Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan! Setiap aspek pastinya dititikberatkan untuk kelihatan lebih menonjol dan berkeyakinan di khayalak ramai. Sudah pasti kaum wanita amat tekankan tentang kesan yang efektif apabila berkaitan dengan kecantikan. Tidak kisahlah dari rambut, kulit muka, rambut mahupun kaki, kaum wanita sanggup berhabisan duit untuk tampil anggun setiap masa.
Tetapi, tidak semua produk yang dibeli dari luar menjanjikan kesan yang bagus dan baik. Hakikatnya, ramai juga yang mendapat kesan buruk apabila berhabisan duit demi kecantikan diri. Oleh itu, team Hijabista kali ini ingin berkongsi kepada kamu semua langkah penjagaan kuku untuk memastikan kuku sentiasa berkilat hanya dengan menggunakan bahan semula jadi sahaja!
1. Lidah buaya
Lidah buaya bukan sahaja memberi kesan yang baik kepada kulit wajah kamu malah ia juga dapat menjadikan kuku kamu bersinar dan cantik! Caranya mudah sahaja! Bersihkan lidah buaya terlebih dahulu dan sapu rata pada permukaan kuku. Lakukan cara ini dengan kerap untuk dapatkan kuku lebih cantik dan bersih putih.
2. Bawang putih
Kandungan anti-oksidan yang ada pada bawang membolehkan kuku menjadi putih mulus tanpa meninggalkan sebarang tompok yang boleh menyebabkan kuku menjadi pudar.
Caranya, parut bawang putih hingga halus, kemudian sapukan pada kuku. Biarkan beberapa minit. Kemudian, bersihkan kuku. Boleh juga menggosokkan bawang putih terus pada kuku kamu. Lakukanlah secara kerap, maka kuku akan semakin kuat dan tidak rapuh.
3. Belimbing buluh
Belimbing buluh bermanfaat untuk membersihkan kotoran di celahan kuku dan kulit luar. Gosokkan potongan belimbing pada kuku. Kemudian, bersihkan dengan air suam.
4. Lemon atau limau nipis
Bahan ini berfungsi untuk mengembalikan kuku yang kuning kepada warna putih. Caranya, perahkan satu biji lemon dan campurkan perahan lemon itu tadi dengan ubat gigi. Sapukan pada kuku dan tunggu sehingga 5-10 minit. Tunggu sehingga kering. Setelah itu basuh kuku dengan air hangat. Lakukanlah secara teratur, seminggu sekali, maka kuku akan kembali dengan warna yang normal.
5. Campuran madu, telur, dan minyak zaitun.
Manfaatnya adalah untuk melembabkan dan melembutkan kuku. Tip ini boleh digunakan untuk mereka yang memiliki kuku yang kering dan kurang nutrisi.
Caranya, campurkan dua sudu madu dan minyak zaitun. Panaskan dan adun hingga sebati, kemudian masukkan dengan telur. Gaul sebati adunan itu dan sapukan pada kuku. Tunggu selama 15 minit, kemudian bersihkan kuku anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI