Lisa Surihani meluahkan rasa syukurnya selepas selamat menjalani rawatan lasik bagi memulihkan penglihatannya yang rabun. Menerusi video yang dikongsikan olehnya di laman Instagram, dia tidak dapat menahan sebak sejurus selesai menjalani rawatan tersebut.
Ujar Lisa, ia merupakan pengalamannya yang tidak dapat dilupakan kerana dipinjamkan oleh Allah nikmat penglihatan buat kali kedua selepas hampir 29 tahun memakai cermin mata dan kanta lekap.
Selain itu, Lisa juga turut berkongsikan momen sewaktu menjalani pembedahan di pusat rawatan mata milik Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad. Lisa yang ditemani ibunya dilihat menitiskan air mata sewaktu memeluk Prof Muhaya selepas selesai melakukan prosedur.
Tambah Lisa, penggunaan kanta lekap selama 24 tahun memberikan kesan pada bahagian kornea matanya.
Ads
“Ini adalah gambar Lisa masa buat pemeriksaan mata 12 Disember 2019 yang lepas di @profmuhayaeyelasikcentre.
“Untuk yang tidak tahu, Lisa nak buat Flapless pada hari tersebut tapi nak dijadikan cerita, Lisa perlu tangguhkan pembedahan tersebut. Nak tahu sebab apa?
Ads
“Sebab… Penggunaan ‘contact lens’ bertahun- tahun ni (24 tahun guys) dah memberi kesan kepada struktur kornea Lisa!
“Tapi… Alhamdulillah Lisa berjaya juga melalui pembedahan Flapless setelah menjalani sesi terapi mata yang membantu struktur kornea Lisa kembali normal!” kongsinya.
Sebelum ini Lisa pernah memberitahu dia menggunakan kanta lekap sejak berusia sembilan tahun untuk penglihatan lebih jelas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Stres kerap berlaku daripada segi emosi dan juga fizikal seseorang. Desakan kehidupan mahupun tekanan membuatkan peristiwa yang berlaku pada diri mereka. Sama seperti orang lain, Elfira Loy juga mengalami keadaan yang sama. Baru-baru ini, Elfira Loy telah dimasukkan ke dalam hospital akibat stres.
Selebriti terkenal, Elfira Loy telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan. Tugas sebagai seorang selebriti bukan perkara yang mudah. Hari-hari anda akan menghadapi hari yang sibuk. Lebih-lebih lagi apabila Elfira Loy merupakan seorang ibu. Akibat tekanan terlalu penat bekerja, dia telah dikejarkan ke sebuah hospital pada hari Khamis lalu. Keadaan dirinyayang kurang stabil sejak kebelakangan ini sangat membimbangkan sehingga dia perlu mendapatkan rawatan doktor. Menurut Elfira Loy, dia berkemungkinan berdepan dengan simptom vertigo atau dikenali sebagai hilang kestabilan pada tubuh.
“Simptom awal yang telah dikesan adalah saya rasa diri tidak stabil setiap lima ke sepuluh minit.
“Saya tetap meneruskan mesyuarat dan selepas itu pulang ke rumah ibu, barulah dia memberitahu perkara yang sebenar pada ibu.” Tulis Elfira di laman Instagramnya.
Apa yang membimbangkan apabila Elfira Loy tetap pergi bekerja seperti biasa dan malang tidak berbau dia telah melanggar cermin sisi kereta tanpa sedar. Dia juga ada berjumpa dengan doktor dan ternyata doktor menyatakan bahawa Elfira Loy terlampau banyak berfikir dan menyebabkan dia Vertigo. Bagi mereka yang tidak tahu Vertigo merupakan kondisi apabila anda mengalami simptom seperti pening, loya, minum, muntah, sakit kepala dan rasa tidak stabil ketika anda berjalan. Bukan itu sahaja.
Semasa Elfira sedang menunaikan solat Isyak dia berkata juga, perutnya seakan-akan cirit birit dan ketika dia sedang solat, terasa susah sangat untuk dia bernafas. Ini termasuk dengan dia termuntah dan sakit abdomen selepas solat. Sangat sukar buat Elfira untuk melakukan aktiviti harian sehingga menyebabkan dirinya muntah-muntah dan berasa tidak sedap badan. Apa yang Elfira lakukan, dia hanya memperbanyakkan tidur dan minum air kosong yang banyak. Elfira Loy juga berkata semasa tidur dia merasakan seperti dunia berputar dan dilanda ombak yang memyebabkan dia ingin rasa terjatuh.
“Saya rasa sangat takut kerana waktu itu saya masih pegang Aria,” Jelas Elfira Loy
Siapa sahaja tidak risau dengan keadaan tersebut sebab ada bayi di tangan. Elfira Loy bagaimanpun rasa sangat bersyukur kerana laporan kesihatan yang dia terima masih menunjukkan dirinya dalam keadaan terkawal dan baik-baik sahaja. Mungkin factor terlampau bekerja keras membuatkan dirinya rasa sedemikian. Selain daripada itu, Elfira Loy juga turut meminta agar semua peminat turut mendoakan kesihatannya supaya tidak perlu melakukan rawatan yang lebih lanjut.
“Nasib baik keputusan laporan kesihatan baik-baik sahaja,” kongsi Elfira
Menurut Elfira Loy, jika ianya berterusan dia perlu melakukan CT scan pada dirinya. Jujur daripada dirinya, tiada siapa yang ingin melakukan perkara itu. Oleh kerana itu, Elfira Loy meminta agar semua untuk berdoa buat dirinya. Ramai rakan artis juga turut mendoakan agar kesihatannya pulih dan menasihatkan Elfira Loy supaya lebihkan untuk fokus pada diri dan berehat sebanyak yang mungkin. Semoga Elfira Loy diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.
Viral baru-baru ini di mana dua orang lelaki melakukan kekejaman terhadap seekor kucing yang sedang bunting dalam mesin pengering layan diri di Taman Gombak Ria. Kejadian tidak berperi kemanusiaan ini mendapat perhatian ramai terutama bagi mereka yang pencinta kucing. Salah satunya adalah pasangan Adam Corrie dan isterinya Fazema Mohd Fuad. Dalam postingnya di laman instagram, Adam Corrie memberitahu isterinya itu alami trauma setelah menonton video yang tular di media sosial.
Menurutnya isteri tersayang yang dipanggil bidadari itu tidak boleh tidur malam, menangis serta trauma apabila melihat video kucing bunting berkenaan dibunuh kejam dengan meletakkannya dalam mesin pengering di sebuah kedai dobi.
Kata Adam lagi, emosi isterinya itu juga sangat tergangggu melihat kejadian yang sangat menyayat hati berkenaan.
Menurutnya di dunia ini bukan kita manusia sahaja yang tinggal tetapi ada makhluk lain yang juga hidup bersama-sama kita.
Dan pesannya juga kita semua perlu tanamkan sifat kasih sayang sesama manusia, bintang, tumbuh-tumbuhan mahupun yang bukan bernyawa seperti harta benda.
Netizen juga turut memberikan komen yang sama. Rata-rata mengutuk tindakan dilakukan dua lelaki tempatan berkenaan.
syikin.amir82 sy tak sanggup tgk video tu. sy baca berita berkenaannya pun rasa hati bagai disiat2. pilu sgt dgn manusia yg xde kesian belas.
elisshahana Moga allah membalas atas perbuatan mereka….. saya pun sungguh sedih melihat video tu……
cik_puannafisyah Saya sma mcm bidadari @adamcorrielee …xblh tngok jdi trauma…baca ni sya dah teringat muka badan kucing tu…Tu bru tngok pic klu video xtau lah mcm mna…
aazieahmad77 Samala saya pun.. sakit hati betul tgk kezaliman manusia terhadap makhluk kesygan nabi ni.. bukan setakat kucing saja, malah semua haiwan berhak hidup dgn aman atas muka bumi ni… semoga pelaku akan ditangkap dn diberi hukuman seberat2nya.. amin
mommy_aazura sama lah.. sebak sedih pilu… terbayang2 kucing tu minta tlg… YA Allah.. dasat sungguh penderitaan haiwan tu. Semoga Allah balas setimpal dgn perbuatan kejam org yg meganaiya
razmunazakimarykay kesian sngt pd kucing bunting yg terseksa oleh perbuatan manusia topengkan syaiton. Sekeras-kerasnya saya mengecam perbuatan kejam tersebut. Ya Allah berilah hukuman setimpal keatas kekejaman perilaku manusia durjana
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pesilat negara, Merrywati Manuil menjawab persoalan ramai pihak mengapa memakai tudung pada penampilannya di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 dekat Ayer Keroh bulan lalu sedangkan dia beragama Kristian.
Merrywati yang memenangi pingat emas pada kejohanan itu bagi Kategori Solo Kreatif Wanita sekali gus memegang status juara dunia menjelaskan tindakannya itu adalah bagi menghormati seni silat warisan orang Melayu.
Merrywati adalah antara penyumbang tujuh emas skuad silat negara di kejohanan itu sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya hari ini, Merrywati menjelaskan beliau sangat menghormati warisan Melayu serta mengagumi seni silat.
“Banyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya kristian. Silat adalah warisan orang-orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, menggagumi dan mencintai Silat.
“Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan. Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan.
“Semestinya tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Saya belajar ilmu orang Melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari. Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab.
“Aihh jagann serius bah kita kita juga baini. Kalau orang Melayu ada MAT KILAU. Saya orang Murut ad Aki ANTANOM,” jelas Merrywati merujuk kepada wira tempatan itu yang memimpin orang Murut untuk menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) satu ketika dahulu.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.