Oleh disebabkan kesibukan jadual kerja yang padat menyebabkan ramai diantara kita yang mengalami masalah tumit kaki pecah ataupun mengelupas. Hal ini berlaku adalah disebabkan oleh kekuragan lembapan pada bahagian tumit kaki.

Sumber gambar: Arina

Ada juga diantara kita yang masih di usia muda tetapi sudahpun mengalami masalah tumit kaki yang teruk seperti golongan emas! Malulah begitu! 

Antara faktor yang menyebabkan masalah tumit kaki pecah adalah:

  • kurang minum air
  • kaki sering terdedah kepada suhu sejuk seperti bilik berhawa dingin
  • merendam kaki dalam air panas terlalu kerap
  • penggunaan sabun yang tidak sesuai
  • masalah kencing manis / diabetes
  • obesiti
  • amalan pemakanan tidak sihat

Jika anda mengalami masalah ini, apa kata anda cuba gunakan pilihan bahan semula jadi ini yang dapat membantu anda untuk merawat masalah ini! 

1. LOSYEN / PELEMBAP

Sumber gambar: Kaboompics

Ramai yang tahu tentang kebaikan losyen ataupun pelembap kepada kulit badan kita. Terutamanya kepada anda yang seringkali menghidapi masalah kulit kering, produk ini dapat membantu anda! penggunaan Sapukan pilihan produk losyen dan pelembap terbaik kepada kawasan tumit kaki yang pecah.

Jika ingin kesan yang lebih baik, pilih produk pelembap yang mengandungi sumber dariapda bahan organik, tidak terlalu wangi / kuat bahan kimianya. Selain losyen, boleh juga menggunakan pelembap seperti Vaseline.

IKLAN

2. MINYAK

Sumber gambar: ptankilevitch

Bukan itu sahaja, malah minyak juga dapat membantu utnuk merawat masalah tumit kaki pecah. Anda boleh menggunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak almond.

Nak tahu kenapa minyak antara alternatif terbaik untuk merawat masalah ini? Ini adalah kerana penggunaan minyak dapat membantu untuk meresap jauh ke dalam kulit dan sekaligus membantu meningkatkan kelembaban serta merawat rekahan. Tuangkan sedikit minyak ke kawasan yang masalah dan urut perlahan untuk memastikan ia berkesan!

3. LEMON & GARAM

IKLAN
Sumber gambar: Dominika

Buah lemon merupakan bahan terbaik yang banyak memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh badan dan juga kulit. Ia juga popular sebagai sebuah bahan home remedy. Bukan hanya dapat menjadikan kulit lebih licin dan cerah, malah ia juga berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit. Tambahan sumber garam pula berfungsi untuk mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah.

Caranya mudah sahaja. Rendam kaki di dalam air suam yang di campur dengan perahan lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam dengan baking soda. Wangi pun wangi! Biarkan selama 15-20 minit. Urut seketika pada bahagian yang bermasalah. Kemudian bilas sehingga bersih! Lakukan cara ini dengan kerap untuk memastikan bahagian tumit kaki licin dengan cepat!

4. TEPUNG BERAS & MADU

Sumber gambar: Adonyi

Bagi anda pencinta dunia kecantikan dan kesihatan, sudah pasti anda sedia maklum tentang kebaikan madu yang mengandungi banyak kebaikan dan boleh berfungsi sebagai pelembab pada tumit kaki. Tetapi untuk kali ini, campurkan madu dengan tepung beras untuk membantu menghapuskan rekahan pada tumit kaki. 

IKLAN

Anda boleh jadikan adunan ini sebagai scrub ataupun air rendaman yang boleh anda lakukan dengan kerap.

5. ASAM KEPING / ASAM JAWA

Sumber gambar: Klikdokter

Tidak hanya memberi rasa enak pada masakan, tetapi asam keping atau asam jawa juga dipercayai boleh merawat masalah tumit yang pecah. Caranya, masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama beberapa minit.

Boleh juga melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI