Tak perlu tunggu lama, itu rahsia rebus nasi impit jimat masa dan gas. Hari Raya hampir tiba, semua orang menantikan makanan yang lazat. Nasi impit antara juadah paling popular setiap hari raya! Ia juga dimakan bersama rendang daging lembu yang lazat dan juga mudah disediakan.
Tetapi memasak mengambil masa yang lama dan menggunakan banyak gas.
Jangan risau, kami ada rahsia cara memasak nasi himpit dengan cepat, mudah, dan menjimatkan masa dan gas. Jadi lepas tu tak payah risau nak masak nasi impit!
Ads
Berikut ialah petuanya:
Didihkan air sehingga mendidih, kemudian masukkan beras yang telah ditekan tadi.
Masak selama 10 minit, kemudian tutup api.
Biarkan nasi impit di dalam periuk dan tutup dengan tudung. Biarkan rendam selama 30 minit.
Selepas 30 minit, buka api semula selama 5 hingga 10 minit bergantung kepada keadaan nasi impit.
Jangan lupa kongsikan petua ini dengan rakan-rakan anda!
Ads
Nasi Himpit mungkin kelihatan seperti hidangan biasa dan ringkas bagi sesetengah orang, tetapi sebenarnya memerlukan kesabaran dan ketekunan untuk menyediakan hidangan yang sempurna.
Rahsia yang kami kongsikan ini akan menjadikan memasak nasi impit cepat dan mudah serta menjimatkan masa dan gas. Jangan lupa cuba rahsia ini semasa hari raya dan kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan anda.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap orang mempunyai keinginan untuk melaram ala selebriti, lalu pilihan yang menjadi sasaran ramai rakyat Malaysia jenama yang tidak asing lagi dari Rizman Ruzaini.
Dalam pada menjadi pilihan ramai, RR juga terpalit dengan bualan warga maya apabila baju Melayu rekaan cekak musang yang menampilkan penyanyi Hael Husaini sebagai ‘muse’ mencecah harga RM1,499.
Pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini tampil memberi penjelasan mengenai sindiran netizen mengenai harga baju Melayu tersebut. Menurut Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil, baju Melayu terbabit berada dalam koleksi premium dan datang dengan harga bersesuaian dengan permintaan peminat.
Terdahulu, ramai dalam kalangan netizen di laman Twitter tampil membincangkan harga baju Melayu keluaran Rizman Ruzaini itu yang dijual dengan harga mahal namun telah habis dijual.
“ Baju Melayu itu telah licin dijual dalam tempoh kurang daripada dua minggu, yang bincang tu pun bukan membeli, tambahnya lagi Rizman Ruzaini ada banyak julat harga dan segmen yang sesuai dengan semua golongan. Ada Rizman Ruzaini yang memang harga mahal serta premium manakala RR by Rizman Ruzaini yang ‘sesedap rasa’ dan mampu milik.
“Jadi, pelanggan boleh memilih mengikut citarasa dan kesesuaian serta ikut kemampuan. Tak ada isu mahal pun sebab memang ada market dan pembeli. Setiap tahun pun baju Melayu yang sold out paling awal,” kata Rizman.
Tambah Ruzaini pula, rangkaian premium dan ‘luxe’ ini sangat eksklusif dan tidak dikeluarkan dengan banyak.
“Rangkaian pakaian ‘luxe’ ni tak dikeluarkan banyak kerana bersifat eksklusif. Pembeli baju beribu-ribu ringgit ini pastinya tak nak sama dengan orang lain, jadi kita buat dalam kuantiti sedikit sekitar 500 ke 1,000 pasang sahaja.
“Manakala RR by Rizman Ruzaini pula ada 70,000 helai untuk dipilih oleh pembeli dengan harga yang lebih rendah.
“Peminat Rizman Ruzaini ni ada banyak golongan, ada T40, M40 dan B40. Jadi baju-baju sedemikian ada peminat yang berbeza-beza” ujar Ruzaini pula.
Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ yang menjadi tagline sepanjang kempen perlancaran koleksi raya Rizman Ruzaini ini benar-benar dizahirkan mereka dengan penganjuran RR Pop Up Booth di beberapa lokasi terpilih.
”Selama ini platform jualan kami lebih tertumpu secara dalam talian. Ini membataskan pengalaman RR Royalties untuk merasai, mencuba, menyentuh dan melihat secara dekat setiap produk yang ingin mereka beli.
Justeru, dengan adanya RR Pop Up Booth ini, kami mahu mereka berasa lebih dekat dengan jenama kami. Mereka boleh cuba sendiri, sentuh dan amati secara dekat produk itu sebelum membelinya. Kami sendiri sebagai pemilik jenama ini dapat bersua muka dengan pelanggan yang kami sayangi di samping berkomentar secara terus bersama mereka.”
Tujuan utama RR Pop Up Booth ini diadakan adalah untuk mendekatkan Rizman Ruzaini dengan RR Royalties yang selama ini menjadi tulang belakang keteguhan jenama ini untuk lebih 17 tahun di persada industrI fesyen.
RR Pop Up Booth akan berada di lima lokasi utama iaitu Central I-City, Shah Alam (24 Mac – 30 April 2023), Fahrenheit88, Kuala Lumpur (27 Mac – 30 April 2023), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (28 Mac – 30 April 2023), Komtar JBCC, Johor Bahru (31 Mac – 30 April 2023) dan Absolut Bazaar, Kuala Lumpur (14 – 17 April 2023).
