya sekiranya wajah anda termasuk dalam kategori ini, bukan stail tudung saja yang perlu diberi perhatian tapi juga material malah anak tudung atau inner juga memainkan peranan.
Berikut beberapa tips memakai hijab buat anda yang berwajah bulat dan berpipi chubby:
Pilih Anak Tudung (Inner) Yang Sesuai
Anak tudung atau inner mempunyai pelbagai jenis rekaan dan ia tidak semestinya sesuai untuk digayakan untuk semua bentuk wajah.
Anda yang memiliki wajah chubby, perhatikan ukuran anak tudung tersebut. Jangan sampai anak tudung tersebut kecil saiznya, sehingga menekan pipi anda. Secara tidak langsung ia membuatkan pipi anda kelihatan semakin chubby.
Untuk wajah chubby, sebaiknya pilihlah inner neck jenis awning yang sedikit panjang melebihi tulang pipi. Ia akan memberikan kesan wajah yang lebih lonjong di bahagian tepi sehingga anda boleh menyembunyikan pipi anda yang chubby itu.
Pastikan Material Dan Rekaan Hijab Tepat
Si chubby tidak boleh sembarangan dalam mengayakan hijab. Anda disarankan memilih rekaan hijab yang boleh memberikan kesan wajah yang nampak tirus.
Untuk menyembunyikan kesan chubby, gayakan hijab tersebut hingga ke bahagian pipi. Jika anda gemar gaya hijab yang flowy pastikan shawl di dahi, tidak melekap dan tirus.
Di samping itu, pilihlah material hijab yang ‘jatuh’ sehingga memberikan efek wajah tirus. Elakkan mengayakan hijab daripada material sutera yang ‘jatuh’ kerana ia boleh mempertegaskan wajah chubby anda itu.
Elakkan juga material efek kilat seperti satin kerana ia memberi ilusi wajah lebih berisi. Selain itu, untuk memberikan kesan tirus, anda disarankan memakai hijab dengan warna polos gelap. Hijab yang bermotif akan menampakkan lagi wajah bulat dan pipi anda yang chubby.
Hindari Hijab Yang Berlapis
Selain menghindari hijab daripada material sutera yang ‘jatuh’, anda juga perlu elak daripada memakai hijab berlapis. Hijab yang berlapis akan menambah volume pada wajah anda sehingga wajah anda akan kelihatan semakin chubby dan berisi.
Anda juga tidak disyorkan memakai pashmina yang tebal.Sebaiknya, anda pilih pashmina atau hijab daripada material nipis, tetapi tidak jatuh.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai seorang hijabi, anda tentu mempunyai koleksi hijab dan selendang yang berwarna-warni. Selalunya, masalah terbesar untuk anda adalah bagaimana untuk untuk menyimpan koleksi hijab yang dimiliki dengan baik. Masalah terbesar untuk anda adalah bagaimana untuk untuk menyimpan koleksi hijab yang dimiliki dengan baik. Cara ini paling terbaik untuk hijabi, simpan hijab dengan teratur, kemas dan bajet. Capai Terus Sarung jer!
Meletakkannya secara teratur di dalam ruang kecil adalah satu tugas yang sangat membosankan! Sebaliknya, anda pasti akan serabut melihat almari anda sekiranya ia tidak disusun dengan kemas dan teratur. Malah, anda sendiri sukar untuk mencari padanan yang sesuai dengan pakaian setiap hari.
Memahami masalah anda, Hijabista kongsikan penyelesaian terbaik untuk anda simpan koleksi hijab anda. Dalam masa yang sama, ia membantu anda untuk mengekalkan tudung dengan baik.
Idea simpanan klasifikasi hijab adalah cara yang lebih mudah dan lebih cepat untuk anda memilih warna yang sesuai atau reka bentuk mengikut pakaian anda serta ia akan mengurangkan kedut pada hijab dan kelihatan lebih kemas.
Wall pocket organizer ini merupakan salah satu tempat menyimpan hijab diy yang mudah didapati di pasaran. Ia memudahkan anda untuk mengatur dan menyimpan peralatan bersaiz kecil dan pakaian seperti sarung kaki, jam tangan dan tudung. Anda boleh menggantungkannya di belakang pintu atau di dalam almari. Ia merupakan antara tempat menyimpan yang sempurna dan pantas. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna agar dapat menambah lagi keindahan bilik anda.
Penyangkut ikat tali pinggang adalah perkara yang sempurna untuk menyimpan koleksi hijab anda dengan mudah dan selamat. Ia akan memaparkan warna dan memudahkan anda untuk memilih hijab yang sempurna setiap hari. Dalam ruang minimum, anda boleh menyimpan koleksi hijab yang banyak dan menggantungnya di dalam almari.
Sekiranya anda kurang ruang menggantung di dalam almari, kotak-kotak hijab yang direka sendiri adalah pilihan yang terbaik. Tidak perlu berbelanja besar untuk membeli mana-mana perabot atau mana-mana tempat simpanan lain. Apa yang anda perlukan hanyalah kotak kosong (anda boleh menutup dan menyediakan kotak kasut kosong juga!). Lipat semua hijab dan letakkan hijab anda di dalam kotak tersebut dengan kemas. Anda boleh letakkannya di bawah katil atau di atas almari.
Besi penggantung tuala adalah pilihan lain yang juga murah serta mudah untuk menguruskan hijab. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz, tekstur dan harga. Jadi pilih dan aturkan hijab yang anda fikir paling sesuai untuk almari pakaian anda dan simpulkan semua hijab di atas besi penggantung tuala tersebut. Tiada lagi masalah untuk anda melipat dan lebih mudah untuk anda mencapainya.
Rak kasut juga boleh digunakan untuk menggantung hijab anda di belakang pintu. Anda boleh menyusun hijab anda dengan menyusunnya mengikut rona warna. Petua untuk memudahkan aktiviti harian anda adalah dengan menyusun hijab yang digemari di baris pertama.
Idea Hanger Hijab – Jadi sedikit kreatif dengan menggunakan organiser hijab yang dibuat sendiri. Apa yang anda perlukan ialah membeli penyangkut dan ring daripada kedai yang terdekat. Letakkan ring ini di dalam penyangkut dan buat seberapa banyak tempat menggantung yang anda perlukan. Anda boleh meletakkannya dengan mudah dan menarik tanpa sebarang masalah. Ini merupakan perkara terbaik untuk rutin harian yang sibuk.
Penyangkut baju mudah didapati di mana-mana sahaja kedai. Ia mengambil sedikit ruang dan sebilangan besar hijab boleh diaturkan seperti gambar di atas. Anda boleh memasukkannya ke dalam almari pakaian bersama-sama dengan pakaian harian.
Teknik ‘Do It Yourself’ ini merupakan teknik yang paling mudah untuk anda. Dapatkan shower curtain ring dan susun dengan baik. Susun di mana-mana tempat yang anda rasakan sesuai dan mudah untuk mencapainya.
Jika anda mempunyai warna dan mahu memakai hijab yang sesuai setiap hari mengikut pakaian, anda perlu melakukan sedikit usaha dan letakkan semua hijab anda dengan pakaian yang sesuai. Jadi, anda tidak perlu membazir masa untuk memikirkan apa yang harus dipakai.
Hijab yang diletakkan di dalam laci sentiasa rosak! Sangat sukar untuk memastikan ia teratur di dalam laci kerana akan bercampur-campur. Tetapi jika anda mempunyai laci kosong, anda boleh meletakkan mini thesis organizer di dalamnya untuk menjadikan ia lebih teratur dan tersusun.
Bagi hijabi yang gemar travel, dUCk Scarf Bag akan memudahkan lagi perjalanan anda. Dibuat dari nilon, dUCk Scarf Bag yang baru dan sangat tahan lama, namun keistimewaan beg ini jua menyediakan tempat untuk hijabi mencucuk jarum peniti atau pun pin tudung. Terdapat tambahan poket di dalam perician beg ini. Hijabi tidak perlu risau kerana beg ini terlalu ringan dan mudah untuk travel mahupun di simpan di rumah kerana warna-warna yang di keluarkan memudahkan hijabi mencarinya di dalam almari baju seperti warna hitam, ungu, pink dan peach.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila menyarung hijab, benda paling tidak selesa adalah apabila anak rambut mula menjalar keluar dari hijab. Ini berlaku apabila kita memakai hijab untuk satu jangka masa yang lama. Kadang kala kita punya masa untuk membuka hijab dan memperbetulkan ikatan rambut tetapi selalunya masa yang kita ada sangat terhad. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan inner neck yang sudah longgar. Hijabi usah risau kerana ada beberapa trik boleh dilakukan dalam menyelesaikan masalah rambut terkeluar dari hijab dan memastikan aurat tetap terjaga.
Hanya mengikat rambut tidak mencukupi untuk mengelakkan anak rambut dari terkeluar. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah untuk memastikan rambut sentiasa dalam keadaan rapi. Tapi jangan pin terlalu ketat ya. Sakit nanti!
Ada juga di antara kita yang tidak biasa memakai anak tudung tatkala berhijab. Bagi anda yang lebih sukakan selendang, pilih anak tudung yang berleher dan pakai cekak getah di dalam agar rambut anda kekal rapi. Jika anda mahu bersukan, penggunaan bandana sangat sesuai. Ia bukan sahaja menyerap peluh, rambut anda tidak akan mudah terlihat jika hijab anda basah. Kalau boleh anda perlu tukar anak tudung yang sudah longgar kerana boleh membuatkan rambut lebih banyak terkeluar.
Jika rambut anda tetap terkeluar walaupun sudah berklip rambut dan beranak tudung, cuba periksa stail rambut anda. Jika rambut anda panjang dan ‘layer’, cuba ikat tocang. Ia mungkin akan membantu sedikit. Sebolehnya elakkan dari rambut anda terkeluar tatkala berhijab. Rambut itu aurat yang wajib ditutup jadi peka akan keadaan hijab anda. Pastikan anda selesa sebelum melangkah keluar dari rumah.
Jika anda tidak mahu menggunakan inner neck, boleh terus membeli tudung yang direka dengan menyertakan inner neck sekaligus. Ini memudahkan anda terus menyarung dengan kemas tanpa memikirkan masalah anak rambut yang akan keluar. Biasanya tudung instan begini sangat selesa dan mudah sekali digayakan.
Boleh juga gunakan inner neck yang mempunyai tali di kiri kanan dan boleh diikat dengan kemas di belakang. ada juga tudung yang mempunyai inner neck rekaan begini dan memudahkan penggunanya untuk menggayakan hijab tanpa ada sebarang rambut terkeluar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak kira apa jua panggilannya, tudung, selendang, hijab, ‘shawl’, penambahan aksesori ‘top to toe’ bukan sahaja mampu membuatkan anda tampil cantik kala menggayakannya, bahkan anda akan rasa hebat memakainya mengikut kesesuaian aktiviti harian.
Tetapi tunggu! Sebelum anda berputus asa dalam usaha untuk menggayakannya, admin tampilkan beberapa tip dalam usaha menggayakan barang-barang kemas dan perhiasan di samping mengekalkan imej berhijab!
Tika mengenakan hijab polos tanpa motif, gunakan skarf bermotif atau sebaliknya. Skarf biasanya digunakan untuk melengkapi tampilan hijab turban yang menghabiskan seluruh bahagian hijab di atas kepala. Dengan menggunakan skarf, bahagian leher dan dada mampu diselindungkan.
Tidak perlu merasa ragu-ragu untuk memilih aksesori kalung yang akan digunakan, hanya perlu sesuaikan dengan gaya dan acara yang akan dihadiri. Jika ingin bergaya secara kasual, padankan sahaja kalung dengan hijab berona cerah.
Tidak disangkal lagi peri pentingnya mengenakan kaca mata buat hijabi tika panas mentari memancar bumi. Namun tidak salah jika sesekali berfesyen, kaca mata memang mempunyai peranan yang penting untuk penampilan si manis hijabi.
Usai melilit hijab, gunakan pin pelbagai bentuk untuk disematkan di hijab bahagian sisi telinga agar terlihat kemas dan tidak terurai.
Pelbagai ajnas gelang, cincin dan jam tangan dapat digayakan untuk menonjolkan lagi penampilan. Pemakaian aksesori tersebut dapat menambah penampilan terlihat mewah.
Tas tangan ini merupakan suatu wadah atau tempat yang digunakan untuk meletakkan barangan supaya dapat dibawa ke mana pun. Dalam dunia fesyen, beg tangan mempunyai peranan sangat penting, dan sangat terlihat menonjol apatah lagi jika ronanya temerang.
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia adalah untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.