Sejak akhir-akhir ini, ramai artis wanita yang memilih untuk mengenakan hijab. Peminat juga semestinya memberikan sokongan yang padu dan mendoakan yang terbaik untuk artis kesayangan mereka.
Penampilan pelakon terkenal iaitu Amyra Rosli juga kini menjadi perhatian ramai memandangkan dia baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama suaminya, Amar Bahrin dan anak lelaki mereka iaitu Aqeef Anaqi.
Ramai yang merasakan Amyra kini memilih untuk berhijab dan penampilan di rancangan Meletop bagi mempromosikan drama lakonan terbarunya iaitu Cemburu Seorang Perempuan menguatkan lagi andaian itu apabila dia tampil bertudung seiring dengan wataknya dalam drama tersebut.
Menurut Amyra, dia menyerahkan pada orang ramai samada imej bertudungnya itu adalah tuntutan watak dalam drama bersiri tersebut ataupun sebaliknya.
“Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung. Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan.
Ads
Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri. Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan.”
Amyra yang kini hamil anak kedua juga turut mengakui bahawa dia begitu selesa dengan penampilan sebegini.
“Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini sendiri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah.”
Cantik betul apabila melihat penampilan Amyra yang bertudung ini. InsyaAllah kita sama-sama doakan yang terbaik buat si jelita Amyra ini. Amin.
Menghargai momen yang indah bersama anak angkat di Mekah, Mizz Nina memanjatkan rasa syukur dapat buat ibadah umrah bersama Musa baru-baru ini. Ramai yang turut merasai bersama selepas melihat posting Instagram miliknya itu.
Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, membuat satu perkongsian di laman sosial media Instagram miliknya menunjukkan dia sedang berada bersama anak angkatnya, Musa, di hadapan Kaabah bersama jemaah yang lain. Dia turut memanjatkan rasa syukur melalui ruangan kapsyen.
Titipan doa serta rasa syukur oleh Mizz Nina dapat di lihat apabila dia mendoakan supaya Musa akan membesar menjadi seorang anak yang soleh dan di kurniakan akhlak budi pekerti. Doa-doa yang di tulisnya jua menjadi panduan kepada orang ramai yang mengikutinya di sosial media, sungguh manis cinta seorang ibu.
“Alhamdulillah ya Rabb kerana memberikan peluang kami dapat bersama di sini (Mekah). Sudah berbulan Musa telah mendengar kisah mengenai ibadah haji, kini dia dapat melihat dengan matanya sendiri,
“Ya Allah, jadikan Musa sebagai seorang ummah yang soleh, di kurniakan dengan akhlak yang mulia, mendapat satu warisan legasi yang menjalani kehidupan dengan penuh keimanan dan takwa,
“Semoga Musa di kurniakan lagi dengan tarbiyyah serta manfaat dari al-Quran sebagai panduan hidup buatnya dalam menjalani kehidupan kini dan pada masa yang akan datang, ameen.” begitulah doa yang di ungkap di ruang kapsyen.
Meninjau di ruangan komen ramai juga yang menitipkan doa buatnya dan Musa semoga mendapat keberkatan dalam mengerjakan umrah. Bahkan ada juga yang menjemput Mizz Nina ke rumah mereka di sana.
Baru-baru ini Mizz Nina telah menjadi salah seorang penerima anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444H pada ahad lalu. Ramai juga mengenali kegiatan dakwah serta aktiviti islamik yang di anjurkan olehnya seperti DopsTV dan aplikasi islamik seperti Qalby App.
Siapa tidak kenal dengan pelakon jelita, Anzalna Nasir yang juga isteri kepada haniff zaki yang sering menjadi sorotan terutamanya setelah berhijab.
Terbaharu, Anzalna sekali lagi menjadi sorotan netizen dengan sikap murah hatinya, yang tidak lokek menghulurkan bantuan kepada seorang bapa tunggal yang amat terdesak memerlukan barangan keperluan bayi.
Perkara berkenaan dikongsikan Anzalna sendiri, menerusi satu hantaran video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Rakaman video berkenaan memaparkan Anzalna yang sedang membeli-belah bersama bapa tunggal bertuah tersebut.
Malah, apa yang lebih membuatkan netizen sebak, apabila lelaki itu turut mengendong anaknya kecilnya bersama
sambil membuat pilihan produk bayi seperti alatan permainan, makanan, bahan mandian dan bahan pencuci pakaian bersama Anzalna.