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sempena bulan suci Ramadan Al-Mubarak, satu inistiatif kempen derma amal telah dijalankan oleh perintis eDagang Asia Tenggara, Lazada. Inisiatif ini juga hasil kerjasama bersama rakan NGO, Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction.
Siapa sangka setiap pembelian yang dilakukan oleh pelanggan Lazada! Sambil membeli ada juga yang menerima keperluan yang boleh membantu mereka yang memerlukan.
Kempen amal tersebut akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula 20 Mac sehingga 21 April 2023, yang mana Lazada akan mendermakan kepada tabung dana amal Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction menerusi setiap **pesanan lengkap di platform Lazada (**pesanan lengkap bernilai RM10 dan ke atas).
Dana amal tersebut akan membolehkan rakan NGO untuk menyediakan dan mengagihkan set ‘Pakej Raya’ yang mengandungi beras, gula, makanan dalam tin, produk kebersihan dan beberapa keperluan asas yang lain kepada lebih 3,000 penerima sumbangan di seluruh Malaysia, termasuklah komuniti yang memerlukan di PPR, rumah jagaan prihatin dan rumah anak yatim.
“Lazada yakin bahawa teknologi mempunyai kekuatan untuk menambah nilai dan mencipta impak positif bagi membantu komuniti setempat. Ramadan dan Aidilfitri merupakan bulan yang mulia, maka amalan baik seperti menderma, saling bantu-membantu dan refleksi diri amatlah digalakkan,
“Justeru itu, ‘Membeli Untuk Memberi’ berhasrat untuk memberikan inspirasi ke arah amalan seperti bersedekah, bermurah hati dan beramal baik menerusi cara dan langkah semudah membeli-belah di platform kami,
“Lantaran rakyat Malaysia sedang sibuk membuat persiapan Raya, Lazada ingin memudahkan para pelanggan dengan menawarkan pelbagai promosi untuk produk seperti Baju Raya, barangan runcit, gadget digital, barangan elektrik dan elektronik, produk kelengkapan rumah untuk menghias kediaman menjelang sambutan Hari Raya, serta keperluan balik kampung,
“Ianya diharapkan dapat memudahkan proses membeli-belah dalam talian dan membolehkan para pelanggan untuk berjimat menerusi pembelian pada harga yang berbaloi, di samping menyumbang kepada inisiatif amal ‘Membeli Untuk Memberi’.” kata Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.
Semasa majlis penyampaian sumbangan ‘Memberi Untuk Memberi’ pada 30 Mac 2023, Lazada menyampaikan set ‘Pakej Raya’ kepada 60 penerima sumbangan yang telah bersama-sama berbuka puasa dengan rakan NGO dan media.
Di samping itu, van dan lori Lazada Logistik juga telah dimobilisasikan ke seluruh negara untuk menghantar bantuan ‘Pakej Raya’ kepada penerima sumbangan di Kuantan, Kajang, Nilai dan Puchong pada bulan Mac.
Manakala pada bulan April, sumbangan akan disampaikan kepada komuniti yang memerlukan di Tanah Merah, Batu Pahat, Segamat, Kuala Nerang, Melaka, Teluk Panglima Garang, Klang, Beranang, Lembah Subang, Shah Alam, Gombak, Setapak, Pandan Perdana, Titiwangsa, Kota Kinabalu, Keningau, Kundasang, Semporna dan beberapa lagi daerah di seluruh Malaysia.
Menerusi kempen ‘Membeli Untuk Memberi’, Lazada berhasrat untuk membantu seramai mungkin keluarga dan komuniti yang memerlukan dan ianya pasti mampu direalisasikan dengan sokongan dan penglibatan para pelanggan yang bermurah hati menyumbang ke arah insiatif impak sosial dan derma amal tersebut.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nadhir Nasar, pelakon muda yang sedang meningkat naik, sering muncul dalam rancangan TV sejak beberapa tahun lalu. Untuk dia membintangi rancangan Geng Ngaji, Nadhir perlu membaca beberapa ayat al-Quran.
Program Geng Ngaji menawarkan tetamu peluang membaca al-Quran. Pada dua tahun lalu satu peristiwa membuatkan ramai terhibur dengan gelagat Nadhir yang tersalah faham akan permintaan pengacara program itu.
Namun, baru-baru ini pelakon terkenal Nadhir Nasar kembali bersiaran bersama Geng Ngaji. Ramai orang terkejut apabila mendengar dia bercakap lebih matang daripada dua tahun lalu.
Sungguh menakjubkan Nadhir Nasar apabila membaca ayat suci tersebut. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka “melting” mendengarnya. Berikut adalah rakaman dia membaca ayat tersebut bersama Geng Ngaji.
Ramai yang suka dan memuji Nadhir Nasar kerana kepulangannya dalam rancangan itu, dan melihat ruangan komen, memang ramai yang kagum dengan kemahiran membacanya.
Keterujaan peminat Nadhir diharap menjadikan apa yang Nadhir lakukan dapat dicontohi. Sekadar info, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar lahir 17 Disember 1996 merupakan seorang pelakon yang kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2020.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!