Siapa je yang tak suka bercutikan? Seronok betul rasanya bila sekali sekala dapat berlibur bersama teman-teman setelah lama tak meluangkan masa bersama.
Namun, dalam waktu sedang berseronok itu janganlah diabaikan aspek keselamatan diri tidak kiralah walau di mana kita berada termasuklah di bilik hotel sebagai langkah berjaga-jaga.
Berkongsi di laman sosial, Mirzan Johor telah menunjukkan langkah keselamatan yang perlu dibuat oleh kaum wanita selepas ‘check in’ ke bilik hotel. Penting ni untuk kaum hawa!
Photo by Pixabay from Pexels
Ambil cawan dan masukkan ke dalam tombol pintu bagi mengelakkan bilik diceroboh.
2. Letak jari di cermin, jika ia bertemu maknanya ia bukanlah cermin yang sebenar!
3. Perhatikan di celah-celah lubang ini. Takut ada yang menyorok di situ…
4. Tutup lampu dan pusing setiap kawasan di bilik
5. Sambil itu buka kamera di telefon bimbit. Jika ada cahaya merah itu bermakna ada kamera tersorok di situ!
Lemon memang kita ketahui banyak manfaat dan khasiatnya. Bukan hanya sebagai penyedap rasa malah bagus juga untuk detoks. Namun bagaimana pula dengan kulit lemon? Takkan nak makan pulakkan?
Eh, sebenarnya kulit lemon juga boleh dimakan sis! Tak sangka pula. Selepas mengikuti perkongsian oleh Wan Mahani Abdul Latif ini di Facebook, rupanya kulit lemon ini sangat sedap untuk dimakan dan dijadikan kudapan. Jom kita cuba!
Nama Najwa Latif mula mencipta fenomena menerusi lagu Cinta Muka Buku dan Carta Hati. Selepas kemunculan Najwa Latif, semakin ramai penyanyi muda yang berani menonjolkan bakat mereka. Najwa Latif ibarat benchmark dan lagunya memang menjadi siulan anak muda. Disebabkan itulah Najwa Latif mampu kekal lama di dalam industri kerana dia punya bakat yang cukup luar biasa.
Tetapi sejak kebelakangan ini, nama Najwa Latif semakin sepi dan seakan sudah tidak kedengaran lagi selepas dia menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Rupa-rupanya, Najwa kini telah pun bergelar seorang pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) sejak beberapa bulan lalu.
Bukan itu sahaja, difahamkan juga bahawa Najwa juga sedang menyambung pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam peringkat Sarjana. Disebabkan itulah Najwa terpaksa memperlahankan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dek kerana tuntutan tugas yang lain.
Katanya kepada Utusan, “Memang agak penat kerana terpaksa lakukan beberapa kerja dalam satu masa. Bila sudah jadi tenaga pengajar, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutama tumpuan terhadap pelajar. Dalam masa yang sama, saya tidak boleh ambil mudah dengan pengajian sendiri dan kerjaya seni. Sebab itu saya masih lagi cuba seimbangkan semuanya.”
Najwa turut melahirkan rasa gembira kerana impiannya untuk bergelar pensyarah muda tercapai. Diberi peluang untuk belajar Bahasa Inggeris, Najwa gembira kerana dapat berkongsi ilmu dengan para pelajar. Walaupun masih muda, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengajar kerana mereka menghormati Najwa sebagai seorang pensyarah walaupun mereka mengenali siapa dirinya.
Berbicara soal kerjaya seni, Najwa akui populariti bukanlah titik utama dia berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air. Baginya, cukup sekadar dirinya diterima ramai. Itu sudah dikira sebagai satu kejayaan. Malah dia bersyukur kerana lagu-lagunya masih lagi dimainkan di corong-corong radio meskipun dihimpit dengan kemunculan penyanyi baru yang muda dan berbakat. Tambahnya, kemunculan penyanyi muda merupakan petanda bahawa industri muzik semakin berkembang pesat.
Tinggal tak sampai 17 hari sahaja lagi kita akan menyambut Syawal nan mulia. Pastinya tidak sabar untuk menyambut bersama insan tersayang. Namun dalam kita bergembra menanti kehadiran Syawal, ada juga yang menerima khabar duka.
Keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare menerima khabar duka apabila pengasasnya, Faziani Rohbani Ahmad, 40 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan di Pattani Thailand jam 10.30 pagi tadi.
Dalam laporan Sinar Harian, berkata kereta Toyota Estima dinaiki mereka terbabit kemalangan di Pattani, Thailanf.
Berita kematian pengasas kosmetik ini disahkan sendiri oleh adiknya Faizol Robhan Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian. Sementara itu suaminya juga turut dilaporkan cedera parah.
Faizol memberitahu, kakaknya turun dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pági tadi bersama suaminya.
“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia,” katanya.
Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.
Sebagai seorang pengasas kosmetik Allahyarham memang seorang yang amat dikenali sebagai ‘public figure’. Malah popularitinya juga setanding pengasas kosmetik lain seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida.
Sementara itu dalam posting terakhir sebelum ini yang dimuat turut di laman instagramnya, Allahyarham ada memberi pesanan yang cukup mendalam.
Dalam posting sehari yang lepas, beliau memberi nasihat agar setiap daripada kita ini supaya perbaiki hubungan dengan orang tua kerana kelak Allah akan memperbaiki seluruh urusan kita. Ingatan ini diberikan ketika beliau berada di Bogor Indonesia atas satu majlis perkongsian ilmu.
Perbaikilah Hubunganmu dengan orang tua, kelak Allah akan memperbaiki seluruh urusanmu.
Ya Allah 2500 orang bukan angka yg kecil tapi besar… sangat luarbiasa… Alhamdullilah atas nikmat perkongsian ilmu dan berbuka puasa ini.
Malah ketika di awal Ramadan juga, Allahyarham menyambutnya di Kota Mekah. Ketika di sana, beliau turut mendoakan buat followernya serra rakan-rakan agar diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki dan dijemput menjadi tetamu Allah dalam masa terdekat. Juga beliau turut mendoakan agar berjaya dan kaya raya dunia akhirat.
Saya doakan semua followers & rakan2 diberikan kesihatan yg baik, dilimpahkan rezeki dgn rezeki yg berkat & berpanjangan, dijemput menjadi tetamu Allah dlm masa terdekat , berjaya dan kaya raya dunia akhirat, Amin… Salam Isya dari Mekah utk semua kesayangan