Walaupun ramai hijabi yang hanya membiarkan wajah nampak polos, tetapi tidak ada salahnya memberi sentuhan warna bagi menceriakan penampilan. masih boleh bermekap tetapi hanya perlu kurangkan kepekatan dan bilangan produk yang kita gunakan untuk disesuaikan dengan cuaca di luar.
Selain sapuan bedak dan sedikit pemerah pipi, bahagian mata juga jangan dipinggirkan. Untuk mata, gunakan eyeliner sahaja sudah mencukupi. Tidak perlu beriya dengan eyeshadow bagai. Ingat, ‘less is more’.
Ads
Mari lihat tutorial ini untuk dapatkan winged eyeliner that always on fleek!
Ads
SUMBER: Youtube (Hijabs By Hanan)
Ads
P/S: Define mata anda dengan winged eyeliner yang ringkas dan tidak terlalu panjang. Manis dan amat sesuai untuk Ramadan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
TikTok memainkan peranan dalam melahirkan banyak trend kecantikan serta meraih perhatian ramai. Dengan kebangkitan media sosial, trend solekan kini lebih pantas menjadi tular dan ikutan.
Di antara trend solekan yang sempat tular adalah Teknik Igari Blush. Bahkan, Jennie BlackPink juga pernah tampil dengan solekan ini!
Igari Blush juga dikenali sebagai ‘hangover makeup’ yang melibatkan penggunaan pemerah pipi yang banyak di bawah mata, di atas tulang pipi dan di sepanjang batang hidung.
Teknik ini dipopularkan di Jepun untuk mendapatkan solekan ala-ala watak anime ‘kawaii look’ dengan menyerlahkan warna merah jambu di bawah mata. Walaupun disapu terus di bawah mata, solekan ini memberi fokus pada warna wajah dan bukannya untuk menyerlahkan kawasan mata. Ia juga membantu hijabi agar terlihat ‘innocent’ dan ‘fresh’!
Trend solekan ini sesuai untuk semua orang. Tetapi jika anda mempunyai kulitdengan kedutan di sekeliling mata anda, anda harus memilih pemerah pipi serbuk berbanding pemerah pipi krim, kerana produk krim menjadikan kedutan anda lebih ketara.
Tambahan itu, jika hijabi mempunyai kulit yang terdedah kepada kemerahan dan rosacea, pastikan anda meneutralkan kemerahan zon T dan pipi terlebih dahulu, supaya tidak memerah seluruh muka apabila menggunakan teknik ini.
Dengan kesan yang membawakan rupa yang comel dan suci, maka tidak hairanlah teknik solekan ini semakin popular di kalangan anak muda terutama bagi hijabi yang menggemari gaya solekan yang “lembut” dan feminin.
Untuk mengaplikasikan solekan ini, hijabi perlu menggunakan pemerah pipi yang berwarna merah jambu atauwarna yanglebihterang daripada pemerah pipi semulajadi serta elakkan apa-apa yang terlalu pic atau coklat. Setelah itu, ikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah pertama ialah menyediakan(prep) kulit menggunakan produk penjagaan kulit, kemudian sapukan mekap asas seperti concealer untuk meneutralkan kemerahan pada wajah.
Kemudian pilih berus pemerah pipi yang kecil. Berus jenis ini memudahkan anda untuk mengaplikasikannya di tempat yang hanya diperlukan.
Ketiga, mula gunakan pemerah pipi pada bahagian atas tulang pipi anda dan turun ke batang hidung anda dan terus sapu (jangan tarik). Ini kerana menarik dan memakai pemerah pipi membuatkan kulit muka anda kelihatan kasar. Selain itu, sapukan produk secara nipis dan sekata untuk membenarkan sebarang warna terbina tersembul keluar, tetapi jangan berlebihan.
Untukmendapatkan hasil kulitwajahyanglebihcerah,ramai jugayangmenggunakanteknikinidenganmenyapupemerahpipipadacupingtelinga. Lagi terlihat ‘kawaii’! Ha,buat hijabi yang dah bosan dengan gaya pemerah pipi yang sama, boleh lah cuba cara ini!
Sumber: Byrdie
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila kita sebut sahaja urutan, pasti akan terbayang urutan badan atau kaki. Ia tidak salah tetapi HIJABISTA mahu mengenengahkan urutan wajah. Jika dilakukan secara konsisten anda akan dapat hasil yang tidak mengecewakan.
Tahukah anda urutan wajah banyak kebaikannya?
Sumber: Youtube (Glamrs.com)
Anda boleh lakukan senaman ini di mana sahaja, tidak kira di pejabat atau rumah. Kekerapannya boleh dalam sehari atau seminggu.
Tip HIJABISTA: Pastikan anda mencuci tangan anda sebelum urutan untuk mengelakkan semua bakteria pada tangan hinggap ke wajah. Gunakan pencuci wajah, moisturiser atau oil cleanser sebagai pelincir untuk memudahkan urutan.
Pastikan urutan yang anda lakukan cukup lembut namun memberi kesan kepada wajah. Selamat mencuba!
Tular di laman Tik Tok sebuah video memaparkan Datuk Syafinaz Selamat sedang mencurahkan ilmu berkenaan teknik pernafasan yang betul kepada Qari Qariah untuk bertarannum.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah penampilan Syafinaz yang dilihat anggun berhijab dan mengenakan baju kurung ketika sesi perkongsian ilmu itu.
Menerusi video yang dikongsikan akaun Tik Tok @syafinazselamat.fans itu dapat dilihat bahawa Syafinaz begitu bersungguh-sungguh mengajar teknik pernafasan sebenar kepada para Qari dan Qariah agar bacaan tarannum yang dialunkan menjadi lebih merdu selepas mangaplikasikan ilmu yang diturunkan oleh Syafinaz.
Meninjau ke ruangkan komen pada perkongsian video berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata netizen terpukau dengan keanggunan Syafinaz.
“Cantiknyaaa.. Datuk bertudung! Teruskan Datuk.. Ameen..”
“Ustazah ni dah terer tarannum weh.. Tapi dia pun terbuka lagi untuk belajar dengan tokpinaz, SunhanaAllah tahniah kedua-duanya.. Semoga menjadi asbab untuk masuk ke syurga Allah..”
“Semoga menjadi asbab pahala jariah buat Datuk Syafinaz, seronok tengok teknik mengaji bertarannum”
Selain itu, ramai peminat guru vokal itu mendoakan agar syafinaz dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda kerana membantu agamawab untuk mempersembahkan bacaan al-Quran dengan lebih baik.
Pada perkongsian sama, seorang ustazah yang turut mengikuti bengkel di Akademik Tarannum Negeri Sembilan itu telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Syafinaz di atas ilmu yang dicurahkan.
Sekadar info, kita sering melihat Syafinaz menjadi juri dalam sesebuah pertandingan nyanyian di kaca televisyen. Namun ramai tidak menyangka figura hebat Datuk Syafinaz Selamat ini juga merupakan seorang pensyarah muzik dan tenaga pengajar bagi mengajar qari dan qariah.
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.