“Takpelah Rezeki Takat Tu Je-” Salute Respon Dato’Alha Alfa Bila Kek Tumbang Di Majlis Perkahwinan

Share

“Takpelah Rezeki Takat Tu Je,” ini komen yang diberikan oleh Dato’ Alha Alfa tentang insiden kek perkahwinan tumbang hingga habis berderai di majlis perkahwinannya. Nyata beliau seorang yang sangat cool dan menganggap insiden itu di luar kawalan.

Malah Dato’ Alha sendiri menganggapnya sebagai satu kenangan yang boleh dijadikan memori untuk dikenang di masa-masa hadapan.

Berikut perkongsian Dato’ Alha yang melalui satu video yang dimuatnaik di Instagramnya.

Takpelah rezeki takat tu je. Saya tak marah pun hehehe beratus kali depa mintak maaf walaupun dalam perancangan nak pacak kek tu tengah-tengah rumah..hahah habis berderai semuanya. Ape pun abang @nasgreatidea_weddings memang superb kek tu..xpe kek boleh carik,..kenangan yang terjadi tu memory selamanya..

Sorry yang xdapat merasa kek tu..syukur xde orang kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti. Kek ni punya berat maybe meja yang support tu pun dah menyerah diri dah tunggu masa je bergegar skit paammmm!! habisss~

Macam manusia jugak..hemsem camne pun hati rapuh jugak..tqsm pada semua yang hadir semalam..saya dan isteri amat menghargai..mintak ampun mintak maaf jika ada kekurangan dari pihak kami.

Dalam pada itu peracang perkahwinan Dato’ Alha dan juga Datin Azlin juga turut menaik status tentang insiden kek tumbang tersebut.

INI ANTARA KOMEN-KOMEN NETIZEN YANG NYATA KAGUM DENGAN CARA COOL DATO’ ALHA ALFA MENGHADAPI SITUASI YANG TIDAK DIJANGKA INI.

POSITIFNYA DATO’ PATUTLAH RAMAI ORANG SUKA

 

SUSAH DAPAT ORANG POSITIF MACAM NI

 

NASIB KEK TERTUMBANG KE BELAKANG

Sumber kredit: alhaalfa alhaalin nasgreatidea_weddings

IKLAN