Setiap hari pastinya kita menggunakan enjin carian Google di gajet kita untuk mencari maklumat di internet. Namun, adakalanya informasi yang ingin dicari tidak dijumpa pula ataupun tidak setepat yang kita mahukan.
Hmmm, salah taip ke? Sebenarnya sis, ada cara yang memudahkan kita untuk dapatkan carian yang dimahukan. Ikuti saja teknik yang dikongsikan oleh @worknco ini. Jimat masa!
Ads
Gunakan 5 cara ini agar searching di Google lebih mudah.
Photo by Vlada Karpovich from Pexels
Ads
Photo by Andrew Neel from Pexels
Sis pun baru tahu sebenarnya mengenai kaedah ini. Tak sangka begitu mudah rupanya. Selamat mencuba!
Orang-orang tua zaman dahulu sangat menggalakkan anak perempuan mereka untuk bangun awal setiap pagi. Bangun awal ini sebenarnya boleh membuka rezeki dengan lebih luas lagi. Sebaiknya, jangan tidur selepas solat subuh.
Kebanyakan wanita kini selalu bangun lambat dan lebih teruk lagi apabila terlepas waktu solat Subuh. Kadangkala, beban kerja yang terlalu banyak menyebabkan anda kepenatan hingga tidak sedar akan waktu Subuh telah berlalu.
Memahami masalah ini, Hijabista paparkan 6 tip yang boleh anda lakukan untuk bangun awal setiap hari.
Sebaiknya, elakkan daripada mengambil kopi selepas jam 2 petang. Minum kopi kegemaran anda hanya pada waktu pagi. Pengambilan kafein akan mengganggu proses tidur anda tanpa anda sedari.
Nak bangun pagi memanglah susah tetapi anda perlu tidur pada waktu yang tepat. Sebaiknya jangan melengahkan tidur anda. Kalau nak bangun awal, anda perlu tidur awal. Cara terbaik, set alarm setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan anda bahawa sudah sampai masa untuk rehatkan diri.
Sebelum tidur, pastikan anda lakukan perkara yang sama setiap malam. Mulakan dengan memberus gigi, pakai pakaian tidur, mandi dan baca sedikit surah serta doa tidur.
Sekiranya anda melakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur, ia akan membantu otak anda mengenal pasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur. Sebaiknya, baca surah Al-Mulk dan niat untuk bangun awal.
Jangan lupa untuk mandi agar suhu badan turun beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan membuatkan badan anda menjadi lebih relaks.
Sebaiknya, matikan semua peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.
Pastikan rutin di atas anda lakukan secara konsisten walaupun pada hujung minggu. Sekiranya anda lakukannya secara konsisten, lama-kelamaan anda sudah terbiasa dan ia tidak akan menjadi satu beban lagi.
Biarpun menggalas tanggungjawab sebagai seorang pempengaruh, aktivis kemanusiaan, penulis serta pendakwah, Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan cemerlang.
Ikon inspirasi muda berusia 24 tahun ini baharu dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Majlis Konvokesyen UKM kali ke-52 baru-baru ini.
Nor Farhatul berjaya memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.90
Menjengah ke akaun Instagram miliknya, Nor Farhatul yang mesra dengan panggilan Farha meluahkan kesyukuran atas nikmat kejayaan yang diraih dan berterima kasih kepada mereka yang memberi sokongan kepadanya selama ini.
“Terima kasih ya Rabb. Terima kasih mak dan keluarga, semua guru-guru, pensyarah Farha yang sangat Farha sanjungi. Kawan-kawan yang sangat Farha sayangi. Banyak memberi support system sepanjang Farha menempuh pembelajaran di Uni. Doakan Farha untuk masa mendatang.”
Dia akui, perjalanan untuk meraih kejayaan itu bukan mudah. Banyak pahit getir yang harus ditempuh.
“Setiap perjalanan pasti ada cabarannya. Yang penting yakin kepada Allah kita mampu laluinya.
“Sebagaimana firman Allah SWT: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah:286] Sungguh, ujian itu diberikan kepada yang mampu.”
Baru-baru ini, hasil kajiannya yang bertajuk ‘Amalan Pembelajaran Tarannum Profesional Dalam Kelas Pengajian Tarannum di Masjid Asy Asykirin KLCC’ mendapat pujian tenaga pengajar.’
Kajiannya itu yang dianggap bukan biasa-biasa setaraf kajian peringkat Master turut dibukukan.
Untuk info, Nor Farhatul memulakan pengajian di UKM pada tahun 2020.
Baru-baru ini juga, Nor Farhatul telah menerima tauliah mengajar pada usia 24 tahun. Alhamdulillah, rezeki!
Hijabista mendoakan agar impian Nor Farhatul untuk menyambung pengajian peringkat sarjana akan terlaksana seterusnya bergelar pensyarah dalam bidang al-Quran kelak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kesibukan dalam urusan harian menyebabkan ada masanya kita terlupa untuk menambah atau menggandakan pahala. Selain solat yang merupakan kewajipan, ada pelbagai cara lain untuk kita berada dekat dengan-Nya. Salah satunya adalah dengan membaca Al-Quran ataupun bertasbih. Tanpa membawa kitab suci ini juga anda sebenarnya masih boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Caranya adalah dengan muat turut aplikasi yang diperkenalkan oleh radio ZAYAN.
Bila-bila masa dan di mana sahaja berada, urusan hijabi untuk mengingati Allah menjadi lebih mudah. Caranya hanyalah dengan muat turut aplikasi ini yang hadir dengan pelbagai fungsi. Bukan itu sahaja, ia juga dapat menjimatkan storage dalam telefon bimbit anda.
Apa kata anda muat turun aplikasi ZAYAN. Ia merupakan aplikasi sarat dengan pelbagai informasi khusus untuk anda. Malah, boleh tambah pahala walaupun anda sedang bekerja atau dalam bilik mesyuarat. Hijabista yakin, tak rugi untuk anda gunakan aplikasi ini.
Sebelum itu, jom kita kenali apa itu ZAYAN. ZAYAN merupakan sebuah jenama radio yang mengetengahkan konsep Muslim Kontemporari yang menjurus kepada kehidupan, travel, fesyen dan teknologi. Menariknya, ZAYAN tidak seperti radio tipikal yang hanya memainkan lagu-lagu berunsur ketuhanan. Ia turut memainkan lagu-lagu terkini bergenre pop, pop ketuhanan, tempatan dan juga antarabangsa.
Tidak hanya itu, radio ini juga turut menyelitkan nilai-nilai agama dalam penyampaian mereka. Mawi, Anas, Lin Ariffin, Raqib dan Falyq merupakan lima penyampai yang petah berbicara bagi setiap segmen berbeza untuk menghiburkan para pendengar.
Sejujurnya, aplikasi dwibahasa ZAYAN ini mempunyai pelbagai fungsi yang mungkin anda sendiri tidak percaya. Aplikasi ini merupakan satu platform yang membolehkan anda untuk mendengar lagu dan dalam masa yang sama menggunakan kandungan Islamik yang terdapat di dalam aplikasi ini. Selain daripada memutarkan lagu yang dimainkan di radio, aplikasi ini turut memaparkan waktu solat berdasarkan lokasi anda.
Apabila anda buka sahaja aplikasi ini, waktu solat yang lengkap serta fungsi arah kiblat akan terpampang di skrin telefon bimbit anda. Malah, anda boleh on notifikasi dan anda akan diberi notifikasi apabila sudah masuk waktu solat. Lepas ini, tentu anda tidak akan terlepas lagi untuk solat di awal waktu. Tiada alasan untuk bersedia lebih awal di masjid untuk membaca Al-Quran sementara menunggu masuk waktu solat.
Jika anda tidak keluar makan atau berada dalam pengangkutan awam, isilah masa yang ada dengan membaca atau dengar video bacaan ayat suci Al-Quran. Anda boleh ikut baca sekali apabila menonton video-video tersebut.
Surah-surah ini dibahagikan kepada 30 hari. Jadi, ini bermakna terdapat 5 video bacaan ayat Al-Quran yang boleh anda dengar setiap hari dan anda juga boleh cuba untuk khatam Al-Quran beberapa kali mengikut situasi.
Selepas solat, tentunya anda akan berdoa dan berzikir. Sekali sekala, luangkan sedikit masa untuk memuji Allah. Kata nak tambah pahala kan? Pernah tak anda tersilap kira ketika sedang berzikir? Rasa macam dah baca 33 kali tapi rasa was-was.
Nah, tak perlu risau kerana aplikasi ZAYAN juga dilengkapi dengan ciri tasbih. Berfungsi seperti tasbih, setiap 33 biji tasbih akan diberi tanda. Antara zikir-zikir yang ada ialah Alhamdulillah, Allahuakbar, La Ilaha Illallah dan Laa Hawla wa Laa Quwwata Illa Billah.
Kadang-kadang kita juga seronok jika dapat mengerjakan solat berjemaah di masjid berhampiran selain pergi ke tempat yang biasa. Tidak payah susah-susah untuk mencari masjid berdekatakan kerana anda hanya perlu cari fungsi Mosque Finder atau carian masjid di aplikasi ZAYAN. Apabila anda tekan butang tersebut, ia akan memaparkan masjid-masjid yang ada berhampiran anda.
Jika anda mahu ke sana, hanya tekan pada masjid tersebut dan ia akan membawa anda ke sana menerusi aplikasi Waze atau Google Maps. Bolehlah hijabi ‘masjid hunting’ dengan kawan-kawan selepas ni.
Antara ciri lain yang menambat hati Hijabista adalah fungsi Tips. Ciri ini memberi panduan kepada anda untuk melakukan perkara-perkara yang positif dalam kehidupan seharian. Ia amat baik untuk memperbaiki diri setiap hari.
Dan rasanya sepanjang Syawal ini anda masih belum terlewat untuk mengirimkan ucapan buat teman-teman dalam dan luar negara. kad versi digital ini boleh dibuat sendiri mengikut citarasa masing-masing. Malah boleh juga untuk anda menghantar self reminder buat teman-teman dengan mengirimkan kata-kata motivasi yang ada dalam aplikasi berkenaan.
Tidak dapat dinafikan, aplikasi ini sudah cukup lengkap dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk memuat turun pelbagai aplikasi lain lagi. Semuanya sudah ada di dalam aplikasi ZAYAN.
Hijabista yakin anda pasti teruja untuk menggunakan aplikasi ini. Sekiranya anda berminat, anda hanya perlu memuat turun aplikasi ZAYAN di App Store (iOS) dan Google Play Store (Android).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.