Majalah Sports Illustrated setiap tahun akan mengeluarkan edisi Swimsuit yang menampilkan para model yang dibaluti dengan bikini seksi mereka. Namun pada tahun ini, Sports Illustrated: Swimsuit memecah tradisi dengan menampilkan seorang hijabi sebagai modelnya.
Hijabi itu adalah Halima Aden, model berhijab ternama berdarah Somali-Amerika. Halima mencetak sejarah, sebagai satu-satunya wanita berhijab yang memakai burkini di majalah Sports Illustrated: Swimsuit.
Halima Aden lahir di sebuah perkampungan Kenya dan telah menetap di sana sehingga berusia 7 tahun, selepas itu dia berpindah ke Amerika Syarikat. Kini Halima kembali ke tanah kelahirannya, untuk melakukan ‘photoshoot’ untuk edisi istimewa ini dengan fotografer Yu Tsai.
Ads
Mari kita lihat antara gaya dan ‘look’ burkini Halima untuk majalah Sports Illustrated: Swimsuit.
Nampaknya tahun demi tahun, model berhijab kini diiktiraf oleh dunia. Buktinya semakin ramai wanita berhijab berani menceburi bidang peragaan dan meniti nama seperti Halima Aden. Diharap kehadiran wanita berhijab dalam dunia fesyen antarabangsa ini dapat mengubah stigma negatif dunia barat terhadap wanita berhijab dan agama Islam sendiri.
Tahniah Halima Aden!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Biarpun masih dalam demam pilihanraya, namun tidak membataskan buat pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil mengadakan majlis pertunangan anak sulungnya Doktor Puteri Julia Nabilah. Majlis pertunangan ini dilangsungkan di kediaman Ziela Jalil sendiri dengan berkonsepkan floral.
Dalam majlis yang dilakukan secara sederhana ini, Doktor Puteri Nabila mengenakan persalinan kurung moden rona merah jambu lembut sedonon dengan hijab.
Solekan dan dandanan ringkas juga turut yang menyerlahkan kecantikan wajah Julia yang persis wanita Korea.
Penampilannya yang santun ini juga turut mendapat perhatian dan pujian dari netizen. Jelas terserlah kegembiraan di wajah anak sulung pemilik syarikat Pena Creatives sdn Bhd.
Pelamin untuk majlis ini juga cukup indah dengan mengetegahkan rimbunan floral dalam menyemarakkan lagi suasana di majlis berkenaan.
Menurut ibunya, dekorasi cukup indah untuk majlis pertunangan anaknya itu adalah hasil idea kreatif, Razak Flora.
Difahamkan pasangannya juga adalah seorang doktor, Dr Dziya Faqhran Dato’ Mahmod Fauzi.
Julia juga dalam status dimuat turut di laman sosialnya memberitahu sambutan hari ibu kali ini cukup bermakna dan bahagia dikurniakan dua wanita yag cukup hebat, ibunya Datuk Ziela Jalil dan juga bakal ibu mertuanya.
Sebelum itu Puteri Julia memulakan pengajian di Royal College of Surgeons di Ireland pada 2012 sebelum menamatkan pengajiannya tahun lalu dan selamat bergelar doktor.
Hijabista ucapkan tahniah dan semoga ikatan ini akan berakhir di jenjang pelamin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu. Rezeki telah berpijak pada penyanyi, Masya Masyitah apabila telah menjadi juara pertandingan mencungkil bangkat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 20, telah menewaskan penyanyi dari Filipina bernama Phem sekali gus melayakkan dirinya menang hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).
“Alhamdulillah, saya memang tidak sangka. Sudah tentu, final malam tadi sangat sengit. Phem pun ada kekuatan dan peminat tersendiri namun rezeki ternyata lebih memihak kepada saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Jelasnya, pertandingan tersebut sudah berlangsung selama empat bulan dan dia tidak menyangka mampu menjadi juara menewaskan lebih 3000 peserta yang bertanding.
Kefasihan Masya bertutur bahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas telah berjaya meraih perhatian dan membuatkannya menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.
Penyanyi lagu Halimunan itu telah mendendangkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia pada peringkat separuh akhir berdasarkan pilihan penonton.
Selain itu, personalitinya yang menarik dan menyenangkan membuatkan penonton daripada serantau Asia Tenggara sepakat mengundinya sehingga ke peringkat akhir hingga menjadi juara.
Pada peringkat akhir, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu berjudul Living On A Prayer daripada Bon Jovi dan beberapa lagu bahasa Mandarin dan Tagalog.
Hanami, salah satu peneraju kepada fesyen tudung sedia pakai (instant) telah melancarkan Koleksi Raya Tahun 2020 yang dinamakan sebagai HANAMI LEBARAN 2020 di laman sesawang mereka yang baru diperbaharui.
Edisi raya tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusif dan diinspirasikan daripada lukisan flora yang terdapat di negara Jepun.
Beberapa selebriti tempatan dan rakan-rakan media turut bersama mengaktifkan jenama ini secara dalam talian serentak pada hari ini, 29 April 2020 jam 5PM seluruh negara!
Dengan peningkatan permintaan terhadap selendang dan tudung sedia pakai dipasaran yang bercorak flora dalam beberapa tahun ini, rekaan koleksi Hanami Lebaran tahun ini direka khusus untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden. Idea disebalik Hanami Lebaran tahun 2020 ini juga disebabkan ramai hijabi meminati rekaan yang bermotifkan flora. Untuk memenuhi permintaan terhadap rekaan dan penggayaan, koleksi ini didatangkan dengan koleksi tudung sedia pakai dan selendang (shawl).
Koleksi ini diinpirasikan oleh pasukan rekaan Hanami yang mendapati rekaan tradisional yang bermotifkan flora ditambah dengan sentuhan moden menjadi trend pada masa kini. Sebelum rekaan ini dihasilkan, pasukan rekaan Hanami telah membuat banyak kajian dan pembangunan, bagaimana permintaan pasaran terhadap tudung jenis sedia pakai dan motif corak yang diminati oleh pengguna di luar sana.
Oleh itu, pasukan rekaan Hanami telah menemukan kesimpulan bahawa para pengguna semakin menghargai dan mencintaai rekaan daripada koleksi flora yang digayakan dengan pemakaian tudung jenis sedia pakai bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti seharian dengan mudah disamping tidak ketinggalan dalam menggayakan fesyen terkini.
Pasukan rekaan Hanami telah mereka rekaan edisi Hanami Lebaran tahun ini seterusnya menjadi stail Hanami tanpa menghilangkan estetatik pemakaian tudung itu sendiri dan seterusnya ia menjadi koleksi yang amat disukai. Ia direka khas untuk dipadankan dengan wanita moden dan juga wanita berciri tradisional.
Koleksi Hanami Lebaran Tahun 2020 ini didatangkan dengan beberapa corak berlainan dalam potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Koleksi ini boleh didapati bermula dengan harga RM69 sehingga 89 setiap satu.
Koleksi Hanami Lebaran Tahun 2020 ini dan juga koleksi Hanami yang lain boleh didapati dilaman sesawang rasmi hijabsbyhanami dan juga di stokis yang berdaftar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.