Untuk mencapai matlamat penurunan berat badan anda, sangat penting untuk konsisten dan mengamalkan tabiat makan yang sihat. Seseorang tidak dapat mengabaikan kedua-dua perkara ini ketika berusaha memasuki bentuk impian anda.
Teh biji Cumin Vs Carrom
Tetapi dalam perjalanan untuk menurunkan berat badan, kadang-kadang perkara kecil boleh membuat perbezaan besar. Terdapat beberapa ubat yang telah diuji masa yang telah diketahui mempercepat proses pembakaran lemak. Salah satu ubat seperti teh biji karom dan jintan.
Kedua-dua rempah
Ads
Kedua-dua biji karrom dan jintan termasuk dalam keluarga yang sama dan biasanya terdapat di setiap dapur. Bahan ini banyak digunakan dalam kari untuk meningkatkan rasa makanan. Kedua-dua rempah tersebut mempunyai khasiat perubatan dan telah digunakan sejak berabad-abad lamanya untuk menyediakan ubat-ubatan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Bagaimana rempah ini membantu menurunkan berat badan
Ads
Ajwain mempunyai aroma yang kuat dan rasa yang berbeza. Ia kaya dengan antioksidan yang membantu membuang toksin dari badan dan dibungkus dengan dua sebatian aktif – thymol dan carvacrol, yang diketahui dapat membantu menurunkan berat badan. Ajwain juga membantu melepaskan jus gastrik di perut yang dapat membantu pencernaan. Jintan atau jeera mengandungi sebatian yang melepaskan enzim pencernaan yang dapat menenangkan proses pencernaan dan memberikan kelegaan dari masalah kesihatan pencernaan. Ini juga menjaga kesihatan usus, yang sangat penting untuk menurunkan berat badan.
Ads
Cara membuat teh ini
Rendam setengah sudu teh ajwain dan 1 sudu teh jeera dalam segelas air suam dan biarkan semalaman. Saring biji menggunakan penapis dan ramuan suam sebelum meminumnya. Anda boleh menambah sedikit jus lemon dan madu untuk meningkatkan rasa. Anda juga boleh membuat teh dengan memasukkan benih selama dua jam pada waktu pagi, dan bukannya menyimpannya semalaman.
Tukar cawan kopi atau teh biasa anda dengan jeera khas dan teh ajwain ini pada waktu pagi untuk mempercepat proses penurunan berat badan anda. Jangan minum teh ini lebih daripada sekali dalam sehari. Juga, jangan tambahkan sejumlah besar jintan dan biji karom ke dalam air anda kerana mungkin tidak baik untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi, jika anda hamil, menyusui atau menderita penyakit kronik berjumpa dengan doktor anda sebelum menambahkan teh ini dalam makanan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap orang diberikan hidayah untuk melakukan penghijarahan dalam jangka masa yang berbeza-beza. Bagi penyanyi dan pelakon yang berasal dari Johor ini, Amira Othman mengakui mula berhijab sejak usianya 17 tahun. Waktu itu dia cukup takut mendengar azab bagi mereka yang tidak memakai tudung yang disampaikan oleh seorang ustaz ketika dalam kelas Pendidikan Islam. Mendengar azab kubur akan dipenuhi ular dan kala jengking menimbulkan rasa takut dalam dirinya lantas mengambil keputusan berhijab sehinggalah sekarang. Sudah 9 tahun sejak peristiwa itu dan dia tetap kekal istiqomah.
“Saya masih ingat lagi dengan cerita ustaz itu yang memberitahu azab bagi mereka yang tidak memakai hijab. Antara azab yang saya dengar di mana kubur seseorang itu akan dipenuhi ular dan juga kala jengking. Saya jadi takut mendengar cerita ustaz dan sejak itu saya mula memakai hijab.
“Walaupun ustaz itu bercerita dengan nada yang lembut, tetapi secara tidak langsung menyebabkan kita automatik mahu berhijab. Sehingga hari ini saya memang terhutang budi pada ustaz berkenaan,” jelas Amira atau nama penuhnya Nadia Amira ketika ditemui sewaktu pelancaran Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton X Amyra Rosli di Bangi baru-baru ini.
Menurutnya juga kebetulan ketika itu Johor sedang berkabung selama tujuh hari kerana kemangkatan Almarhum Sultan Johor (ketika itu) dan semua perlu memakai tudung. Daripada situ dia terus pakai dan kekal sehingga ke hari ini.
Walaupun setelah dia berkecimpung dalam dunia glamour, tetapi Amira tetap berpegang teguh dengan penghijrahannya. Tidak terlintas langsung di fikiran untuk membuka tudung yang membaluti mahkotanya.
“Alhamdulillah sudah 9 tahun saya berhijab dan terus kekal istiqomah. Setakat ini tidak ada pula perasaan nak buka atau tutup tetapi masa mula-mula berhijab dulu memang ada dengar suara sumbang yang mengatakan rugi bertudung awal-awal. Lagipun sukar nanti untuk menjadi seorang penyanyi.
