“Tak Soal Rezeki Yang ‘Tiada’, Ingin Tegur Cara Hormati Orang Lain…” – Isteri Aaron Aziz Bersuara Pertahankan Suami Dari ‘Body Shaming’ Secara Terbuka

Share

Tular baru-baru ini perkongsian pelakon tempatan Aaron Aziz mengenai status dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.

Membuat satu hantaran di Instagram, Dato’ Aaron Mustapha Aziz menjelaskan percubaannya dalam menurunkan berat badan demi membintangi filem arahan Syamsul Yusof itu.

Artikel berkaitan: Tidak Fokus Lagi Pada Susuk Tubuh, BCL Lebih Mementingkan Kebahagiaan Dalaman. Sedih Di ‘Body Shaming’!

Mengapa Perlu Hina Secara Terbuka?

Tidak berdiam diri, isteri kepada pelakon terkenal itu, Datin Diyana Halik membuat satu hantaran khas untuk menyuarakan ketidakpuasan hatinya ekoran statement yang diberikan tentang tubuh badan suaminya.

“Selepas menenangkan diri sempena bulan suci Ramadan, saya ingin membuat satu pesanan. Perasaan bercampur-baur melihat apa yang terjadi di media sosial,

“Hati saya sedih melihat suami saya (Aaron Aziz) di hina secara terbuka,

“Selama ini saya tidak pernah terfikir untuk meluahkan sesuatu yang peribadi di sosial media. Tetapi kali ini tidak lagi dan saya ingin melindungi hak suami saya.” tulisnya.

Katanya, apa yang menjadi kepentingan sekarang adalah soal maruah suaminya apabila ramai mempersoalkan tentang perubahan badannya itu.

 Artikel berkaitan: Apabila Dihina, ‘Body Shaming’, Dimalukan Dicaci Dan Difitnah. Ini Doa Merawat Hati

“Saya lihat usaha suami saya untuk menjayakan projek ini. Bukanlah ingin menyoal tentang rezeki yang ‘ditarik’ malah lebih kepada ingin menegur cara yang ‘tidak menghormati’ pihak lain, SubhanaAllah,

“Berjurai air mata saya demi projek ini. Pertama kali dalam hidup saya sebagai pengurus terpaksa lalui perkara sebegini,

“Sebagai pengajaran, biarlah kita berpada-pada. Berbudi bahasa sangat penting. Terima kasih Allah SWT kerana lindungi suamiku dari projek ini. Allah SWT lebih mengetahui apa yang baik.” katanya lagi.

Sekadar info, Aaron Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa dia terpaksa menurunkan berat badan mengikut ideal yang diingini pengarah, Syamsul Yusof. Dia juga terpaksa lalui beberapa suntikan untuk berusaha dapatkan badan yang digambarkan itu.

Sumber: Instagram @Diyanahalik

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN