Ramai yang mahukan kulit tampil berseri dan sihat biarpun usia sudah meningkat dewasa. Jika tidak dijaga dari awal, kulit pastinya akan menjadi kering, nampak kusam dan sekali gus menjadikan wajah anda tua dari usia sebenar anda.
Usah bimbang! Team Hijabista kali ini akan kongsikan rutin terbaik yang harus anda cuba untuk memastikan kesihatan kulit terus dijaga dengan rapi. Jom cuba!
Melembap selepas mandi
Anda sudah maklum, pancuran air panas menyerap hidrasi kulit. Krim muka dan losen badan adalah pengganti. Simpan losen di dalam bilik mandi supaya dapat dilihat. Jika anda biarkan kulit tanpa melumur losen kulit mula kehilangan kelembapan.
Aplikasi pelindung sinar
Setiap pakar kulit pasti tidak jemu menasihati akan aplikasi pelindung matahari setiap hari, sekurang-kurangnya SPF 30. Cabarannya adalah untuk mencari krim yang menawarkan perlindungan yang mencukupi dan memberi keselesaan pada wajah. Cari “nongreasy” atau “sheer” pada label.
Mandi selepas bersenam
Kini ramai yang mula menyertai gim dan studio senaman untuk memberi tumpuan kepada Spinning, Boot Camps, Yoga, atau Pilates tetapi sering lupa membersihkan diri selepas itu. Akibatnya, anda sering berdepan dengan jerawat dan acne. Sediakan pad salisilik asid dalam beg sukan dan selepas bersenam lapkan pada muka, belakang, dada dan sarungkan baju yang bersih. Sebaik sampai dirumah, mandi secepat mungkin.
Rancang ujian tahi lalat tahunan
Dapatkan nasihat dermatologist berkenaan kulit anda sekali dalam setahun. Untuk memudahkan anda, set temujanji tahunan berkaitan (fizikal, mamogram, dermatologi) semasa cuti dan masa-masa lapang. Sebelum meninggalkan klinik doktor, rancang temujanji untuk tahun depan!
Lakukan pengelupasan kulit
Umur 30, seorang dewasa memerlukan 28 hari untuk baik pulih. Ketika itu sel-sel kulit akan kering dan kehilangan serinya melainkan anda melakukan proses pembaharuan yakni pengelupasan. Cuba skrub wajah yang lembut sekali atau dua kali seminggu untuk membuang sel-sel kulit mati.
Fokus pada tangan
Untuk menjaga kedua-dua tangan dan kuku daripada kering, elakkan gel antibakteria. Sapu krim pelembap kuku dan tangan. Sapuan pada bahagian terdedah dan memerlukan perlindungan.
Bersihkan berus solekan
Berus kotor akan mengalakkan pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan kerengsaan. Bersihkan berus solek anda seminggu sekali dengan sabun tangan atau syampu bayi dan air suam. Bilas dengan bersih. Perah air yang berlebihan dan biarkan berus kering dengan sendiri.
Keep your hands off your face
Tahukah anda, menyentuh muka dengan jari menyebabkan liang tersumbat dan kotoran pada kulit. Lawan rasa itu, jika tidak, sapukan krim hydrocortisone segera bagi membantu menenangkan keradangan dan mengelak parut kekal.
IKLAN
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Kebiasaannya kita mesti dengar orang yang mengatakan kulit ayam tidak sangat tidak sihat untuk dimakan. Selain dikatakan banyak lemak, ia juga dikatakan boleh meningkatkan kolestrol dan mengundang masalah kesihatan seperti darah tinggi dan penyakit jantung.
Ramai juga yang berpendapat ia boleh menaikkan berat badan sekaligus merasa takut untuk menikmatinya.
Namun, jangan terkejut kerana menurut kajian yang dijalankan oleh beberapa pakar kesihatan di Universiti Harvard, mereka mendapati sebenarnya kulit ayam tidak mendatangkan pun sebarang masalah kesihatan terutamanya terhadap jantung.
.
Sebenarnya, bahagian kulit yang sering dibuang itulah yang mempunyai banyak khasiat malah bagus untuk jantung anda.
Menurut laporan tersebut, lemak ayam tergolong dalam kategori tidak tepu dan lemak jenis ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras kolestrol yang teruk disebabkan hormon seseorang.
Bukan itu sahaja, kalori dalam kulit ayam juga tidak terlalu tinggi sebenarnya sehingga boleh menyebabkan kegemukan.
.
Di samping itu, kulit ayam juga boleh berfungsi sebagai penghalang kepada minyak daripada terus menyerap ke dalam daging ayam yang dimasak.
Selain itu, anda juga tidak perlu menambah terlalu banyak garam untuk menjadikannya lebih sedap kerana ia sudah sememangnya lazat. Selepas ini tidak perlulah merasa ragu-ragu lagi untuk menikmati kulit ayam!
Masalah lubang pori yang besar pada wajah dan juga bintik hitam menyebabkan kulit akan tampak tidak licin dan solekan akan kelihatan tidak rata dengan rapi.
Apabila pori semakin membesar, ia akan menghasilkan lebih banyak sebum dan terhasilnya bintik hitam. Untuk menangani masalah ini, apa kata anda lakukan Do’s dan Dont’s yang wajib anda ketahui!
Do’s
• Untuk langkah yang pertama, anda disarankan untuk menggunakan produk pencuci wajah bebas sabun, lembut serta bertindak balas sempurna dengan air. Ini adalah kerana apabila menggunakan pencuci wajah yang terlalu kuat bahan kimianya yang mengeringkan wajah, ia menyebabkan kulit sakit dan meninggalkan kesan merah serta radang.
• Lenyapkan lebihan minyak pada wajah dengan menggunakan pupur jenis lumpur.
• Untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan kurang kedut, anda juga boleh menggunakan produk yang mengandungi kandungan anti oksida tinggi. Bukan sekadar untuk mengecilkan liang pori, tetapi ia juga menjadikan wajah lebih licin dan bersih.
Don’ts
• Jangan memakai produk yang berciri krim yang menyebabkan kulit berminyak.
• Selain itu juga, buang sifat malas anda! Jangan tidur dengan solekan masih di wajah! Bukan sahaja ia menyebabkan pori tersumbat, juga menggalakkan pertumbuhan bintik hitam dan kulit kusam.
• Jika anda menggunakan penyamar noda bagi menutup kesan cela (jerawat kemerahan), menyembunyikan pori yang besar dan ton kulit yang tidak sekata, hati-hati kerana ia mungkin akan membuatkan liang pori tersumbat dan sukar untuk anda membersihkan solekan dengan sempurna.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Wanita dan kecantikan mana bisa dipisahkan. Kalau boleh, sentiasa hendak kelihatan cantik dan menarik. Maka sebab itulah amat penting untuk kita konsisten dengan rutin penjagaan harian yang telah ditetapkan.
Selepas mencuci muka dan meletakkan toner, perlu pula menyapu pelembap muka agar wajah akan menjadi lebih hidrasi. Namun lambakan pelembap atau moisturizer di pasaran menyebabkan kita keliru pilihan mana terbaik.
Perkongsian gadis ini di laman sosial facebook Izu Akma menyenaraikan pilihan pelembap muka yang jadi kegemaran ramai dengan harga dijual bawah RM60. Produk ini dijual di farmasi atau drugstore di Malaysia untuk tahun lalu.
Dia turut memberitahu rutin pemakaiannya setiap hari pada siang dan malam dan sangat penting sebagai pelembap muka terbaik.
Rutin harian pemakaiannya akan menyebabkan kulit wajah menjadi lebih baik, lembap dan cerah. Bukan itu saja, juga dapat mencegah tanda-tanda penuaan dan juga rekahan kulit.
Pelembap muka selalunya bertekstur krim lembut yang terdapat dalam pelbagai variasi untuk siang dan malam. Rutin pakai pelembap ni terdapat dalam BASIC skincare setiap hari kitew siang dan malam kena ada. Disebabkan cuaca kat Malaysia tak menentu kejap panasss kejap hujan. So…apa pon terjadi amat penting untuk pakai pelembap muka.
Pasti kita pilih pelembap yang sesuai dengan " skin type " dan " skin concern " memasing taw. Ni kakak manis sharing dengan ualss jenis pelembap terbaik sepanjang tahun 2018 yang terdapat kat drugestore Malaysia. Insha Allah harga pon superb mampu milik kan. Mana tahu terkenan dengan skin ualss .
1. Moisturizer untuk remaja dan ibu hamil
Krim pelembap ini diformulasikan dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberikan nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan.
Harga : RM 8.83
2. Moisturizer untuk kulit kering dan sensitif
Cetaphil Moisturizing Cream mengandungi sistem superior emolien yang memberikan rasa kelegaan untuk kulit kering dan juga sensitif. Ia telah terbukti secara klinikal memberikan penghidratan segera kepada kulit dan tahan lama. Yang lebih menarik, ia mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak menjadikan kulit berminyak.
Harga : 59.75
3. Pelembap terbaik dengan SPF 24.
Krim pelembap muka ini mempunyai sistem nutrisi yang berkesan tiga kali ganda kebaikan untuk kulit. Dengan gabungan vitamin B3, pro B5 dan vitamin E, ia melembapkan kulit wajah, menghilangkan bintik hitam, dan turut mempunyai perlindungan terhadap sinaran UV yang merbahaya. Kulit kelihatan sempurna cerah dan dilindungi dengan pemakaian pelembap muka ini.
Harga : RM 25
4. Moisturizer bahan dasar air (water based) untuk kulit berminyak. Pelembap yang menggunakan bahan dasar air ini baik untuk kulit kerana ia memberikan kelembapan yang berpanjangan dan memberikan rasa kelegaan pada kulit yang kering. Selain itu, ia turut membantu dalam mengatasi masalah kulit yang berjerawat kerana ia tidak menjadikan muka anda berminyak apabila memakainya. Teksturnya yang ringan dan lembut pastinya memberikan keselesaan pada wajah.
Harga : RM 38.80
5. Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan bebas alkohol. Krim pelembap Hada Labo ini mengandungi asid hyaluronik ( HA) yang mampu menembusi lapisan kulit untuk memelihara dan membantu mengembalikan kelembapan dan seri kulit. Selain itu, ia turut membantu mengawal pH kulit agar seimbang dan meninggalkan kulit yang lembap dan licin. Krim pelembap muka ini bebas dari bahan wangian (no fragrance) , minyak mineral (mineral oil) dan alkohol. Alami kulit yang licin dan bebas minyak dengan krim pelembap dari jenama ini.
Harga : RM 47.20
6. Moisturizer terbaik untuk memutihkan wajah dan kulit kusam serta dark spot. Pelembap muka ini mempunyai bahan seperti ekstrak sakura, vitamin B3 dan vitamin C yang membantu menyuburkan wajah dari lapisan dalam. Dalam beberapa kali penggunaan wajah akan kelihatan seperti memakai pemerah pipi. Ia juga membantu menjadikan kulit yang kusam kembali segar dan kekal bermaya. Kulit akan terasa lebih lembut dan gebu kerana ekstraknya yang diperkaya dengan bunga sakura.
Harga : RM 26.60
7. Pelembap dengan SPF terbaik
Olay Regenerist Revitalizing Hydration Cream SPF 15 menyediakan penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit daripada sinaran UVA / UVB yang membahayakan kulit dengan SPF 15. Formula yang tidak berminyak dan membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan kompleks amino-peptide.
Secara beransur, ia dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit yang tampak lebih muda. Ini pelembap terbaik yang menginginkan kulit yang kelihatan lebih remaja dan bebas dari tanda-tanda penuaan.
Harga : RM 48.29
8. Pelembap terbaik untuk kulit jerawat (acne prone). Himalaya menggunakan herba yang terbaik di dalam setiap produknya. Bahan utama yang terdapat di dalam krim ini ialah lidah buaya yang mengawal muka dari kewujudan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga mempunyai bahan antioksida yang tinggi untuk memperbaiki sel kulit mati. Krim pelembap yang melembapkan kulit dan mudah untuk menyerap ke dalam kulit ketika sapuan. Malah, ia juga sesuai untuk dipakai pada kulit ekzema.
Harga : RM15.50
9. Moisturizer water-based terbaik untuk remaja.
Jenama Safi Balqis terkenal di kalangan pengguna wanita Malaysia yang inginkan penjagaan kulit wajah sempurna dengan harganya mampu milik. Tekstur gel krim Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer ini adalah water-based, sesuai untuk remaja aktif yang memiliki kulit berminyak.
Dengan kandungan asid Hyaluronik (HA), Arbutin, Nano BioWhite dan ekstrak buah Kiwi, krim pelembap ini berkesan untuk mencerahkan kulit kusam serta kulit akan kekal segar sepanjang hari. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas dan tona kulit akan menjadi sekata.
Harga : RM 17.80
10. Moisturizer organik yang terbaik untuk kulit kering. Krim pelembap Vitamin E adalah produk penjagaan kulit yang lembut dan berkesan untuk mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. Selain itu, ia juga menyegarkan kulit kering serta melindunginya daripada matahari. Dengan tekstur krim yang tidak berminyak dan cepat diserap, ia sangat membantu dalam mengekalkan dan keseimbangan kelembapan kulit dapat dipertingkatkan.
Harga : RM 15.47
11. Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi.
Untuk pemilik kulit kombinasi, masalah utama yang selalu adalah di bahagian T-Zone pada kulit wajah yang sering berminyak. Ini kerana kulit kombinasi terdiri daripada kulit kering dan berminyak. Krim pelembap ini bertekstur sangat ringan, tidak berminyak dan sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi kerana ianya mampu untuk melembapkan bahagian kulit yang kekeringan.
Diuji secara klinikal, sistem Microsponge yang terdapat dalam krim pelembap ini bertindak untuk mengawal minyak dari terhasil pada kulit wajah dengan matte sebagai sentuhan terakhir. Kulit akan tampil lembut dan bersinar sepanjang hari.
Harga : RM 27.80
Sumber kredit: Facebook Izu Akma dan Google image (gambar)
Bagaimanapun, kini sudah hampir lapan tahun kita tidak melihat Eja menghiasi kaca televisyen, hingga timbulnya dakwaan bahawa dia merajuk dan pelbagai spekulasi lain.