Tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai kesihatan semakin meningkat, cuma mungkin kesedaran itu tidak dizahirkan kepada tindakan untuk mempraktiskannya. Ramai juga dikalangan masyarakat Malaysia yang risau tentang berat badan yang gemuk namun tidak melakukan sebarang usaha untuk menurunkan berat badan.

Mungkin juga ramai yang buntu untuk memulakan langkah atau cara yang terbaik untuk menguruskan badan. Usah risau! Kali ini team Hijabista akan kongsikan kepada anda tentang langkah atau tip yang harus diamalkan untuk menguruskan berat badan!

APA NAK BUAT JIKA NAK KURUSKAN BADAN?

Ads
Tak Tahu Macammana Nak Turunkan Berat Badan? Ikuti Langkah & Petua Terbaik Ini. Pasti Berkesan!
Sumber gambar: Quora
  1. Kenal pasti keperluan kalori harian yang sesuai untuk tujuan pengurangan berat badan. Cuba fahamkan konsep keseimbangan kalori iaitu kalori yang diambil mestilah lebih rendah daripada kalori yang digunakan 
  2. Amalkan diet yang seimbang iaitu yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak pada komposisi yang betul
  3. Elakkan mencuba diet yang ekstrim kerana boleh membahayakan kesihatan dan juga tidak menjamin pengurangan berat badan yang stabil dalam jangka masa panjang
  4. Seboleh mungkin elakkan makan diluar. Rancang menu makanan anda untuk seminggu yang akan datang supaya dapat mengelakkan anda daripada membuat pilihan yang tidak sihat
  5. Kenal pasti porsi makanan yang sesuai untuk memenuhi keperluan kalori yang limited. 
  6. Jika anda mempunyai masalah mengawal selera makan, anda beberapa tips yang boleh diamalkan iaitu :
  • Pastikan waktu makan yang teratur.
  • Makan sebelum terlalu lapar.
  • Minum air secukupnya.
  • Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur sayuran dan buah buahan.
  • Jangan makan ketika bosan.
  • Jangan makan ketika emosi terganggu.
  • Jangan langkau (skip) sarapan pagi.
  • Elakkan menyimpan stok makanan yang tinggi kalori
Tak Tahu Macammana Nak Turunkan Berat Badan? Ikuti Langkah & Petua Terbaik Ini. Pasti Berkesan!
Sumber gambar: Beauty And The Muse
  1. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan bergula.
  2. Lakukan aktiviti fizikal setiap hari sekurang kurangnya 30 minit sehari.
  3. Catatkan jumlah pengambilan kalori seharian – food diary/ apps. 

FAKTA OBESITI YANG WAJIB DIKETAHUI!

Ads

 

Ads

 

Tak Tahu Macammana Nak Turunkan Berat Badan? Ikuti Langkah & Petua Terbaik Ini. Pasti Berkesan!
Sumber gambar: Natural Health
  1. Pembedahan bariatrik adalah teknik pembedahan bertujuan mengurangkan berat badan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik mahupun pembuangan beberapa bahagian perut.
  2. Diet air boleh mengurangkan tahap sodium dalam darah dan ia membahayakan kesihatan.
  3. Makan cukup protein kerana ianya membantu menyeimbangkan tahap gluthathione iaitu sejenis enzim yang diperlukan untuk proses ditoksifikasi.
  4. Detox” ataupun detoksifikasi adalah proses yang berlaku secara natural oleh badan setiap masa.
  5. Dianggarkan lebih dari satu bilion orang dan lebih daripada 300 juta orang di seluruhdunia mempunyai berat badan berlebihan dan obes secara amnya.
  6. Menurut World Health Organization (2003), laporan yang dikeluarkan telah mengenalpasti beberapa faktor utama seperti kekerapan pengambilan makanan segera, saiz porsi makanan, keadaan ekonomi dan sosial yang berubah dan tidak melakukan aktiviti fizikal boleh menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti dan membawa kepada masalah penyakit kronik.

https://www.youtube.com/watch?v=PQAlDTm5XKM

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI