Ada orang bila hendak kurus, dia jaga makan tapi tak exercise dan haslinya berjaya. Tapi kalau exercise tapi tak jaga makan hasilnya gagal. Sebenarnya menjaga pemakanan adalah lebih penting kerana apa yang kita makan mencerminkan penampilan diri kita.
Jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan? Percayalah bahawasanya untuk menurunkan berat badan, sifir yang wajib anda lakukan ialah 80% pemakanan, 20% bersenam. Kalau anda jaga pemakanan, peluang anda untuk kurus akan bertambah.
AIDA AKAN PILIH YANG PALING MUDAH !!!!
Diet ni sebenarnye x susah girls! Ramai aida tengok yang bersungguh zumba la jog la tapi after that lepak mamak order roti tisu, mee goreng mamak bla bla bla. Excersize bagi aida perlu untuk menyihatkan jantung, kuatkan stamina n membakar lebih kalori tapi makan nak kena jage!!!
IKLAN
Ingat!! Jaga makan tak exercise BOLEH KURUS tapi exercise tak jaga makan TAK KAN KURUS!! But sebolehnye mestilah exercise & jaga makan. Pokok pangkalnye terpulang pade korang. Nak kurus, nak sihat, nak curvy… asalkan korang happy n jangan stress-stress.
Anda nak sangat try eat clean tapi idea tu x berape nak ade, aida syorkan #rempahEz2diet by my sista @zawinzali ni! Tanpa pengawet, tanpa mSg, lauk kompom sedap!!1 Dah sedap jangan nanti nasik bertambah 3 pinggan!
Penurunan berat badan pula akan menjadi lebih baik dan efektif sekiranya dilakukan bersama senaman. Senaman adalah pelengkap kepada penjagaan diet seterusnya membantu meningkatkan stamina, jisim otot, menguatkan otot jantung dan membakar kalori.
Senaman sesuai juga bergantung kepada kemampuan individu. Untuk penurunan berat badan, kombinasi senaman jenis aerobik dan kekuatan amat sesuai. Oleh itu disarankan kita merujuk kepada pegawai perubatan terlebih dulu sekiranya menghidap sebarang penyakit.
Lambakan `pakar’ kecantikan tidak bertauliah yang bebas menawarkan khidmat rawatan kecantikan yang dikhuatiri boleh mendedahkan pengguna kepada pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah tona kulit tidak sekata dan kusam disebabkan cuaca panas.
Malah lebih 20,000 ‘pakar’ kecantikan atau estetik tidak bertauliah didakwa bebas menawarkan khidmat rawatan kecantikan di negara ini yang dikhuatiri mendedahkan pengguna kepada pelbagai komplikasi kesihatan, termasuk kanser dan maut.
“Takutlah nak buat facial kat klinik estetik, nanti charge mahal..”
Stima wanita yang mendambakan wajah cantik dan sihat tetapi takut untuk melabur pada klinik estetik yang biasanya mempunyai peralatan yang canggih dan terkini menawarkan harga yang tinggi dan ada juga yang ‘gila promosi’ yang mudah terpengaruh dengan lambakan iklan yang memancing harga murah.
“Saya akui terdapat stigma bahawa untuk mendapatkan rawatan di klinik estetik agak mahal, namun ia kerana hard sell yang dilakukan oleh segelintir klinik kulit. Namun di MyClinic, kami mencadangkan rawatan khas bersesuaian dengan bajet dan masalah kulit yang dihadapi.
Menurut Dr.Choo, di MyClinic popular dengan medical facial, tiada facial seperti salun yang menawarkan harga serendah RM30. Medical facial di sini menggunakan solusi yang mempunyai paten kajian. Ia tidak akan menyebabkan kulit menjadi rengsa, komplikasi, alergik atau mengelupas.
Facial sekali sebulan gaya hidup hijabi
Mengulas masalah kulit paling lazim yang dihadapi rakyat Malaysia, Dr.Choo menjelaskan penggunaan produk penjagaan kulit, rejim paling penting dalam memastikan kulit sihat dan bersih.
“Di Malaysia, masalah kulit paling lazim yang dihadapi ialah tona kulit tidak sekata dan kulit kusam disebabkan cuaca panas. Saya sarankan setiap orang lakukan rawatan muka seperti facial sekali dalam sebulan. Ia bukan lagi satu gaya hidup, sebaliknya satu keperluan. Kulit mati, bintik putih dan bintik hitam, pigmentasi antara sebab utama kenapa kita perlu lakukan rawatan muka.
Semua mahu kelihatan cantik dan yakin apabila berjumpa orang. Nak muat naik gambar di media sosial juga perlukan usaha untuk nampak cantik. Rawatan paling popular di MyClinic ialah hydra facial di mana ia sesuai dengan semua jenis kulit. Rawatan kulit menjadi antara keperluan masyarakat kita kerana faktor media sosial.
“Untuk mendapatkan oppa Korean glass skin, nombor satu yang paling penting ialah perlu gunakan skincare yang bersesuaian. Jangan malas bersihkan muka sebelum tidur. Penting untuk bersihkan solekan dan cuci muka dengan double cleanser, kemudian toner, serum, pelembab dan akhir sekali, wajib gunakan pelindung matahari, kena top up empat jam sekali,” ulasnya lagi.
Mengendalikan masalah kulit dengan selamat.
Klinik estetik terkemuka, MyClinic mengembangkan sayap dengan pembukaan cawangan ke-10 di Shah Alam. Jelas Pengarah Perubatan MyClinic, Dr. Choo Kher Wooi, kesesakan trafik di cawangan sedia ada tidak mampu menampung pertambahan bilangan pengguna dan ini mendorong kepada pembukaan cawangan baharu.
“Ini merupakan cawangan ke-10 MyClinic di seluruh Malaysia. Pembukaan cawangan di Shah Alam disebabkan pertambahan trafik dan kesesakan di cawangan sedia ada,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pembukaan MyClinic Seksyen 9, Shah Alam baru-baru ini.
Menempatkan barisan pakar bertauliah yang mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jelas Dr Choo, setiap pelanggan akan mendapat khidmat nasihat bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, malah boleh disesuaikan dengan bajet yang ada.
“Klinik estetik berlesen perlu mempunyai doktor yang mempunyai Credentialing and Privileging (LCP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu barulah kita akan mendapat kelayakan untuk membuka klinik estetik. Doktor kami mempunyai kepakaran dan profesional dalam mengendalikan masalah kulit dengan selamat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Mana-mana wanita tentunya inginkan kulit yang ‘glowing’ dan berseri sepanjang hari. Bukan mudah untuk mendapatkan kulit yang ‘glowing’ tetapi ia bukanlah satu yang mustahil.
Jika sesuai dengan caranya, tentu impian memiliki kulit yang sihat dan cantik akan menjadi kenyataan. Pokok pangkalnya anda mestilah rajin dan konsisten dalam merawat kulit wajah.
Cuba ubah sedikit tabiat anda pada waktu pagi dengan lakukan 7 perkara ini.
1. Gunakan Serum Antioksida
Antioksidan dari vitamin C dan E membantu menghalang kulit daripada dehidrasi, mengelakkan radikal berbahaya, sinar UV, pencemaran dan juga tabiat makan yang tidak sihat. Gunakan serum ini sebaik sahaja membersih wajah. Tunggu beberapa saat dan kemudian oleskan pelembap. Serum ini boleh menggandakan efek pelembap dan ‘sunscreen’ anda kerana kandungan nutrien yang ada di dalamnya.
Photo by Chelsea Shapouri from unsplash
2. Lebihkan Protein Dalam Diet Anda
Sarapan yang tinggi dengan protein seperti telur, yogurt dan kekacang dapat membina kolagen dalam kulit. Kolagen merupakan protein yang memastikan kulit anda sentiasa tegang dan muda. Mereka yang mengambil protein lebih cenderung untuk kenyang dengan lebih lama dan tidak terlebih makan. Protein juga merupakan asas dalam pertumbuhan rambut sihat.
Photo by ROMAN ODINTSOV from Pexels
3. Gunakan SPF
Wajib digunakan setiap hari walaupun pada hari mendung. Kandungan SPF pada pelembap tidak mencukupi untuk memberi perlindungan optima. Sapukan pada seluruh wajah, termasuk pada bahagian mata, leher dan juga tangan anda kerana kawasan ini cenderung untuk menunjukkan penuaan.
Photo by Ekaterina Bolovtsova fromm Pexels
4. Hidrasi Dalam & Luar
Dehidrasi akan membuatkan kompleksi wajah anda nampak pucat dan lesu. Sebaik bangun dari tidur, anda perlu menambah kandungan cecair dalam badan. Setiap pagi, minum segelas air lemon suam untuk penambahan Vitamin C dan memastikan penghasilan kolagen berjalan lancar. Ia juga bakal memberikan wajah anda kompleksi yang segar.
Photo by Polina Tankilevitch from Pexels
5. Gerak Badan Anda
Bersenam dan menggerakkan badan secara konsisten pada waktu pagi mampu menambah adrenalin, beri badan anda tenaga dan menambah kandungan oksigen dalam badan. Kajian menunjukkan mereka yang bersenam pada waktu pagi, tidur mereka lebih lena pada waktu malam. Jadi pastikan anda menyelit aktiviti senaman pada waktu pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
Photo by The Lazy Artist Gallery from Pexels
6. ‘Mist’kan Wajah Anda
Gunakan air mineral untuk ini. Simpan air mineral dalam peti ais dan sembur pada wajah anda setiap pagi. Terdapat banyak produk sebegini di pasaran jadi ia bukanlah sukar untuk didapati. Wajah anda akan rasa lebih segar. Air yang sejuk itu juga akan mengurangkan kesembapan wajah anda.
Photo by Kalos from Unsplash
7. Minum Teh Hijau
Mereka yang ketagihan kafein pada waktu pagi boleh mengambil teh hijau. Ia kaya dengan flavenoid yang kaya dengan antioksidan dan melambatkan proses penuaan dan kerosakan sel. Tidaklah bermakna anda tidak boleh minum kopi, kopi juga ada antioksidan dan juga diketahui mempercepatkan metabolisme. Kalau boleh janganlah minum dua cawan kopi, tukarkan dengan teh hijau. Ia lebih baik.
Photo by ric perin from Pexels
HIJABISTA: Jangan cemburu kalau lihat kulit wanita lain cantik. Tentu banyak usaha yang dilakukannya bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Kulit wajah yang licin, bersih dan gebu pastinya menjadi idaman semua wanita di dunia. Siapa yang tak nak bukan?
Tapi, nak milikinya bukan senang. Pelbagai cara perlu dilakukan untuk mendapat hasil sebegitu. Tak kisahlah cara mudah atau susah, murah atau mahal, yang penting pilihlah cara yang bersesuaian dengan kulit kita.
Kalau nak tahu rahsia miliki kulit cantik dengan modal 50 sen sahaja, ikuti cara yang dikongsikan oleh gadis ini.
Murah jurr buat masker nih. Tak sampai lima puluh sen pun. Kadang-kadang kita kena back to basic. Asyik guna skincare jer kan.Nak cantik kena la rajin. Kalau malas takpe. Ciksu tak rogi pun 😁. Nanti bunga bunga chenta taik ayam dah kecuttts dan ploles jangan lupa share dengan ciksu hokehhh.
Korang jangan lupa #share tau tips nih. Bia rakyat Malaysia hidup bebas jerawattt. Yeahhhh 💪💪💪 jangan cantekkk sorang-sorang tau 😉
Bak kata pepatah, "Mata adalah tingkap kepada dunia." Tanpa, mata bagaimana kita mampu melihat dunia? Oleh itu, kesihatan mata haruslah dijaga supaya penglihatan kita juga dapat diperlihara.