Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi diet itu sendiri adalah amalan pemakanan, oleh itu pastikan anda amalkannya setiap masa, setiap hari. Pemakanan perlu dijaga terutama dari segi kuantiti makanan yang diambil.

Ramai antara kita mengelak daripada mengambil nasi supaya badan kekal ramping. Sebenarnya, nasi ialah sumber karbohidrat yang baik dan memang benar ia boleh menyebabkan kegemukan, tetapi hanya jika kita mengambilnya dalam kuantiti berlebihan.

Photo by Total Shape from Pexels

Wanita mana sahaja yang tidak suka nampak langsing bukan? Apabila tubuh langsing dengan BMI yang normal, keyakinan diri lebih tinggi selain tubuh rasa lebih sihat dan berstamina.

Photo by Pixabay from Pexels

Jika anda masih tercari-cari amalan diet yang sesuai sama ada untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan, anda boleh cuba cara seperti yang dikongsikan ini.

IKLAN

Resepi Merampingkan Badan

BAHAN-BAHAN:
1 biji limau nipis
2 uncang teh @ 1 sudu besar daun teh
1 mug air kosong

IKLAN

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rebus uncang teh atau serbuk teh sehingga mendidih. (Guna api kecil). Biarkan mendidih selama 5 minit.
2.  Tutup api dan biarkan suam.
3. Perahkan 1 biji limau nipis.
4. Minum 1 gelas, 2 kali sehari selama sebulan.(dilanjutkan tempoh jika perlu)

IKLAN

HIJABISTA: Sekiranya berat badan sudah ideal, masih perlu mengawal kuantiti dan kualiti makanan untuk kekalkan berat badan dan untuk menjamin kesihatan badan dalam jangka masa panjang.

Sumber kredit: Nurul Diyana Kamaludin

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI