Usia yang semakin meningkat akan menyebabkan struktur kulit menjadi semakin kurang keanjalannya. Maka sebab itulah pentingnya kulit mendapat bekalan kolagen yang amat diperlukan oleh kulit wajah.

Kulit ialah 75 peratus kolagen yang menjadikannya licin dan elastik. Pelbagai sumber makanan sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting untuk mengekalkan kulit yang sihat.

TIP TEGANGKAN KULIT, ELAK KULIT KENDUR

Rahsia awet muda oleh doktor estetik. Apabila umur cecah 30-an, kulit mula ketara kendurnya. Pipi sudah tidak kenyal lagi. Jadi labuh dan jatuh. Mulut bibir jadi “sebek”dan tidak plump lagi. Ini adalah kesan daripada kehilangan kolagen.

IKLAN
Photo by Shiny Diamond from Pexels

Apabila muda, kolagen banyak di bawah kulit. Apabila semakin tua, kolagen makin rosak disebabkan stres. Penghasilan kolagen tak sempat cover kerosakan. Apa antara stres yang paling banyak rosakkan kolagen?

Itulah dia stres radikal daripada gula. Gula menghasilkan AGE yang menjana stres radikal.
Ia merosakkan rantaian kolagen yang kenyal dan tegangkan kulit.

IKLAN
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Bagaimana hendak menghasilkan kolagen?
*Vitamin C membantu mencepatkan penghasilan kolagen.
*Bukan itu sahaja, vitamin C meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kolagen.
*Vitamin C membantu membina salur darah. Penting untuk mengangkut nutrien dan oksigen ke dalam kulit.
*Vitamin C juga menjana oksigen pada dos tertentu.

IKLAN
Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

Jangan teruja dulu ya. Awas! Vitamin C dan gula masuk ke dalam sel kulit melalui jalan sama iaitu GLUT transporter. Mudahnya, apabila ambil vitamin C bersama gula. Kesan vitamin C jadi berkurangan.

Maka sebab itu jangan beli vitamin C bergula. Apabila ambil vitamin C jangan amalkan makan dan minum manis-manis. Pilih vitamin C yang mudah serap. Vitamin C dimakan sebagai suplemen. Kurangkan gula dalam diet harian anda. Kesimpulannya, amalkan pengambilan vitamin C dan kurangkan gula.

Sumber kredit: Hafiz Sulaiman Top image:  Photo by Vlada Karpovich from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI