Kaum wanita sinonim dengan rangkaian produk solekan yang hadir dengan pelbagai jenis fungsi, warna, tekstur dan juga jenama. Namun, tidak semua produk solekan yang ada di farmasi ataupun di pusat membeli-belah sesuai dengan semua jenis kulit. Jika salah pemilihannya, ia akan memberikan kesan buruk kepada kulit muka.
Pakar Perubatan dan Estetik Clique Clinic, Dr. Bob turut menjelaskan tentang perkara penting dalam pemilihan produk solekan. Katanya, pengguna hendaklah menyelidik terlebih dahulu berkenaan produk tersebut sama ada telah mendapat kelulusan daripada pihak sepatutnya ataupun tidak.
Rangkaian produk solekan memiliki fungsi yang berlainan. Harus dibaca dengan teliti sebelum membeli untuk mengelakkan kesan buruk pada kulit wajah.
“Lazimnya, produk-produk yang tidak melalui proses semakan dan kelulusan daripada penguatkuasaan mungkin mengandungi kandungan- kandungan toksik yang tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan dalam produk solekan. Antara pihak yang bertanggungjawab dalam soal kelulusan ini termasuklah Kementerian Kesihatan, JAKIM dan sebagainya.”
Tambah beliau, pengguna harus bijak untuk memilih produk yang sesuai dengan masalah kulit yang ingin diatasi. Produk-produk kecantikan biasanya dihasilkan untuk mensasarkan masalah tertentu untuk kulit, dan ianya paling berkesan sekiranya digunakan untuk tujuan tersebut.
Ads
Pemilihan gaya solekan yang tepat dapat menjadikan gaya keseluruhan lebih menarik, mahal dan tampak sekata.
Sebagai contoh pengguna yang menghadapi masalah jerawat, produk memutihkan kulit boleh digunakan, akan tetapi ia tidak akan memberikan kesan yang paling baik berbanding produk yang memfokuskan untuk merawat jerawat.
Sekiranya anda tidak pasti menge- nai produk yang paling sesuai untuk anda, anda bolehlah mengatur temu janji dengan doktor yang berpengalaman untuk merawat penyakit kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita dan kecantikan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Malah, setiap wanita mempunyai kecantikannya yang unik dan tersendiri. Tetapi terdapat segelintir kaum wanita yang bersifat ‘rendah diri’ dan merasakan diri mereka tidak ramping hingga stres setiap kali memilih ‘outfit’ dan pakaian untuk digayakan.
Bagaimanapun, ada pula yang berfikiran positif dan tidak berani dalam mengayakan variasi fesyen dengan penuh versatil. Memiliki bentuk tubuh yang kurus atau gemuk bukanlah kayu ukur kepada kecantikkan seorang wanita. Asalkan kesihatan anda terjamin dan berada dalam keadaan baik, bentuk badan bukanlah satu isu yang besar.
Namun, bersaiz gempal bukan bermakna hijabi tidak boleh berfesyen, bergaya dan ber’ootd’. Jom cedok outfit yang digayakan oleh beberapa model Plusize ni! Mungkin hijabi boleh jadikan sumber inspirasi dan membantu kembalikan keyakinan diri anda!
Meskipun anda mempunyai tona kulit yang gelap seperti model Plusize, Hikma Al-Hassan namun itu bukan alasan untuk hijabi menggayakan outfit berona warna cerah dan hanya menggayakan warna-warna selamat seperti hitam.
Warna cerah pun mampu memberi impak kurus, langsing dan tinggi lampai tau. Jika betul stail dan penggayaanya. Seperti Hikma yang mengayakkan padanan blouse berwarna jingga terang, dipadankan dengan seluar berona beige dan menyarungkan ‘long trench coat’ dari nada serupa. Sekaligus memberikan impak tubuh yang lebih langsing dan tinggi lampai efek kaki yang panjang!
Bosan juga kalau selalu pakai outfit yang polos dan kosong tanpa corak kan? Jadi sekali sekala apa kata hijabi mengenakan dress dengan corak warna yang ceria seperti model plusize ini? Dress bertanah krim dengan corak kerawang ‘striking orange’ ini sememangnya menyerlah dan eye catching! Terutamanya apabila dipadankan dengan seluar polos dalam nada serupa.
Tambahan, aksesori tali pinggang pada dress memberi kesan potongan badan yang langsing buat si montel! Tampil versatil dan anggun apabila dipadankan bersama turban! Menarik betul gaya ni sis, jom cuba.
Jika hijabi gemarkan gaya yang santai dan kasual, mungkin boleh mencerap stail yang digayakan oleh model plusize Fitri Soleha ni! Simple tapi modest. Hanya mengayakan blouse polus material satin yang mempunyai cerut pada bahagian pinggang.
Soleha dilihat bijak bermain dengan warna apabila mengayakkan blouse itu dengan seluar berona putih, membuatkan warna baju seakan timbul dan dipadankan dengan turban bermotif serta bernada pastel membuatkan ‘look’ ini begitu eye catching sekali!
Bintang drama ‘Budak Hostel Otaknya Sewel’ yang juga model Plusize, Elyshia Abegail atau lebih mesra disapa sebagai Abby ini sememangnya tidak pernah kalah dalam menatarias gayanya, meskipun bertubuh gempal!
Padanan blouse berona beige dan checkered skirt sememangnya membuatkan Abby tampil sofistikated dalam masa yang sama kelihatan ceria seperti karakter yang ditonjolkanya!
Selain itu, untuk membuatkan gaya hijabi lebih lengkap dan ‘Outstanding’, Hijabista mengesyorkan agar Hijabi mengenakan selendang Malaysiana!
Ini kerana, palet warna yang dipilih untuk selendang Malaysiana mencerminkan nilai yang diwakilinya. Patriotisme dijelmakan melalui warna yang disusun dengan teliti untuk memberi penghormatan kepada Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-66 ini!
Malah, warna-warna striking yang ditampilkan melambangkan kestabilan. Manakala rona terang pula bertujuan meraikan perpaduan dan kepelbagaian, memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat global!
Justeru, Ms. Read teruja untuk mempersembahkan koleksi tudung Malaysiana sebagai lambang kemajuan penghormatan kepada kaum wanita tau! Jadi hijabi diluar sana mesti mendapatkan ‘masterpiece’ ini tau!
Sekadar info, pada 9 Ogos baru-baru ini, Ms Read telah melancarkan pembukaan semula kedai konsep mereka di pusat beli belah Pavillion Kuala Lumpur, khas untuk meraikan pelbagai bentuk badan khususnya mereka yang bertubuh gempal.
Bra merupakan antara benda yang wajib dimiliki oleh setiap hijabi kerana ia dipakai setiap hari. Bra memiliki pelbagai jenis serta bentuk yang berbeza mengikut cita rasa seseorang individu.
Apa yang penting adalah cara penjagaan yang betul perlu dipraktikkan supaya bra tahan lebih lama. Hijabista berikan anda 7 tip penting yang boleh anda cuba.
Anda pasti ada bra yang anda suka pakai kan? Jadi, anda akan kerap menggunakan bra yang sama kerana selesa memakainya. Tetapi, anda juga perlu memakai bra yang lain untuk mengekalkan keanjalannya. Tidaklah bra anda longgar dengan lebih cepat nanti!
Mencuci dengan tangan dapat menjamin kebersihan kerana tangan anda boleh membersih pada seluruh sudut. Selain itu, cuci menggunakan tangan juga bagus kerana ia dapat menjaga struktur dan keanjalan bra tersebut.
Sekiranya anda cuci menggunakan mesin basuh, sebaiknya gunakan laundry bag agar bra tidak rosak.
Jangan sesekali gunakan peluntur ketika mencuci bra kerana peluntur akan merosakkan tali dan juga kain bra.
Mencuci dengan air sejuk dapat menjaga struktur bra anda. Jadi, jangan sesekali menggunakan air panas atau suam untuk mencuci bra ya.
Jangan keringkan bra menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk bra anda. Tali bra juga akan rosak dengan cepat. Sebaiknya, gantung dan jemur di bawah matahari.
Jangan simpan bra bersama dengan baju anda. Sebaiknya, simpan di tempat yang khusus agar ia dijaga dengan rapi.
Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah sentiasa memukau para peminat dengan kejelitaannya serta personaliti lemah lembutnya yang menawan hati semua yang melihatnya.
Memuat naik foto di laman instagram, isteri tercinta kepada Wan Emir Astar itu telah tampil dengan imej terbaharu yang lebih edgy lalu mengejutkan ramai kerana tidak pernah melihat dia menggayakan fesyen berkenaan.
Namun sebenarnya, imej tersebut hanyalah digayakan untuk projek drama terbaharunya yang bertajuk ‘The Hotel’.
Meet Raisa. 🤍
New look for new character. Pretty excited for this new drama! Working title is ‘The Hotel’. #MegaDrama #AstroRia
Ramai yang memuji gayanya itu termasuklah rakan-rakan artis seperti Janna Nick, Hannah Delisha dan juga Eina Azman. Difahamkan, Mira akan memegang watak sebagai Raisa dalam drama terbaharu tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.