Apabila kolesterol tinggi, keadaan yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan kematian awal. Malah, ramai daripada orang dewasa mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
Walaupun mengurangkan pengambilan makanan tinggi lemak dan meningkatkan pengambilan serat anda boleh membantu mengekalkan paras kolesterol anda dalam kawasan yang sihat, bukan sahaja apa yang ada di dalam pinggan anda yang boleh menyumbang kepada risiko kolesterol tinggi anda. Malah, kebanyakan minuman yang anda minum setiap hari boleh membahayakan anda.
Sebelum anda meneguk lagi, baca terus untuk mengetahui tabiat minum yang anda harus hentikan sekarang untuk mengelakkan kolesterol tinggi, menurut pakar.
Minum soda
Ads
Jika anda ingin mengurangkan risiko mendapat kolesterol tinggi, berhenti minum soda adalah permulaan yang baik. Minuman bergula adalah antara penyumbang utama kepada kolesterol tinggi. Satu kajian mendapati bahawa minuman manis gula diambil lebih banyak oleh mereka yang mempunyai kolesterol tinggi berbanding mereka yang mempunyai kolesterol biasa.
Minum kopi yang tidak ditapis
Walaupun anda tidak menambah gula dan produk tenusu pada kopi anda, minuman pilihan anda masih boleh memberi kesan yang ketara pada tahap kolesterol anda. Kopi yang tidak ditapis, boleh meningkatkan kolesterol LDL ‘buruk’ anda dan agak ketara jika anda minum banyak. Ini mungkin disebabkan oleh sebatian lipid kopi, seperti cafestol, yang dikeluarkan oleh penapis kertas. Beberapa cawan kopi boleh meningkatkan LDL-kolesterol sebanyak 15 mg/dL!.
Ads
Minum milkshake
Susu kocak boleh membawa paras kolesterol anda ke kawasan berbahaya. Milkshakes, jika diminum dengan kerap, boleh meningkatkan kolesterol LDL dan menurunkan HDL, atau kolesterol ‘baik’. Disebabkan kandungan lemak susu kocak yang tinggi, adalah lebih baik untuk menyimpannya pada majlis khas dan pergi ambil smoothie koko dekaden apabila anda mengidamkan minuman sejuk beku yang manis.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam sebaik tersingkir di konsert Gegar Vaganva ke 4, penyanyi Elyana membuat pengumuman cukup mengejutkan apabila memberitahu dirinya adalah penghidap pesakit kanser limfoma tahap 4. Pendedahan itu memang tidak disangka kerana sebelum ini Elyana sangat ceria dan periang sekali orangnya. Namun di sebalik sikapnya yang nampak ‘happy go lucky’ rupa-rupanya dia selama ini berjuang melawat penyakit yang sudah dideritai tujuh tahun lalu.
Ramai yang tidak tahu mengenai penderitaannya selama ini. Lagipun Elyana memang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen hinggalah menyertai program Gegar Vaganza musim ke 4 ini. Selain keluarga, rupa-rupanya Syura yang juga salah seorang peserta sudah lama tahu mengenai penyakit yang dideritai teman baiknya itu.
A post shared by Syura Badron ???? (@syurabadron) on
Dalam satu posting di laman Instagramnya Syura memberitahu dia sudah tidak perlu simpan lagi rahsia penyakit dideritai Elyana. Menurutnya juga selama ini dia terpaksa berlakon kononnya Syura tidak tahu yang dia sakit. Walaupun hakikatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kuat semangat Elyana merahsiakan penyakit yang berbahaya itu dari seluruh peminatnya.
Malah Syura turut ‘salute’ dengan keberanian Elyana yang mengambil keputusan untuk berterus terang dengan masyarakat. Dia tahu kawannya itu sangat kuat dan Syura begitu menyayangi dan berdoa untuknya terus sihat. Sebagai seorang sahabat juga Syura memohon semua netizen dan followernya untuk turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Elyana.
@miezadauspdot Insyallah kak. Kami semua akan selalu mendoakan
@sutradjiwa Semoga elyana terus kuat dan positif. Keep strong girl.
@ziefauziah Smoga elyana cpt sembuh u r so strong el disebalik senyuman mu tersimpan kesakitan….. Smoga tabah ya El
Dalam pada itu, Elyana yang ditemui selepas konsert memberitahu dia disahkan menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap kedua selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah kira-kira tujuh tahun lalu.
Menurutnya, sudah tujuh tahun dia berjuang dengan kanser ini dan kini hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya kepada BH Online.
Lebih menyayat hati Elyana memberitahu dia juga turut fobia untuk tidur pada waktu malam kerana takut tidak akan dapat berjumpa dengan anaknya lagi nanti. Malah itulah ketakutan yang dialaminya setiap hari.
Walaupun begitu sebagai ibu, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya itu mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.
Kehilangannya selama ini bukan kerana dia tidak berminat dengan dunia seni, tetapi dek kerana menjalani rawatan dan dia juga berada dalam keadaan lemah dan mengalami rambut gugur.
A post shared by Cosmopolitan Malaysia (@cosmopolitanmy) on
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya lagi.
