Jika kamu benar-benar malas untuk bersolek tetapi masih mahu kelihatan cantik dan sempurna, ada satu tip mudah yang boleh kamu lakukan! Fokus kepada mata kamu dan lukiskan ‘Cat Eye’ atau ‘Double Wing Cat Eye’.

Sumber gambar: VIE Beauty

Teknik solekan ini mampu menjadikan gaya kamu lebih klasik, mahal dan ekslusif. Selebriti luar negara yang popular dengan ‘trademark’ solekan ‘cat eye’ ini seperti Adele, Lana Del Rey, Amy Winehouse dan lain-lain lagi. Tak sampai 5 minit pun kamu dah boleh buat teknik ini. Cubalah!

IKLAN

Pertama, oleskan warna matte grey eye shadow, perlahan-perlahan dengan dimulai dari bawah kelopak mata. Untuk mengaplikasikannya, kamu boleh menggunakan jenis berus E44. Kemudian gunakan ‘pointed brush’ untuk mengaplikasikan ‘shimmer charcoal’ dan sapukan tepat di bagian luar kelopak mata.

Selepas itu, dengan berhati-hati, bentukkan wing out dengan menggunakaneyeshadow hitam. Panjangnya mengikut kesesuaian wajah kamu. Kamu juga boleh menggunakan berus agar lebih mudah untuk menghasilkannya. Kemudian, blend hitam eyeshadow tadi sampai ke bahagian tengah kelopak matamu.

IKLAN

Bentukkan double cat eye dengan pensil eyeliner hitam di lower lash line kamu. Pastikan bentuk cat eye sama dengan yang di atas untuk memastikan solekan kamu tampak lebih rapi. Kemudian, untuk kelihatan lebih natural, kamu bisa blend kembali dengan brush agar lebih merata.

IKLAN

Aplikasikan satu layer false lashes untuk memberikan kesan lebih glamour dan sebagai langkah terakhir, lentikkan bulu mata atas dan bawah dengan maskara.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI