Perkongsian dalam entri terkini di Instagram (IG) mengejutkan peminat kerana Zulin tampak begitu langsing dengan pinggang secekak.
Sebelum ini memang Zulin berusaha keras menurunkan berat badannya. Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz dia mengalami susut berat badan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Mac lalu.
"Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.
Ads
"Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang," katanya.
Tidak berahsia, Zulin mengaku mengamalkan sejenis minuman yang mana dirinya menjadi testimoni kepada produk berkenaan.
Ads
"Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram," katanya.
Zulin menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana 'makan hati'.
Ikatan pertunangan adalah ikatan janji antara dua hati dengan restu kedua-dua keluarga. Manisnya hubungan pertunangan ini, mungkin mempunyai pelbagai rintangan betullah istilah ‘sembunyikan pertunangan, hebahkan perkahwinan.
Pertunangan ini selain dijadikan sebagai satu medium untuk saling mengenali antara kedua pasangan, ia juga menjadi medium untuk kedua pihak mempertingkatkan ilmu pengetahuan terutama dalam hal ehwal rumahtangga, ibadah dan lain-lain.
Pertunangan di sisi Islam adalah sama sahaja hubungannya sebelum berkahwin dan mereka masih dianggap ‘ajnabi’.
Antara adab-adab yang perlu dipelihara bersama antara kedua pihak ialah:
Ikatan pertunangan bukan tiket untuk anda selalu berjumpa, sebaiknya bagi perempuan elakkan bertemu secara berdua-duan kecuali ditemani mahram. Mahram tersebut mestilah mencukupi syarat iaitu mereka yang sudah berakal dan mampu membezakan antara baik dan buruk.
Rasulullah saw bersabda;
“Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.”
Sekiranya terdapat keperluan untuk bertemu, pastikan pertemuan tersebut bebas dari sebarang unsur nafsu dan syahwat. Jika sekiranya terdetik di hati akan perkara tersebut, ucapkanlah istighfar agar syaitan lari dari menghasut diri.
Sentiasalah menutup aurat apabila bertemu antara kedua belah pihak. Namun apabila anda muslimin yang menutup aurat bukan jua tiket untuk bertemu. Ini kerana, hubungan pertunangan masih belum sah dan keduanya belum bergelar suami isteri lagi. Aurat antara keduanya adalah sama sahaja seperti yang digariskan dalam Islam bagi ajnabi.
Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Begitu juga pihak lelaki, kawallah kemesraan dalam perhubungan kalian sehingga sampai masanya nanti. Perlu diingat, janganlah pihak lelaki itu berasakan bahawa perempuan itu sudah menjadi milik mutlaknya dan boleh melakukan apa-apa saja, sehingga melanggar batas agama.
‘Sembunyikan pertunangan , hebahkan perkahwinan’. Elakkan menghebahkan kepada awam kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. Namun begitu, sekiranya ia bebas dari sebarang fitnah tidak mengapa.
Sekiranya, terdapat orang lain yang ingin meminang tunangan tersebut, perlulah dimaklumkan padanya bahawa ia sudah menjadi tunangan orang. Ini kerana terdapat larangan daripada Rasulullah saw iaitu;
“Orang Muslim adalah saudara orang mukmin, maka tidak halal bagi seorang mukmin meminang seorang perempuan yang sedang dipinang oleh saudaranya hingga nyata sudah ditinggalkan”. – Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim.
Jangan berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama kerana ia amat mudah membawa kepada yang haram. Bimbang dalam tempoh tersebut, keduanya terjebak kepada perkara yang dilarang dalam Islam. Melainkan jika masing-masing menjaga adab-adab dan sabar menunggu.
“Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali nikah.”
Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sahih menurut al-Hakim, as-Suyuti , al-Jami’ as-Soghir, no 7361, 4/397.
Ternyata Islam amat menitikberatkan soal hubungan antara lelaki dan wanita, sekalipun mereka sudah ada ikatan pertunangan, iaitu ikatan janji untuk melangkah ke alam perkahwinan. Mudah-mudahan, perkongsian ini dapat memberikan pencerahan kepada yang memerlukan. Wallahua’lam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perasaan putus cinta itu memang menyakitkan. Hati seolah rasa dihempas dan hancur berderai. Untuk mencantumkannya kembali mungkin mengambil masa yang lama.
Malah, ada juga yang bertekad untuk terus menutup pintu hati kerana tidak mampu menerima hakikatnya yang memeritkan. Sama seperti artis terkenal, Zulin Aziz yang juga pernah mengalami patah hati dalam satu episod cinta yang memeritkan sebelum dipertemukan dengan cinta sejati, Farhan Norzaini.
Menerusi satu muatnaik video di laman Instagram miliknya, Zulin pernah berkongsikan bagaimana cara yang dilakukanya untuk ‘move on’ dan meneruskan kembali kehidupan hingga pandangan berkenaan menjadi inspirasi kepada para hijabi di luar sana.
“Assalamualaikum, ramai yang DM tanya saya macam mana cara Kak Zulin move on. Tengok saya gelak ‘hahaha’ macam tak ada masalah. Tapi hati saya Allah sahaja yang tahu.
“Apa yang boleh saya katakan adalah manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Jadi saya selalu rasa begini. Bila dia pergi, saya percaya ada yang baik akan menggantikannya. Kalau saya tutup pintu hati saya, maksudnya saya tinggalkan kesan yang tidak baik di hati saya.
“Di mana perasaan akhir yang ada di hati saya adalah kekecewaan. Rugilah. Kita tak boleh tutup pintu hati kita. Kita buka pintu hati kita sebab kita kena percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
“InsyaAllah, selepas dengan ujian Allah akan gantikan dan hadiahkan dengan kebahagiaan, InsyaAllah. Yang paling penting doa, tawakal, berserah, kuatkan iman kita pada Allah semoga kita ditemukan dengan orang yang baik.
Ternyata di balik tawa seseorang itu, siapa yang menyangka apa yang dirasai di dalam hati kan? Moga hijabi dan para wanita di luar sana terus diberi kekuatan oleh Tuhan. InsyaAllah, jodohmu pasti akan sampai jua.
Kini Zulin Aziz telah pun bahagia bersama suami tercinta setelah diijabqabulkan sejak lebih setahun yang lalu pada tanggal 20 Februari 2022 yang lalu. Meski masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata, Zulin tetap terlihat bahagia disamping suami tercinta!
Solat Tahajud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur. Solat ini lebih afdal dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Banyak kelebihan melakukakn solat tahajud. Dr. Zaharuddin Abd Rahman berkongsi tentang keajaiban solat Tahajud yang mampu mendekatkan diri kita kepada pencipta.
Subuh masuk lewat ketika ini (iaitu jam 6:04 pagi ketika status ini ditulis – waktu Putrajaya), nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi hatta jam 5.55 pagi sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan Solat tahajud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur – tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam)
Waktu solat Tahajud bermula selepas Isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.
Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis:
إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر
Ertinya: Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)
AMBIL PELUANG
Justeru, ambillah peluang mendirikan solat Tahajud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah swt menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya.
JANGAN niat solat Tahajud untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah swt & redaanNya. Insha Allah.
JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah SWT berbanding yang banyak tetapi terputus.
Solat Tahajud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub JAUH LEBIH MULIA dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.
TIP MEMUDAHKAN BANGUN SOLAT MALAM:
*Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajud. *Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat. *Bersederhana makan dan minum pada waktu siang. *Membaca ayat-ayat al-Quran.
Sumber kredit: Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.