Apa perasaan anda jika orang membuat riak muka terkejut dan geli apabila bersalaman, dan selepas itu mereka lap tapak tangan mereka di hadapan anda? Sudah tentu malu dan terasa dihina, bukan?

Inilah yang kerap terjadi apabila seseorang itu menghidap penyakit peluh yang berlebihan ataupun Hiperhidrosis. Hiperhidrosis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi. Ramai yang kurang kesedaran mengenai penyakit ini, namun percayalah jika anda ataupun orang di sekeliling anda yang menghidapi penyakit ini, maka ia amat membebankan.

 

Sumber gambar: HUM Nutrition

Apakah rawatan terbaik untuk penyakit Hiperhidrosis?

IKLAN

Menurut Pakar Perubatan dan Estetik Dr. Bob John, penyakit hiperhidrosis ini terbahagi kepada dua iaitu ‘primary hyperhidrosis’ dan ‘secondary hyperhidrosis.’ Selalunya pesakit di bawah kelompok primary berpunca dari masalah saraf dan secondary berpunca dari penyakit lain contohnya obesiti, kanser, thyroid dan lain-lain lagi. Antara rawatan yang boleh merawat penyakit ini adalah:

Antipeluh topikal

Antipeluh adalah astringen yang mengurangkan kadar pengeluaran peluh oleh kelenjar ekrin dan apokrin. Ubat ini mengandungi bahan kimia yang berupaya untuk menghalang peluh dan mengurangkan kadar berpeluh.

IKLAN

Hasilnya memuaskan terutamanya untuk pesakit yang mempunyai masalah perpeluhan yang banyak di ketiak. Caranya, sapukan sebelum tidur di kawasan yang terlibat atau yang diperlukan setelah kawasan tersebut dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu. Kemudian dibiarkan semalaman sebelum ia dibasuh atau dicuci pada pagi yang berikutnya. Ia memerlukan penggunaan setiap hari untuk 7 hingga 10 hari terawal berturut-turut, Kemudian sekali seminggu untuk mengekalkannya. Kesan sampingan adalah kekeringan yang boleh diatasi dengan mengurangkan kekerapan penggunaan.

Iontophoresis 

IKLAN

Iontophoresis merupakah satu proses yang menggunakan sebuah alat untuk mengalirkan tenaga elektrik menerusi lapisan kulit menggunakan air paip sebagai media dan sering dilakukan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit yang teruk atau mempunyai luka dan kepada mereka yang mempunyai masalah degupan jantung (cardiac arrthymias). Selalunya ia mengambil masa lebih kurang 20 minit setiap 2 atau 3 hari. Selepas itu setiap sesi rawatan boleh dijalankan setiap 2 minggu. Kontraindikasi kepada rawatan ini ialah termasuk perempuan yang mengandung, Kesan dari rawatan boleh menyebabkan rasa berdenyut  seketika dan iritasi pada kulit.

Pembedahan 

Inisiatif pembedahan dijalankan selepas semua langkah-langkah yang lain telah gagal dan selepas berunding dengan pakar bedah. Pembedahan khusus yang dikenali sebagai ‘simpatektomi’ merupakan satu pembedahan kecil yang memusnahkan sebahagian daripada bekalan saraf kepada kelenjar peluh pada kulit. Pakar bedah akan membuat pembelahan kecil di bawah ketiak dan memasukkan instrumen endoskopik khas ke dalam dada. Tahap atau paras sekatan pada saraf adalah berbeza mengikut jenis hiperhidrosis. Kesan sampingan yang paling kerap selepas pembedahan adalah perpeluhan yang banyak terutamanya di bahagian bawah dada, belakang badan, di kawasan abdomen (perut), paha dan kaki.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI