Dating kali pertama tentunya mendebarkan. Persoalan yang bermain-main dalam kepala tentulah pakaian apa yang hendak dipakai dan solekan bagaimana yang ingin dirias pada wajah. Selalunya ramai yang gemar bersolek ringkas namun tahukah anda bahawa warna gincu bibir yang dipakai ‘menceritakan’ maksud yang tersirat?

Jom kita semak!

MERAH
Guna gincu merah untuk temu janji pertama boleh memberi gambaran ciri-ciri wanita yang berani dan yakin untuk meluahkan perasaan. Warna ini juga sering menghantar isyarat yang mengandungi emosi, keghairahan, tenaga dan optimis.

NUDE
Menunjukkan anda seorang wanita matang di mana anda ingin hubungan yang lebih serius, tidak menyembunyikan perasaan sesuatu dan bersedia untuk memberi. Kalau anda mencari pasangan yang tepat, kenalah bersedia untuk menjalani hubungan sepenuh hati, jiwa dan ikhlas.

IKLAN

CORAL
Gincu coral menggambarkan semangat dan gembira. Anda mahu diperhatikan, dibelai, tahu ke mana arah tujuan hubungan, serta tidak namapak tergesa-gesa. Walaupun begitu, anda menikmati proses yang sedang berlaku dengan sebaiknya tanpa rasa gundah gulana.

IKLAN

FUCHSIA
Warna yang unik, fuchsia seorang yang kreatif dan bernas. Jadi topik yang anda dan pasangan akan bualkan bukan bualan biasa tetapi isu mendalam dan kritikal untuk dikupas.

BARE LIPS
Sejenis orang yang  menerima pasangan seadanya dan tidak FAKE. Seorang jujur dan anda akan mencari calon pasangan yang bersikap terbuka dan jujur dalam perbuatannya.

IKLAN

TAK BOLEH WARNA GELAP
Bila anda menggunakan warna gelap untuk temu janji pertama anda akan memberi kesan negatif selain memberi gambaran yang anda sangat misteri dan serius. Lelaki pun takut bila ada wanita yang guna gincu warna gelap.

HOT PINK
Mengambarkan anda seorang yang feminin. Walau bagaimanapun memakai gincu merah jambu untuk temu janji pertama akan menimbulkan perasaan keraguan. Mungkin keliru tentang apa yang anda benar-benar inginkan dari perhubungan dan anda pun tidak pasti dengan perasaan sendiri.

Sumber: WANISTA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI