Lama kita tak mendengar khabar penyanyi Hantu atau Buaya iaitu Nana Sheme. Rupa-rupanya, Nana baru sahaja bergraduasi dan lebih membanggakan, dia berjaya mendapat Anugerah Cemerlang Kelas Pertama menerusi Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengurusan Pembinaan sempena majlis graduasi ke-90 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Menulis di laman instagramnya, pemilik nama sebenar Nur Nabilah Hashimi ini menjelaskan bahawa dia bukan menghilangkan diri tetapi meletakkan pelajaran sebagai fokus utamanya.
Alhamdulillah. Secara rasminya saya telah bergelar graduan UiTM. Tak dapat dinafikan, kehidupan ijazah sarjana muda saya merupakan memori paling bermakna dalam hidup saya. Banyak memori pahit dan manis! Saya masih ingat dilema yang dihadapi samada mahu menangguhkan pengajian kerana banyak tawaran menyanyi ketika itu. Waktu raya juga tidak mudah. Bukan itu sahaja, karier nyanyian saya juga menjadi taruhan kerana saya menjadikan pelajaran sebagai perkara utama. Saya menghadapi cabaran, sama juga seperti rakan-rakan saya yang lain.
Ads
Tapi saya tak pernah menyesal dengan keputusan yang saya ambil.Saya mungkin kehilangan sedikit, tapi itu tidak bermakna saya tidak dapat apa-apa. Syukur. Anugerah cemerlang kelas pertama. Ini adalah untuk Mummy, Abah, Umi, Qd, Tasya & Nash.
Tahniah Nana! Alhamdulillah, berkat usaha gigihnya dia telah berjaya mendapat anugerah kelas pertama. Bukan calang-calang orang boleh dapatkannya. Moga dirinya terus berjaya. Peminat mesti tak sabar nak dengar karya terbaru daripada Nana kan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lemon memang kita ketahui banyak manfaat dan khasiatnya. Bukan hanya sebagai penyedap rasa malah bagus juga untuk detoks. Namun bagaimana pula dengan kulit lemon? Takkan nak makan pulakkan?
Eh, sebenarnya kulit lemon juga boleh dimakan sis! Tak sangka pula. Selepas mengikuti perkongsian oleh Wan Mahani Abdul Latif ini di Facebook, rupanya kulit lemon ini sangat sedap untuk dimakan dan dijadikan kudapan. Jom kita cuba!
Macam sedaplah pulak tengok sis ni makan. Kecur air liur dibuatnya. Buat kudapan waktu menonton TV mesti best ni! Balik kerja ni bolehlah terus cari lemon.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19 dan disahkan negatif.
“Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Ahmad Fadil berkata sehubungan itui, Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik Covid-19 pulih.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini.
Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan,” katanya.
Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-213 semalam, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung pandemik Covid-19 di negara ini.
Al-Sultan Abdullah turut menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, akan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
Semalam, Zulkifli dalam kenyataannya berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhkan aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan itu.
Mengenai jangkitan Covid-19 petugas Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan Covid-19 itu dan Pusat Kesihatan Kepong sedang mengesan semua kontak rapat dan mereka yang bertugas bersama tujuh petugas berkenaan.
“Kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut telah diarahkan menjalani proses saringan jangkitan Covid-19.
Untuk memastikan pendedahan virus ini dapat dikawal dan dicegah di Istana Negara, kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut turut diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari, mulai semalam,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Istana Negara akan terus melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman yang menyeluruh mengikut garis panduan keselamatan dan kesihatan ditetapkan KKM.
Pihak pengurusan Istana Negara sentiasa memastikan tahap kesihatan dan persekitaran kondusif yang maksimum di Istana Negara mengikut tatacara serta panduan KKM.
“Langkah-langkah awal untuk memastikan kesejahteraan para pegawai dan petugas di Istana Negara sentiasa diberi keutamaan oleh Seri Paduka Baginda dan ia telah dilaksanakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.
“Istana Negara akan terus memberi bekerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan jangkitan pandemik ini dibendung dengan segera dan berkesan,” katanya.
Bagi para hijabi yang gemarkan kesederhanaan dalam solekan tetapi cukup berseri dengan aura semulajadi, mungkin anda patut cuba solekan mata klasik ini untuk kelihatan natural dengan rona-rona tanah dan neutral.
Tampil Menawan Dengan Solekan Mata Ala Klasik, Lakukan 3 Langkah Mudah Ini
Hijabista kongsikan tip untuk solekan mata klasik yang mampu menaikkan keserian mata agar ianya lebih cantik dan tampak natural tanpa solekan yang berlebih-lebihan.
LANGKAH 1 : Pembayang Mata
Anda perlukan tiga warna pembayang mata iaitu tona tanah yang cerah, sederhana cerah dan gelap. Sapukan tona cerah bermula dari garisan bulu mata sehingga ke bawah kening.
Kemudian, sapukan pembayang mata dengan tona sederhana cerah. Tona sederhana cerah adalah definisi kepada warna natural, jadi anda tidak perlu meratakan pembayang tersebut.
Untuk tampak lebih gelap, sapukan pembayang mata tona gelap di garisan mata yang berkedut untuk menampakkan pembayang mata tersebut sekata dengan warna cerah tadi.
LANGKAH 2 : Penggaris Mata
Gunakan penggaris mata yang berona gelap untuk menggariskan sepanjang hujung kelopak mata.
Pastikan garisan yang anda oles menggunakan penggaris mata pada bahagian atas kelopak mata dan bawah garisan bulu mata bertemu pada hujung mata.
Juga pastikan penggaris mata itu tersebut kering kerana jika tidak ia akan menyebabkan penggaris mata comot di sekitar kelopak mata.
LANGKAH 3 : Maskara
Gunakan pelentik bulu mata sebelum memakai maskara.Oles maskara bermula dari akar bulu mata sehingga ke penghujung bulu mata.
Sapu beberapa lapis maskara agar bulu mata tampak lebih lentik dan tebal.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.