Ketika itu menurutnya doktor memberitahu jangka hayatnya hanya ada setahun lagi untuk hidup. Dia kemudiannya nekad berhenti membuat kimo dan mencabar diri untuk berjuang. Dan alhamdulillah dia bersyukur kerana umurnya panjang hingga ke hari ini.
Elyana turut menitipkan kesan agar pesakit kanser untuk terus positif berjuang melayan penyakit berkenaan.
A post shared by Syeeda Rasyed (@syeeda.rasyed) on
Sebelum ini pada Ramadan lalu menyaksikan, anak penyanyi nasyid UNIC, Bazli Hazwan yang baru berusia 4 tahun juga turut menemui Ilahi setelah hampir enam bulan menderita kanser limfoma.
Menurut Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, Datuk Dr. Chang Kian Meng, Disebut sebagai Limfoma Hodgkin. HL merupakan kanser darah yang bermula dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun manusia.
Apabila nodus limfa membengkak, lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan berlakunya HL Penyakit ini jarang berlaku tetapi banyak terjadi kepada golongan muda. Dianggarkan, satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap HL dan 60 peratus adalah lelaki.
Pencegahan adalah cara terbaik daripada merawat. Amalkan gaya hidup sihat da jauhi sebarang perkara yang boleh menyumbang ke arah berlakunya kanser. Jika ada tanda-tanda seperti di atas, terus jalani rawatan doktor.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selalunya, apabila usia sudah menginjak senja sekitar 60 tahun, setiap individu akan merasakan perubahan ketara dari segi kudrat dan tenaga. Setiap pergerakkan mulai menjadi perlahan, badan menjadi cepat lesu, letih dan lemah terutamanya ketika melakukan aktiviti-aktiviti berat.
Namun, perkara sebaliknya dialami seorang warga emas berketurunan cina yang masih bertenaga dan gigih memandu dalam jangkamasa lama sebagai pemandu e-hailing meskipun usianya kini sudah menjangkau 71 tahun.
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok berkenaan sebuah hantaran yang dimuatnaik oleh pengguna menerusi akaun @rosenikay yang terkejut mendengar penjelasan pemandu e-hailing yang dinaikinya mengamalkan surah Yasin untuk kekal bertenaga mengemudi kenderaan meski berbangsa cina.
“Allahuakbar. Alkisah petang tadi (semalam), saya ambil Grab (guna perkhidmatan) dari Batu Belah ke Aeon Bukit Tinggi. Pemnadu berbangsa Cina berusia 71 tahun, masih sihat,” ujarnya.
Malah, menurut @rosenikay nuraninya begitu tersentuh dan terusik di saat mendengar penjelasan warga emas berkenaan yang mengamalkan doa pada setiap hari dan bacaan 17 ayat pertama Surah Yasin.
Menurutnya lagi, warga emas itu mendapat pendedahan tentang kebaikan dan fadhilat surah Yasin menerusi pergaulan bersama rakan-rakan berbangsa Melayu ketika bekerja di UMW Toyota dahulu.
“Bila saya tanya apa rahsianya. Apek tu jawab,”Hari-hari saya doa dan baca 17 pertama ayat dari surah Yassin. Siap baca dua kalimah syahadah.
“Ini semua hasil pergaulannya degan rakan-rakan Melayu sewaktu bekerja di UMW Toyota suatu ketika dahulu. Meleleh air mata saya mendengarnya,” jelasnya lagi.
Selain itu @Rosenikay berkata, pak cik tersebut juga mampu membaca dan mengalunkan beberapa ayat surah tersebut dengan lancar dalam bentuk nyanyian.
Hijabista sempat melihat beberapa komen serta respon yang ditinggalkan warga maya pada hantaran berkenaan. Kebanyakkanya meninggalkan komen positif serta memuji kehebatan uncle itu kerana berupaya membaca dengan lancar
Malah, ramai juga yang mendoakan kesejahteraan uncle berkenaan dan berharap agar beliau dikurniakan ‘hidayah’ oleh Allah SWT untuk memeluk agama Islam.
Selepas Rozita Che Wan, kini pelakon jelita Izara Aishah pula mengikut jejak langkah sama, apabila memaklumkan kepada umum bahawa dirinya bakal melancarkan pengeluaran hijab di bawah jenama miliknya sendiri.
Perkhabaran gembira buat kaum hawa itu dimaklumkan sendiri oleh empunya badan, menerusi satu muatnaik video di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi sebuah hantaran video pendek memaparkan izara yang sedang melakukan tutorial tudung jenis Shawl, sebelum memaklumkan berita gembira itu.
Ini instant hijab from my own brand, coming this Ramadhan. Nak tunjuk tutorial? Hehe.” Tulis Izara Aishah ringkas pada ruangan kapsyen hantaran video tersebut.
Pengumuman berkenaan sekaligus membuatkan para peminat teruja untuk membeli tudung berkenaan sambil berharap agar aktress itu menjualnya dengan harga ‘marhaen’ dan mampu milik apabila ianya dilancarkan kelak.
Hijabista mendapati perkongsian Izara itu berjaya meraih perhatian ramai dengan ribuan tanda suka ditinggalkan pada hantaran berkenaan yang pada awalnya bertujuan memberi tutorial pemakaian tudung gaya Izara.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan yang sewajarnya. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan warganet sebaik menerima berita gembira itu.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.