Ambil foto Oufit Of The Day ataupun lebih dikenali sebagai ‘OOTD’ memang boleh dikatakan sudah menjadi aktiviti wajib para gadis apabila sekali sekala melaram. Iyelah, rugikan kalau dah pakai cantik-cantik tapi tak ambil gambar pulak.
Tapi bila sampai momen nak bergambar itu tiba-tiba kaku pulak tak tahu bagaimana nak posing di hadapan kamera. Ala macam mana nak buat ni?
Eh senang je sis! Kalau nak posing ala-ala supermodel hijabi terkenal iaitu Halima Aden, bolehlah ikuti tip yang dikongsikan ini. Barulah cantik gitu!
1. Pose candid konon-konon tak tengok kamera.
Ads
2. Kalau tak nak nampak bahagian kaki bolehlah pose cara setengah badan.
3. Gaya bergambar di kafe hipster.
4. Pose yang ini mesti ramai yang buatkan?
Ads
5. Gaya cekak pinggang.
6. Swafoto dengan gaya tangan di muka.
7. Posing dengan menjadikan beg tangan sebagai prop.
Ads
8. Gaya sementara menunggu lampu hijau di dalam kereta.
9. Swafoto di cermin.
Macam mana sis? Setelah melihat semua gaya ini pastinya boleh jadikan inspirasi OOTD di masa akan datang. Tak perlu terlalu risau tentang gayanya, yang penting sekali ialah keyakinan dalam diri sis. Barulah kecantikan itu akan terserlah!
kredit: twitter @heyyoushinee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti sis semua ada seorang kawan yang suka akan terhadap warna ungu! Bukan sahaja beg tangan, malah, phone case, bekas hand sanitizer, dompet dan kalau boleh semua barang peribadi dan aksesori mereka akan berwarna atau berunsurkan warna ungu.
Belum lagi anda tanya mereka mengenai warna kegemaran, sudah tentu ramai penggemar warna ungu akan bersorak dan berani untuk menyatakan rasa cinta kepada warna ungu. Jadi ada apa dengan warna ungu? Mereka ini obses atau apa?
Hakikat kepada penggemar warna ungu, mereka tampak sangat bangga dengan warna kegemaran mereka. Tiada apa yang boleh mereka sembunyikan tentang rasa cinta terhadap warna ungu kerana pasti setiap barang peribadi mereka ada ‘terselit’ warna ungu.
Sebenarnya ada maksud tersirat melalui warna ungu yang membuatkan ia unik dan menjadi satu warna yang sangat ‘kuat’. Warna ungu juga di kaitkan dengan pelbagai makna termasuklah kebijaksanaan, kreativiti, kuasa, cita-cita, dan kemewahan. Ia juga boleh di kaitkan dengan makna magis, kemewahan, keamanan, kebangaan, dan kemerdekaan. Mengikut segi psikologi warna pula, warna ungu menunjukkan bahawa ia dapat manipulasi emosi dan tingkah laku.
Menurut VeryWellmind, warna ungu juga sering di kaitkan dengan warna elit kerana pengeluarannya sangat sedikit dan juga susah di dapati di pasaran buat seketika waktu dahulu. Jadi ia di anggap sebagai warna elit kerana kebanyakan golongan bangsawan sahaja yang memiliki warna ungu dalam pakaian atau barang peribadi mereka.
Pada sekitar 1200 SM, Bandar Tirus (di sepanjang pantai Phoenicia purba) mula menghasilkan pewarna ungu dengan menhancurkan cangkerang siput laut yang kecil. Ungu Tyrian adalah warna yang terhasil dan menjadi begitu terkenal sehingga di sebut dalam ‘Illiad’ karya Homer dan ‘Aeneid‘ karya Virgil. Alexander the Great dan raja-raja Mesir juga memakai pakaian berwarna ungu Tyrian.
Warna ungu juga menurut tag, merupakan satu warna yang paling kuat dalam spektrum warna. Dalam bentuk cahaya, kelihatan kuat gelombang warna tersebut. Semakin kecil panjang gelombang, semakin kuat ia terjelas. Panjang gelombang warna ungu adalah sebanyak 400 nanometer yang menjadikannya warna terkecil tetapi paling kuat antara semua warna. Ini mungkin dapat di jelaskan mengapa ungu sering di kaitkan dengan magis atau ajaib.
Bagi mereka yang menggemari warna ungu, mereka sering di kaitkan dengan orang yang sangat unik, bijak, dan misteri. Sering kali mereka juga menjadi orang sangat posesif! Jadi jika sis mempunyai kawan yang gemar warna ungu, sudah tentu mereka akan bangga dengan fakta mengenai warna ungu ini.
Iklan baju raya semakin ketat menjadi perhatian apabila Ustazah Asma Harun tampil menegur penampilan Muslimah bertudung yang semakin membimbangkan menjelang bulan Ramadan dan Syawal. Teguran tersebut disampaikan dengan penuh hikmah sebagai peringatan kepada wanita Islam agar tidak terleka dengan arus fesyen sehingga mengabaikan tuntutan aurat sebenar.
Pendakwah terkenal itu menegaskan bahawa isu berpakaian tidak seharusnya dinilai sekadar pada pemakaian tudung semata-mata. Sebaliknya, cara berpakaian yang menepati syariat perlu dilihat secara menyeluruh, termasuk pemilihan busana yang longgar, sopan dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
Menurut Ustazah Asma, iklan baju raya semakin ketat mencerminkan satu normalisasi yang salah terhadap konsep menutup aurat. Wanita Muslimah seharusnya memahami bahawa aurat bukan hanya rambut, tetapi keseluruhan bentuk tubuh yang perlu dijaga daripada pandangan yang boleh menimbulkan fitnah.
Beliau menekankan bahawa pakaian yang menepati syariat mestilah tidak jarang, tidak ketat dan tidak menyerupai pakaian golongan yang tidak beriman. Kesedaran ini penting agar identiti Muslimah tidak terhakis atas nama trend dan pemasaran fesyen.
Dalam perkongsiannya, Ustazah Asma menjelaskan wujud perbezaan ketara antara wanita yang berpakaian sopan dengan mereka yang menutup aurat secara tidak sempurna. Fenomena iklan baju raya semakin ketat memperlihatkan wanita bertudung tetapi berpakaian sendat, sekali gus menonjolkan bentuk tubuh.
“Ada ramai wanita yang tidak bertudung tetapi tidak seksi, malah sopan dan longgar seperti kebanyakan non-Muslim. Sebaliknya, ramai yang bertudung tetapi pakaian ketat dan seksi hingga lebih mengoda hawa nafsu,” jelasnya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan kenyataan itu bukan bertujuan memuji wanita yang tidak bertudung, sebaliknya sebagai peringatan bahawa menutup aurat secara zahir tanpa menjaga kesopanan pakaian boleh membawa fitnah yang lebih besar.
Menjelang pertengahan bulan Syaaban, Ustazah Asma meluahkan kebimbangan apabila semakin banyak iklan baju raya semakin ketat memaparkan wanita Muslimah berhijab tetapi mengenakan pakaian yang melekat pada tubuh.
“Dah hampir separuh Syaaban, makin dekat Ramadan, makin ramai pula aksi wanita Muslimah dalam iklan baju raya dengan pakaian sendat dan ketat yang melekat,” ujarnya.
Tambah beliau, fitnah yang timbul daripada penampilan sedemikian adalah lebih berat kerana ia mengelirukan masyarakat tentang konsep sebenar menutup aurat menurut Islam.
Dalam hantaran sama, Ustazah Asma turut menyertakan hadis Rasulullah SAW mengenai golongan wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya seperti telanjang. Hadis ini sering dijadikan peringatan keras agar umat Islam tidak memandang ringan soal aurat.
Baginda SAW bersabda bahawa terdapat wanita yang berpakaian tetapi telanjang, menyimpang dan menyesatkan, serta tidak akan masuk syurga dan tidak mencium baunya. Peringatan ini amat relevan dalam konteks iklan baju raya semakin ketat yang kini menjadi tontonan umum.
Ustazah Asma mengajak semua pihak, khususnya kaum wanita, agar saling mendoakan sesama Muslimah supaya diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna. Teguran ini bukan bertujuan menghukum, sebaliknya sebagai muhasabah diri menjelang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Ramai netizen menyokong teguran tersebut dan bersetuju bahawa isu penampilan Muslimah perlu diberi perhatian serius. Bagi mereka, kecantikan dan fesyen tidak seharusnya mengatasi maruah, kesopanan serta ketaatan kepada perintah Allah SWT.
Menjelang Ramadan dan Syawal, biarlah pilihan fesyen bukan sahaja indah di mata manusia, tetapi juga membawa ketenangan jiwa dan keberkatan, selari dengan identiti sebenar seorang Muslimah.
Tanpa aksesori maka tak lengkap dan tak berserilah penampilan seseorang. Bagi hijabi, aksesori sesuai digayakan dengan tudung bercorak mahupun polos.
Terdapat banyak pilihan aksesori untuk menyerlahkan penampilan.
Bagi yang sedang mencari idea untuk aksesori tudung yang boleh digunakan untuk majlis formal mahupun santai, Hijabista kongsikan tipnya.
Topi Boater
Walaupun bertudung, anda masih boleh tampil bergaya dengan topi boater. Topi jenis ini sesuai untuk semua bentuk wajah.
Topi ini sesuai digayakan di acara luar seperti berkelah atau berjalan di pantai. Lengkapkan penampilan dengan selendang yang diikat di leher.
Bucket Hat
Buckethat menjadi trend sepanjang tahun 2021. Bagi yang bertudung, anda juga boleh menggunakan bucket hat sebagai aksesori tudung untuk menyempurnakan penampilan.
Pilih topi dengan motif yang berbeza dan padankan bersama pakaian pilihan anda.
Duckbil Clip
Bukan saja sesuai sebagai aksesori rambut, duckbil clip juga sesuai sebagai pelengkap penampilan.
Gunakan dua atau tiga duckbill clip di bahagian tepi tudung dengan warna yang kontra tudung yang dipakai. Selain duckbill clip, anda juga boleh menggunakan jenis clip lain seperti pin rambut dan snap clip.
Scarf
Penggunaan scarf bukan lagi sekadar untuk dililit pada leher. Kini, selendang juga berfungsi sebagai item fesyen yang melengkapkan penampilan hijabi.
Selendang boleh menjadikan penampilan kasual anda lebih stylish. Gunakan selendang bercorak dan balut di bahagian kepala.
Cermin Mata Hitam
Cermin mata hitam bukan saja berfungsi untuk mengurangkan pendedahan matahari pada mata, ia juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih bergaya.
Subang
Aksesori subang sememangnya popular dan trending di kalangan hijabi. Subang biasanya dilekatkan pada tudung di kedua-dua belah telinga. Kini, terdapat banyak jenis subang yang sesuai untuk yang bertudung.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.