“Tetapi saya percaya apa yang disampaikan oleh ustaz di mana rezeki itu tidak bergantung pada penampilan seseorang. Saya beritahu keluarga dan mereka memberi sokongan tidak berbelah bagi sewaktu saya mula-mula mahu berhijab,” tambahnya yang memakai tudung adalah disebabkan kehendak diri sendiri bukan disebabkan oleh desakan keluarga.
Melihat trend sekarang Amira memberitahu dia gembira melihat ramai wanita di luar sana yang sudah berhijab.
“Kalau dulu memang ramai beranggapan jika berhijab itu akan mengganggu banyak perkara tetapi sebenarnya berhijab juga boleh membuatkan seseorang itu berpenampilan cantik dan menarik. Apa yang penting pandai menjaga batas susila sebagai seorang wanita Muslimah.
“Sejak berhijab memang saya dapat rasai kesan positifnya di mana kita akan lebih bersikap berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan. Sebelum lakukan sesuatu kena fikir baik dan buruknya perbuatan itu,” ceritanya lagi yang kini muncul dengan single terbaru ‘Mimpi Indah’.
Melihat pada penampilannya yang walaupun berhijab, tetapi gaya masih lagi dalam batas menjaga aurat. Misalnya Amira selesa memakai stoking tangan (jika baju pendek) dan tudung yang digayakan juga melepasi labuh bawah dada.
“Dalam hal ini saya akui ibu bapa saya memang jenis monitor anak-anaknya. Misalnya jika memakai pakaian sedikit ketat, mereka akan beritahu tidak begitu manis untuk berpenampilan begitu. Tetatpi teguran disampaikan dengan cara lembut.
“Kemudian barulah kita fikir memang ada baiknya teguran mereka dan bagi saya, mata orang tua lebih elok untuk meihat penampilan anak-anaknya tetap mentup batas aurat,” katanya lagi. Ditanya penampilan bagaimana menjadi pilihannya, Amira mengakui sukakan yang elegan, sut atau korporat.
“Saya sukakan gaya kemas dan ‘corporate look’. Tetapi bergantung juga pada majlis yang akan dihadiri. Atau jika tak sempat dan kebetulan ada di sini, saya akan try mix & match baju apa yang ada dalam almari untuk digayakan,” jelas Amira yang turut menitipkan pesanan buat hijabi yang baru berjinak-jinak memakai hijab.
“Kalau kita ada dengar suara di sekeliling yang cuba bercerita itu ini, anggaplah ia satu cabaran untuk kita melakukan kebaikan. Maklumlah untuk berbuat baik itu bukanlah satu kerja mudah. Tetapi jika kita buat ada banyak ganjaran yang akan kita peroleh.
“Jadi apabila kita lihat seseorang itu yang cantik tidak memakai tudung, itu adalah lumrah seorang perempuan. Kita akaan kata ‘cantiknya rambut dia’ . Sebenarnya kita juga boleh buat rambut cantik begitu, tetapi hanya untuk tatapan suami sahaja,” akhirinya. Selain sibuk mempromosikan ‘single’ baru, Amira juga bakal muncul dalam filem bersama penyanyi Mawi dan beberapa rakan artis lain.
Ramai beranggapan bahawa diet perlu berlapar. Jangan menyeksa diri anda! Jangan fikir jika anda tidak makan nasi, anda akan kurus. Itu adalah cara diet yang salah.
Sebenarnya, ada sahaja diet yang tidak memerlukan anda untuk berlapar. Tip diet ini sendiri telah dikongsikan oleh Zana Mokhtar di laman Facebooknya. Ikut 9 tip diet ini tanpa perlu berlapar lagi.
Minum segelas air putih sebaik sahaja anda bangun tidur. Ia baik untuk pembuangan air besar. Air liur awal pagi mengandungi bakeria baik yang akan bertindak membantu detox toksin dalam badan anda.
Sebelum sarapan, ambil segelas air suam yang telah dimasukkan 1 inci halia yang diketuk. Rendam selama 2 – 5 minit. Selepas itu, masukkan perahan lemon dan 1 sudu madu. Amalkan setiap hari sebelum sarapan untuk memberi tenaga dan menyekat selera makan.
Ambil makanan yang berserat dan mengenyangkan seperti oat. Cuba lakukan resepi ini. Campurkan segenggam oat dengan susu rendah lemak serta 3 biji kurma dan kisarkan. Jika anda mahu lagi sedap, tambah pisang dan 1 sudu yogurt asli. Siap untuk diminum.
Sekurang-kurangnya, ambil 2 hingga 3 liter air sehari. Air putih boleh membakar kalori dan nyahkan toksin dalam badan.
Snek pagi antara jam 10 pagi hingga 11 pagi. Ambil kurma 2 hingga 3 biji atau ambil epal hijau. Untuk petang pula antara jam 3 petang hingga 4 petang, ambil buah-buahan seperti tembikai dan epal hijau.
Jangan sesekali tinggalkan makan tengah hari okay. Tiada istilah diet sekiranya anda mahu turunkan berat badan dengan cara yang betul. Ambil portion nasi segenggam dan lebihkan lauk serta sayuran. Gunakan cara kukus, bakar, panggang atau sup. Kalau boleh, elakkan makanan bergoreng dan santan. Lebihkan sayur-sayuran hijau.
Anda wajib makan malam sebelum Maghrib. Jangan makan terlalu lewat sebab perut perlukan masa untuk proses dan rehat.
Boleh ikut cara nak buat air detox pada waktu pagi. Minum sebelum tidur dan ia dapat membantu untuk dapatkan tidur yang lebih lena.
Amalkan senaman ringan seperti berjalan antara 30 hingga 45 minit.
Rezeki itu datangnya dari Tuhan. Begitu juga dengan urusan jodoh dan ajal maut. Dalam zaman teknologi yang hanya mengejar kemajuan ini, pelbagai cara boleh diusahakan untuk mencari rezeki. Dan salah satunya adalah dengan berniaga online khususnya bagi yang masih belum berpeluang makan gaji ataupun surirumah tangga. Seperti yang diceritakan oleh seorang wanita yang menggunakan nama di media sosial ‘Datin Nurr Hidayah Hassan’. Dia bekerja keras berniaga secara online demi kelangsungan hidup memandangkan suaminya tidak bekerja.
Bukan kerana suaminya malas atau mengharapkan pendapatan isteri semata-mata, tetapi kerana alergik ubat menyebabkan suaminya hilang penglihatan dan punca pendapatan. Oleh sebab itu, dia terpaksa bekerja dalam caranya tersendiri bagi menampung kehidupan mereka berdua.
Admin tertarik cari wanita ini menarik perhatian pelanggan melalui laman sosial. Dengan gayanya berkaca mata besar, solekan serta penampilan tak ubah seperti seorang ‘Datin’. Ditambah dengan sikap peramahnya, sedikit lucu dan usikan nakal pada follower menjadikan bisnes diusahkan ‘LAKU KERAS’.
Dia yang menjual produk kecantikan dan makanan tidak menyangka rezekinya makin mencurah dan bertambah. Dalam satu posting, dia terkejut apabila bangun pagi melihat friend request yang banyak dan barulah sedar gara-gara gambar yang dimuat naik ketika bersama suaminya yang sakit. Kisahnya tiba-tiba sahaja menjadi viral kerana postingnya itu menzahirkan rasa simpati netizen.
Namun menurutnya, tujuan posting itu bukanlah untuk menarik simpati, tetapi sekadar luahan pengalamannya menjaga suami yang sedang bertarung melawan sakit. Bagai tidak menyangka perwatakan dirinya yang seperti happy go lucky ini rupa-rupanya terselit sifat kasih sayang dan cinta tak berbelah bagi pada suaminya.
Betapa wanita yang cantik berhijab ini begitu setia menjaga suaminya yang kelihatan tidak sempurna. Dia yang sebelum ini jika upload gambar suaminya menutup muka sehingga menimbulkan persoalan orang ramai. Bukan sengaja dia berbuat demikian, tetapi disebabkan tidak mahu orang mengutuk melihat keadaan suaminya yang kurang sempurna itu.
Menurut Hidayah, suaminya bukan diserang sakit kulit tetapi berpunca dari sakit mata dan alergik dengan ubat menyebabkan terbakar satu badan. Alergik ini dipanggil (‘Steven Syndrome Johnson’), sakit ini jarang berlaku dan terkena orang lain. Bukan itu sahaja penyakit ini juga susah untuk dirawat.
Walaupun diduga begitu, namun tidak terdetik di lubuk hatinya, untuk meninggalkan IMAMNYA ini. Allah memberi hambanya dugaan sakit dan Allah jua yang menjadi penawar kepada sakit dalam dunia ini.
Namu dia juga seperti insan lain. Walaupun aksinya kelihatan sentiasa ceria tetapi jauh di sudut hati dalam kegigihan mencari rezeki, dia tetap mendoakan agar suaminya ketika ini cepat sembuh.
Biarpun hatinya sedih melihat suaminya yang dulu sempurna fizikal kini hidup menjadi insan kurang upaya. Walau seburuk mana, dia berjanji tidak akan tinggalkan dan akan menjaga suaminya hingga akhir hayat.
Menurut Hidayah perjalanan masih jauh dan dia akan terus berdoa agar mata suaminya dapat melihat seperti dulu. Dia tidak akan sesekali mengeluh kerana bersyukur dan redha dengan apa yang berlaku. Kalau boleh, dia mahu suaminya dapat melihat seperti dulu walaupun hanya sebelah mata.
Lebih mulia lagi hati wanita ini yang tidak kisah jika suaminya tidak bekerja asalkan dapat melihat isterinya yang comel ini. Katanya lagi, duit boleh dicari tetapi kasih sayang sampai mati.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.