Menerusi video sama, dapat dilihat gelagat dan telatah anak sulubg Anzalna, Eidress yang teruja memegang dan mencium tangan bayi itu.
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” ujar Anzalna.
Hijabista difahamkan bahawa selepas ini Anzalna akan meneruskan usaha murni ini, dengan terus membawa keluarga-keluarga yang tidak bernasib baik, dan memerlukan bantuan untuk membeli-belah barang kelengkapan anak mereka.
“Insya-Allah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” katanya lagi.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran tersebut, rata-rata wargamaya turut sebak melihatkan keadaan insan lain yang jauh lebih dhaif, dalam masa sama, netizen meluahkan rasa terharu, sebaik sahaja melihat video kemuliaan hati Anzalna Nasir.
Selain itu, kebanyakkan diantaranya berterima kasih kepada Anzalna dan mendoakan agar aktress jelita ini istiqamah dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan ini.
Maulidur Rasul merupakan tarikh penting buat umat Islam kerana ianya adalah tarikh hari kelahiran atau keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Sambutan Maulidur Rasul ini diraikan setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada hari istimewa ini, umat islam digalakkan untuk memanjatkan doa buat Rasulullah S.A.W.
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
Tambahan itu, berselawat juga sangat digalakkan dan dituntut bagi setiap umat Islam kerana banyak fadilat yang bakal kita peroleh daripadanya. “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat atas Nabi. Wahai Orang-orang yang beriman, berselawatlah atasnya (Nabi) dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya dengan sungguh-sungguh”.
Pendakwah bebas iaitu Habib Nael Ben Taher, berkata tujuan utama menyambut Maulidur Rasul adalah untuk menyemai dan menyuburkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada kita. Kenyataan ini telah dinukilkan oleh Latifah Arifin melalui sebuah akhbar 2018.
“Jika ada pihak yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul sekadar budaya, maka sesungguhnya ia sebaik-baik adat dan budaya. Sehingga saat ini, begitu banyak negara yang menyambut Maulidur Rasul sejak turun-temurun di seluruh dunia seperti Indonesia, India dan Mesir.
“Tujuannya adalah untuk menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT” ujarnya lagi.
Tambahan itu, menerusi perkongsian melalui mstar, terdapat figura lain yang juga telah menghuraikan mengenai tujuan sambutan Maulidur Rasul ini. Ia adalah daripada Doktor Najmuddin Khalfallah iaitu seorang pensyarah di Universiti Lorraine, Perancis. Di dalam majalah Jawhar Islam edisi 2016, dia telah menghuraikan beberapa tujuan sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW dilaksanakan, dan ia dapat dirumuskan seperti berikut:
1. Mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan bermati-matian demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.
2. Mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian seorang muslim. Hal ini seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab ayat 21).
3. Dapat memperingati tarikh kelahiran Baginda SAW. Hal ini sudah menjadi fitrah manusia bahawa memperingati tarikh kelahiran seseorang adalah tanda kita mengasihi kehidupannya.
4. Mencapai pembersihan hati dan jiwa melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan nasihat, pengajaran, akhlak dan pengorbanan Baginda SAW dalam menegakkan agama Allah SWT.
5. Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya. Jikalau terdapat perbezaan dalam beberapa perkara berkenaan sambutan Maulid ini, umat Islam semuanya sepakat bahawa wajib mencintai Baginda SAW lebih daripada semua makhluk termasuk diri sendiri, seperti yang termaktub dalam pelbagai sabda Nabi SAW.
6. Mengumpulkan umat Islam secara berjamaah dalam melakukan amal soleh. Kebiasaannya pengisian-pengisian utama yang disajikan di dalam majlis-majlis Maulid Nabi SAW adalah seperti tilawah al-Quran, majlis ilmu, zikir, tasbih, dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” (Surah al-Maidah ayat 2).
7. Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat)baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab ayat 56).
8. Menyampaikan pesanan dan peringatan mengenai risalah Islam di tengah-tengah masyarakat. Majlis maulid dianggap sebagai sebuah medan untuk menarik masyarakat untuk bersama-sama berkumpul, mendengar tazkirah, bermuhasabah, berzikir, memberi nasihat serta berselawat ke atas Nabi SAW.