Ads

The Melvins! Rahsia Pesona 5 Beradik Cantik, Berjaya & Inspirasi!

Siapa yang tidak kenal dengan adik-beradik The Melvins? Bukan sahaja terkenal dengan wajah cantik dan kulit yang tampak flawless, malah gelagat lucu, bersahaja serta personaliti happy go lucky mereka sering mencuri perhatian netizen.

Lima beradik perempuan ini terdiri daripada Datin Seri Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin, Syifa Melvin, Syida Melvin dan Melveena Melvin.

Menariknya, mereka sebenarnya memiliki darah kacukan Melayu-Jepun! Bapa mereka berketurunan Jepun manakala ibu pula berketurunan Melayu.

Tidak hairanlah masing-masing memiliki raut wajah yang unik serta pesona tersendiri.

The Melvins! Rahsia Pesona 5 Beradik Cantik, Berjaya & Inspirasi!

Ads

The Melvins: Lima Beradik Cantik, Bergaya & Berjaya!

Bukan sekadar dikenali kerana kecantikan, lima beradik ini juga aktif dalam dunia seni dan perniagaan.

Kakak sulung, Syafiqa Melvin pernah bergelar juara Gadis Melayu musim kedua, manakala Syatilla Melvin merupakan pelakon dan isteri kepada aktor Shaheizy Sam.

Ads

Syifa Melvin pula dikenali sebagai pelakon dan isteri kepada pemain bola sepak Safawi Rasid. Sementara itu, Syida Melvin pernah aktif dalam lakonan dan peragaan, manakala si bongsu, Melveena Melvin, lebih jarang tampil di media sosial.

Menariknya, mereka turut menjalankan perniagaan bersama menerusi jenama Kekasih by The Melvins.

Ads

Syatilla Kongsi Rahsia Tampil Yakin Tanpa Solekan

Dalam satu perkongsian terdahulu di Instagram, Syatilla pernah menekankan kepentingan memiliki kulit yang sihat dan bersih berbanding mengejar kesempurnaan.

“Kenapa perempuan mesti ada kulit sihat dan bersih? Bukan sempurna tau tapi sihat dan bersih.

“Pendapat Tilla, mesti! Salah 1 sebab adalah, tak perlu lagi kita makeup hari-hari bila keluaq,” tulisnya.

Malah, Syatilla turut mengingatkan wanita tentang kepentingan menjaga kulit agar lebih selesa tampil tanpa solekan tebal, sekali gus memudahkan urusan membersihkan wajah sebelum berwuduk.

Di sebalik kecantikan dan penampilan bergaya, keakraban lima beradik ini juga menjadi inspirasi.

Cantik itu bonus, tetapi hubungan kekeluargaan yang erat dan sikap saling menyokong antara satu sama lain jauh lebih bermakna!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Yang lain

Petua Rambut Gugur Guna 3 Bahan, Rahsia Mudah Rambut Lebih Sihat!

Petua rambut gugur guna 3 bahan mudah iaitu lidah buaya, santan dan minyak Zam Zam. Ketahui cara penggunaan serta perkara penting sebelum mencuba.