Ada kalanya kita memerlukan solekan yang tahan lama. Maka sebab itulah kita memerlukan produk solekan yang tidak mudah luntur. Solekan sebegini diperlukan ketika menghadiri acara penting, melakukan aktiviti di luar ruangan selain cuaca panas. Solekan yang bersifat waterproof juga amat sesuai buat mereka yang mudah berpeluh.

Apabila sudah bersolek menggunakan produk solekan waterproof tentulah solekan perlu dicuci. Masalah akan timbul bila ramai antara mendapati agak sukar untuk membersihkan solekan dengan sebersih-bersihnya.

Maka sebab itulah amat penting untuk memilih produk penanggal mekap atau makeup remover untuk membersihkan kesan solekan pada wajah. Ini penting bagi mengelakkan kulit wajah mengalami alahan sehingga timbulnya masalah breakout dan sebagainya.


Berikut dikongsikan senarai produk makeup remover bagi membersihkan solekan yang menggunakan produk solekan waterproof.


IMAAN MAKE UP REMOVER WIPES
Makeup remover jenama IMAAN ini bebas alkohol dan amat sesuai sebagai pencuci solekan ketika anda ingin cepat mengerjakan solat. Ia berfungsi untuk mencuci solekan waterproof dan sekaligus menyegarkan wajah. Makeup remover wipes ini juga boleh dijadikan sebagai face mask. Kandungan cecair yang tinggi membuatkan wipes ini melembapkan wajah selepas dibersihkan.


GARNIER MICELLAR CLEANSING WATER GENTLE
Garnier Micellar Water membersihkan solekan waterproof dengan satu sapuan sahaja tanpa perlu bilas. Ianya mengandungi bahan aktif yang bertindak sebagai magnet untuk menangkap kotoran solekan pada wajah tanpa perlu mengelap dengan kasar. Formulanya juga bebas pewangi dan akan menenangkan kulit yang teriritasi.

IKLAN


SIMPLE KIND TO SKIN MICELLAR CLEANSING WATER
Sesuai untuk kulit sensitif. Menggunakan kuasa micellar water untuk menanggalkan solekan degil pada wajah terutamanya di bahagian mata dan bibir. Diperkaya dengan multi-vitamin dan Triple-Purified Micellar Water. Produk ini membersih secara mendalam serta menghidrat kulit dalam masa yang sama.


BIORE MAKE UP REMOVER EYE & LIP
Pilihan terbaik untuk membersihkan mascara waterproof. Rumusan yang berasaskan minyak, memberi sentuhan lembut dan tidak memerlukan anda untuk mengelap bahagian mata secara kasar.
Dengan asid Hyaluronik, produk ini melembapkan wajah dan tidak akan membuatkan bahagian mata dan bibir kering dan kulit menjadi tegang.


NEUTROGENA DEEP CLEAN EYE & LIP MAKEUP REMOVER
Sesuai buat mereka yang memiliki kulit berminyak dengan formula bebas minyak. Makeup remover ini juga amat sesuai untuk mata dan bibir dan tidak akan meninggalkan kesan lapisan minyak yang merimaskan pada mata anda. Ianya juga berkesan dalam menghapuskan kesan solekan kalis air.

IKLAN


CLINIQUE TAKE THE DAY OFF MICELLAR CLEANSING FOR FACE & EYES
Makeup remover jenis wipes, travel-friendly. Fungsinya sama seperti cleansing balm versi wipes dengan fungsi yang sama dan kebaikan seperti cleansing balm. Ianya amat senang digunakan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Tidak mudah mengering dan tahan lama. Formulanya tidak akan menyumbat liang pori anda. Produk ini juga bebas paraben dan pewangi menjadikan ianya sesuai untuk kulit sensitif.


SEPHORA COLLECTION WATERPROOF EYE MAKEUP REMOVER(200ML)
Makeup remover bertekstur ringan. Produk ini amat senang untuk menanggalkan solekan degil pada mata. Sesuai digunakan untuk menanggalkan kesan gam bulu mata palsu dengan mudah. Bertekstur ringan, membuatkan wajah berasa segar dan tidak melekit selepas menggunakannya.


THE BODY SHOP CAMOMILE EYE & LIP MAKE-UP REMOVER
Bebas alkohol dengan kebaikan ekstrak Chamomile. Sesuai untuk kulit sensitif dan juga pemakai contact lens, makeup remover ini mampu menanggalkan maskara dan lipstick waterproof dengan lembut. Ianya memberi kesegaran yang maksima dengan tesktur yang ringan dan tidak mempunyai pewangi supaya kulit tidak merengsa dan kering.

IKLAN


MARY KAY OIL FREE EYE MAKEUP REMOVER (110ML)
Makeup remover untuk kulit kering. Ia mampu mengelakkan kulit bahagian mata teriritasi. Sesuai buat mereka yang tidak menggemari makeup remover berasaskan minyak namun mempunyai kulit jenis kering, Teksturnya amat ringan dan lembut untuk kulit terutamanya pada bahagian mata. Cecair makeup remover Mary Kay ini meresap dengan cepat ke dalam lapisan kulit tanpa membuatkan wajah terasa iritasi.


VOTARY CLEANSING OIL – ROSE GERANIUM AND APRICOT (100ML)
Sesuai untuk mereka yang gemar menggunakan produk berasaskan organik. Ia mampu menanggalkan solekan kalis air selain mampu mengurangkan kesan kulit kusam dan tona tidak sekata.
Makeup remover ini tidak mengandungi bahan pengawet, bahan kimia dan juga cruelty-free ini sesuai untuk menanggalkan maskara kalis air tanpa meninggalkan kesan pada kawasan mata


HIJABISTA: Selepas ini, tiada alasan lagi untuk mengelak daripada memakai solakan waterproof kerana ia boleh dibersihkann dengan sempurna menggunakan produk-produk.

Sumber kredit: Productnation.co

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI