Sedikit sentuhan blusher atau pemerah pipi di kawasan pipi boleh menyegarkan rupa. Selain itu, sapuan blush on juga boleh mengubah bentuk muka tau. Dengan itu bentuk muka supaya nampak lebih profesional.

Walau bagaimanapun, sebelum anda mula belajar cara menggunakan pemerah pipi, adalah penting anda memilih warna pemerah pipi yang melengkapkan kulit asli anda. Untuk hasil terbaik, pilih formulasi pemerah pipi yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Artikel Berkaitan : Pemerah Pipi Jenis Krim Atau Bedak, Mana Satu Yang Sesuai Untuk Kulit Saya?

  1. Sapukan atas pada tulang pipi

Mahukan wajah anda kelihatan sangat ketat dengan hanya sentuhan pemerah pipi? Mungkin! Hanya sapukan pemerah pipi pada tulang pipi dan kemudian sapukan lapisan nipis ke kawasan pelipis juga.

Selain menjadikan wajah anda kelihatan begitu tona, teknik sapuan pemerah pipi ini juga bagus untuk anda yang ingin menjadikan wajah anda kelihatan lebih kecil.Ia tidak berakhir di sini, jika anda ingin menyerlahkan tulang pipi anda maka tidak salah untuk mencuba teknik ini.

  1. Letakkan blusher di tulang pipi

IKLAN

Untuk dapatkan looks fresh and young. Letakkan blusher di tulang pipi adalah salah satu caranya. Bukan itu sahaja, jika inginkan wajah terlihat sedikit berisi, teknik ini boleh digunakan. 

  1. Aplikasikan di bawah tulang pipi

Agar membuatkan tulang pipi lebih terbentuk, kamu juga boleh letakkan blusher di bawah kawasan tulang pipi. Teknik ini sesuai dikenakan apabila kita memakai riasan yang ringan. 

Kepada mereka yang mempunyai bentuk wajah yang mungil, teknik ini adalah sangat sesuai digunakan.

IKLAN

4.Teknik aplikasi di sepanjang hidung

Blusher atas hidung menjadi populer baru-baru ini. Nama lain teknik ini adalah sunburn blush. Oleh kerana, teknik ini akan melihatkan wajah anda lebih comel.

Artikel Berkaitan : Cara Tepat Pilih Warna & Blusher 4 Jenis Pemerah Pipi Ini, Sesuai Mengikut Tona Kulit. Barulah Tak Pucat!

IKLAN

5.Aplikasikan blusher di antara tulang pipi atas kening

Teknik c-shaped turut menjadi trend pada masa kini. Cara pengaplikasiaannya adalah dengan letakkan brush di antara tulang pipi dan kening dengan membentuk huruf C.

Untuk mereka yang mempunyai bentuk muka berbentuk hati, teknik ini sangat sesuai. 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI