Kebimbangan pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini telah membuatkan Karangkraf Medicare rasa terpanggil untuk mengambil inisiatif bagi menghasilkan pelitup muka yang terjamin dari segi kualiti dan cara pembuatannya.

Tidak seperti pelitup muka biasa yang terdapat di pasaran, pelitup muka keluaran Karangkraf setakat ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019. Ujian yang dijalankan oleh Eurofins Lab ini membuktikan pelitup muka Karangkraf Medicare mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekaligus melayakkan pelitup muka yang dihasilkan mencapai gred ‘MEDICAL’.

Tagline ‘Suci dan Bersih’ diguna pakai sebagai langkah bagi memperkuatkan lagi jenama pelitup muka Karangkraf Medicare. Malah, Karangkraf Medicare diperakui mempunyai ruang pembuatan yang bersih (clean room) dan terjamin dari segi pembuatannya.

Bukan itu sahaja, pelitup muka ini juga tidak akan berbulu seperti pelitup muka lain kerana ia diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi. Masalah ‘maskne’ juga dapat dielakkan selain ia membuatkan pengguna berasa selesa dan tidak mengalami kegatalan pada kulit wajah.

Datuk Hussamuddin Yaacub, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf.

Istimewanya, pelitup muka Karangkraf Medicare ini terletak pada ‘Hygiene Case’ yang didatangkan bersama set Karangkraf Plus.

Tujuan utama diperkenalkan ‘Hygiene Case’ ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga kebersihan pelitup muka di samping mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan cara penyimpanan dan pembuangan pelitup muka yang betul.

IKLAN

Rata-rata rakyat Malaysia yang kita dapat lihat tidak mengambil berat cara penyimpanan pelitup muka yang betul. Ramai yang suka meletakkannya begitu sahaja di atas meja, beg ataupun poket. Tabiat ini akan menyebabkan kuman mudah tersebar sekaligus memudaratkan kesihatan.

Lain daripada lain, berikut adalah 6 tema menarik ‘design’ bagi ‘Hygiene Case’ yang sangat sesuai buat hijabi yang gemarkan sesuatu yang ‘fresh’ iaitu floral, frontliners, classic, musical, geometric dan tropical. Comel bukan?

Di pasaran, pelitup muka Karangkraf Medicare ini didatangkan dalam dua set iaitu set KARANGKRAF dan set KARANGKRAF PLUS.

IKLAN
Set KARANGKRAF:

-Mempunyai 30 keping pelitup muka dalam satu kotak.

-Ada 6 pilihan ‘design’ kotak.

Set KARANGKRAF PLUS:

-Mempunyai 10 keping pelitup muka dalam satu kotak.

IKLAN

-Ada 6 pilihan ‘design’ kotak

-Disertakan bersama 10 keping ‘Hygiene Case’. Setiap pelitup muka dipek dengan teliti di dalam ‘Hygiene Case’ yang berasingan.

-Ada 6 ‘design‘ ‘Hygiene Case’ (diberi secara rawak di dalam setiap kotak).

Pelitup muka Karangkraf yang trendy ini kini boleh didapati secara online di www.karangkrafmall.com atau anda boleh datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI