Koleksi tudung ‘Kakak Kita’ yang dilancarkan oleh pelakon jelita, Nur Fazura baru-baru ini mendapat sambutan hangat apabila 20,000 helai tudungnya terjual dalam masa sehari.
Bukan hanya menampilkan rekaan yang cantik, koleksi ini juga mendapat sambutan ramai oleh para penggemar hijab yang teruja untuk mendapatkannya dek kerana harganya yang cuma RM27.
Menerusi sebuah sesi IG Live baru-baru ini, Fazura menjelaskan dia tidak mahu menjual tudung tersebut pada harga yang mahal kerana mahukan semua orang untuk mampu membelinya.
Ads
“Ramai juga orang bertanya mengapa tudung saya dijual hanya dengan harga RM27, semua macam tak percaya. Namun, niat sebenar saya ialah mahu semua orang pakai dan mampu untuk membelinya,” ujarnya.
Tambah pelakon Pisau Cukur ini, sebagai usahawan sudah pasti dia mahu untuk mendapatkan keuntungan dalam jualan produk namun niatnya adalah mahu semua mampu untuk membelinya.
Ads
“Sebagai ahli perniagaan, pasti kita nak dapatkan keuntungan dan buat duit daripada produk yang dijual tetapi seperti yang saya cakap, saya nak semua mampu membeli.
“Saya sendiri pun jika hendak beli tudung lebih RM50 pun rasa mahal. Jadi bila harga bawah RM50, rasanya itu harga yang mampu dibeli orang semua orang,” katanya lagi.
Ads
Bersama anak kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya.
Dalam pada itu, Fazura turut berkongsikan angka 27 atau harga RM27 untuk jualan tudung tersebut mempunyai nilai sentimental buat dirinya.
“Angka 27 merupakan nombor yang saya suka iaitu tarikh ulang tahun kelahiran saya serta tarikh Fattah melamar saya,” jelas isteri tercinta kepada Fattah Amin ini.
Bila kita merancang aktiviti percutian, kita juga semestinya berharap dapat melakar seribu satu kenangan manis darinya. Aktiviti percutian pastinya menjadi bertambah manis apabila insan tersayang juga turut serta bersama. Namun ada juga yang lebih selesa untuk merancang bercuti secara solo atau lebih dikenali sebagai ‘solo traveller’.
Seperti Zarith Atiqa,28, pernah terbang ke Thailand, Australia dan China, gadis ini ingin mencabar diri dengan menjadi solo traveller apabila menjejakkan kaki Korea Selatan pada November 2019.
Kenali Si Gadis Hijabi
Hello Hijabista! Nama saya Zarith Atiqa, berasal dari Perak dan sekarang sedap menetap di Kuala Lumpur. Saya merupakan seorang freelancer dalam bahagian pemasaran digital. Sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, saya banyak tambahkan ilmu seperti membuat research and development (R&D).
Jadi seorang freelancer ini banyak naik turunnya dan ia bukannya mudah! Walaupun boleh tetapkan jadual waktu sendiri, namun semua itu harus ada ilmunya yang perlu dipelajari dan kaut sendiri. Membina networking itu paling penting!
Destinasi yang menjadi pilihan Zarith?
Semestinya Korea Selatan! Terasa seperti pulang ke kampung halaman sendiri apabila ke sana (ketawa). Australia juga menyeronokkan kerana ia merupakan sebuah negara yang tenang dan bersih untuk bersiar-siar dan bersantai.
Bagaimana Zarith merancang percutian?
Saya merupakan seorang yang sangat jimat Ketika berbelanja ataupun cheapskate! Namun, saya gemar merancang trip percutian di saat akhir. Pertama sekali, carilah tiket penerbangan dengan harga yang berbaloi.
Sebagai contoh, saya berjaya dapatkan harga tiket RM1018 pergi balik dari Kuala Lumpur-Hong Kong-Incheon. Saya dapat pergi ke dua negara sekaligus. Seronokkan! Saya juga akan melihat destinasi dan iklim lokasi yang hendak ditujui kerana saya sukakan musim luruh dan musim sejuk.
Seterusnya, saya akan lihat pula di aplikasi Airbnb atau Agoda untuk mencari tempat tinggal di sana. Semasa saya menggembara secara solo di Seoul, Korea, saya memilih untuk menetap di dorm yang semuanya perempuan bagi memudahkan untuk saya bergerak dan paling penting rasa selamat.
Mengenai makanan dan membeli belah, saya lebih memilih berbelanja untuk makanan kerana membeli belah merupakan perkara akhir dalam senarai saya. Selain itu, saya lebih banyak berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak. Jimatlah selagi boleh! Oh ya, travel insurance jangan dilupakan.
Kenangan yang tidak dapat dilupakan sewaktu bercuti?
Semestinya memori pada bulan November tahun lalu. Bayangkan, pertama kali saya pergi ke luar negara seorang diri. Saya merancang untuk ke sana dan membeli tiket dua minggu sebelumnya dan menguruskan segalanya sendiri.
Sampai sahaja di Korea, saya menangis kerana banyak kali sesat dan salah jalan sedangkan tempat yang ditujui itu hanya berada di sekeliling saya. Memori salah naik keretapi dan salah tempat ini membuatkan saya sedar yang saya tidak boleh mudah putus asa.
Perkara ini juga membuatkan saya lebih mengenali diri saya sendiri. Saya sebenarnya seorang mudah emosi jadi perkara kecil sebegini juga mudah buat saya tersentuh. Sememangnya memori ini akan terpahat sampai bila-bila di minda saya.
Saya juga berhadapan dengan detik cemas seketika apabila saya hampir terlepas penerbangan sewaktu berada di lapangan terbang di Hong Kong. Lapangan terbang di sana sangat besar dan saya berlari jauh untuk ke balai berlepas. Mujurlah saya sempat ‘mengejarnya’ dan sepanjang penerbangan itu saya hanya tidur saya sahaja gara-gara kepenatan. Terasa rugi pula kerana tidak sempat untuk melihat keindahan alam dari dalam kapal terbang.
Bagaimana Zarith mencari makanan halal di sana?
Saya akan cari awal-awal dan senaraikan segalanya di Malaysia lagi. Buat nota makanan yang saya mahu makan. Di Korea, anda bolehlah mengikuti Korean Tourism Organization (KTO) atau cari sahaja instagram @havehalalwilltravel kerana banyak info tentang makanan halal di luar negara di situ!
Kisah Zarith ini memang sangat menginspirasikan. Tidak semua yang berani mencuba pengembaraan solo. Ke mana pula destinasi yang ingin ditujui selepas ini?
InsyaAllah, saya berazam untuk melancong seorang diri pula ke Switzerland dan mahu bercuti bersama-sama keluarga ataupun teman rapat di New Zealand. Mudah-mudahan hajat saya ini akan terlaksana suatu hari nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kini hampir setiap hari kita disajikan dengan berita-berita tentang orang hilang, penculikan dan pembunuhan kejam. Secara tak langsung ia memberi impak kepada masyarakat dari segi mental dan emosi termasuklah keselamatan diri.
Pelakon terkenal Sweet Qismina turut meluahkan rasa terkesannya terhadap pemergian penyanyi dan YouTuber, Allahyarham Nidza Afham yang hilang dan kemudian mayatnya ditemukan di Sungai Klang, Selangor.
Allahyarham Nidza Afham merupakan abang kepada penyanyi baharu, Aufahanie.
Tersentuh dengan insiden tragis itu telah mendorong Sweet Qismina untuk menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan sentiasa berkongsi lokasi semasa dengan keluarga terutama ketika bersendirian.
Pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi, 27 ini menegaskan langkah tersebut adalah demi menjaga keselamatan diri tidak kira lelaki mahupun wanita.
Menerusi muat naik di InstaStory, isteri pelakon aktor Adam Lee ini mengingatkan, tiada siapa yang kebal daripada bahaya walaupun mahir dalam seni mempertahankan diri atau memiliki sifat gagah.
Nasihatnya, elakkan berkongsi lokasi semasa di media sosial kerana ia boleh menarik perhatian individu yang berniat jahat.
Sama-samalah kita jadikan nasihat Sweet Qismina ini sebagai peringatan demi keselamatan diri. Lebih-lebih lagi sebagai wanita perlu lebih berhati-hati.
Umum sedia maklum bahawa tidak lama lagi, kaum cina di seluruh dunia termasuk di Malaysia, bakal menyambut perayaan terbesar mereka iaitu ‘Tahun Baru Cina’.
Sehubungan itu, baru-baru ini tular di aplikasi Tik Tok sebuah video memaparkan seorang hijabi yang begitu lincah menari dalam kostum ‘kepala singa’ apabila dipertanggungjawabkan membuat persembahan tarian singa pada sebuah majlis.
Hijabi itu yang menggalas tanggungjawab berada di posisi hadapan, berjaya mencuri tumpuan wargamaya, sekaligus menjadi sorotan netizen apabila bijak mengawal setiap langkah tarian dengan begitu lincah sekali, meskipun tidak berbangsa Cina.
Selain itu, ketangkasan serta ketepatan lenggok tari yang dipersembahkan berjaya membuatkan penonton terpukau, hingga ada diantara penonton memberikan sorakan gegak gempita apabila hijabi tersebut menaggalkan kostum yang dipakai.
Malah, terdapat juga wargamaya yang mengagumi stamina penuh bertenaga, yang ditonjolkan oleh hijabi itu.
Rata-ratanya bersetuju, tidak mudah mendapatkan stamina bagi tujuan persembahan tarian singa ni. Sememangnya memerlukan banyak latihan sebelum benar-benar mahir.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati kebanyakkan netizen meninggalkan komen berbentuk pujian kepada hijabi berkenaan yang dilihat langsung tidak kekok untuk membuat persembahan tarian singa, bersama rakan-rakan Cina yang lain meskipun berlainan bangsa.
Memandangkan perayaan Tahun Baharu Cina bakal disambut tidak lama lagi, warganet berkata penglibatan hijabi ini sebagai penari tarian singa, secara tidak langsung memberi bayangan bahawa semangat perpaduan di Malaysia masih kekal utuh.
Malah, dalam masa yang sama, hijabi ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan dan keharmonian diantara kaum, yang wajar menjadi contoh buat generasi akan datang.
Perbezaan kaum, budaya dan warna kulit bukanlah satu halangan untuk kita sama-sama meraikan dan memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.