Masha-Allah, suka sangat tengok penampilan Hidayah sekarang. Nampak makin bahagia, cantik dan berseri-seri! Terserlah keyakinan wanita cekal berusia 31 tahun ini.
Hidayah juga kini mampu berdiri di atas kaki sendiri membesarkan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey walau tanpa suami di sisi.
Hidayah juga sangat bertuah kerana sentiasa menerima doa serta sokongan yang tak putus-putus daripada keluarga, sahabat serta para pengikut setianya.
Baru-baru ini Hidayah atau nama penuhnya Siti Nurhidayah Mohd Ali memuat naik satu hantaran di Insragram detik manis ketika meraikan ulangtahun kelahiran ibu tercintanya, Hasnah.
Dalam hantaran itu, Hidayah telah menghadiahkan ibunya barang kemas berupa gelang dan cincin emas. Turut berada di sisi ialah bapa Hidayah.
“Selamat Hari Lahir Buat Bondaku Hasnah … SYURGA saya Mak Abah.
Ads
“Terima kasih mak kerana telah melahirkan anak mak yang cantik ni. Terima kasih mak kerana telah mendidik Dayah dari lahir sehingga sekarang.
“Terima kasih mak kerana sentiasa ada bersama dengan Dayah, sentiasa menjadi pendengar setia Dayah, sentiasa menjadi penguat Dayah, sentiasa memberi semangat pada Dayah, sentiasa membantu Dayah.
“Terima kasih mak kerana sentiasa sabar dalam mendidik anak mak dan mengajar pula anak mak ni erti kesabaran dan cekal untuk hadapi liku-liku kehidupan selepas ketiadaan suami.
“Mak, Dayah tak tahu macam mana nak luahkan rasa bersyukur kerana Allah hadirkan Dayah seorang mak yang sangat penyayang .”
Hidayah turut memanjatkan doa agar ibunya diberikan kesihatan yang baik dan dimudahkan segala urusannya.
Ads
“Hanya kau yang tahu betapa bersyukurnya aku dikurniakan insan yang tak pernah meninggalkan aku bersendirian. Aku sangat menyayanginya, Ya Allah. Aamiin yaa rabbal alamin,” titipnya.
HIDUP MAKIN SENANG
Hasil titik peluhnya berniaga macam-macam, Hidayah kini mampu memiliki kedai sendiri termasuklah bisnes skincare yang semakin mendapat permintaan tinggi.
Kesimpulannya, nampak sahaja lembut tetapi Hidayah sebenarnya seorang wanita yang berani dan tabah. Bangkit demi merubah masa depannya yang lebih baik bersama Hamzah.
Ads
Semangat dan kekuatan Hidayah wajar dijadikan inspirasi oleh semua wanita terutama ibu-ibu tunggal.
Untuk info, Hidayah dan Allahyarham Abam Bocey berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 4 tahun.
Allahyarham Abam Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari selepas dua hari 2020 mengalami demam. Al-Fatihah (dibaca) buat Allahyarham Abam.
Kredit Foto: Instagram Hidayah Hamzah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pada masa ini, kita boleh melihat pelbagai barang tiruan dijual di pasaran tidak kiralah di kedai mahupun di atas talian. Tidak terlepas daripada isu ini, pereka terkenal, Dato Jovian Mandagie turut menjadi mangsa apabila rekaan pelitup mukanya ditiru dan dijual dengan harga murah di pasaran.
Walau bagaimanapun, beliau bersikap positif dan tak mahu menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana faham pada situasi kini semua orang sedang berusaha untuk menyara kehidupan masing-masing.
Isu #JovianMask ditiru dan dijual merata-rata. Bukan taknak fight, tapi mungkin depa pun tengah susah nak cari income. Kita letgo aja lah case ni. Rezeki saya InsyaAllah banyak lagi dan luas Allah bagi. Kita redha, and move on! Setuju?
Ya Allah, baik sungguh hati Dato Jovian ini. Patutlah rezekinya dalam industri sentiasa mencurah-curah. Buat pihak yang tidak bertanggungjawab itu, bersyukurlah namun jangan berasa selesa apabila beliau tidak mahu mengambil apa-apa tindakan.
Memang niat kita untuk mencari rezeki tapi ingatlah tiada gunanya juga jika tidak mendapat keberkatan daripadaNya. Moga kita semua sentiasa diredhai Tuhan Yang Esa.
Selebriti dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin atau Faz melancarkan koleksi Fazbulous Raya 2024 bersempena pertunjukan fesyen khas FAZURA di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
Acara ini diserikan dengan kehadiran suami Fazura iaitu aktor kacak Fattah Amin dan anak mereka Nur Fatima.
Turut hadir ialah ahli keluarga, rakan-rakan artis, para pempengaruh tempatan, agen FAZURA serta rakan media.
Baru-baru ini, tudung FAZURA Black Label menawarkan koleksi Alhambra, selendang bersulam daripada fabrik premium chiffon diinspirasikan daripada keindahan seni bina Islam di Sepanyol abad ke-13, sebagai koleksi sulung tahun 2024.
“Faz sangat bersyukur kerana diberikan rezeki pada tahun 2024 untuk meneruskan pertunjukkan fesyen Fazbulous Raya yang sentiasa dinantikan peminat jenama FAZURA.
“Ia juga adalah peluang kepada Faz dan Fattah untuk terus mendekati para peminat produk FAZURA. Majlis hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pandemik COVID-19,” kongsi Fazura.
Koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini mengketengahkan tiga koleksi tudung FAZURA iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna berinspirasikan bunga-bungaan.
Manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden. 30 corak menarik ini bakal menemui peminat tudung FAZURA kelak termasuk koleksi kurung Kedah, kurung moden, kebaya serta ready-to-wear.
PERANCANGAN RAMADAN “Faz dan Fattah masih belum sempat merancang sepenuhnya kerana kami sekeluarga termasuk Fatima sangat sibuk dengan pengambaran drama terbaharu yang akan ditayangkan pada Ramadan ini.
“2024 adalah tahun istimewa kerana Faz dan Fattah tampil bersama dalam filem Pendekar Awang.
“Kami juga dianugerahkan projek oleh sebuah stesen televisyen tempatan untuk menerbitkan drama yang buat julung kalinya dibintangi oleh saya, Fattah dan Fatima.
“Faz sangat terkejut melihat Fatima sangat selesa berlakon. Kehadiran Fatima di setpenggambaran juga menghiburkan semua kru kerana keletahnya yang pandai melayan dan berdisiplin sebagai pelakon baharu di usia muda”.
Koleksi Fazbulous Raya 2024 boleh didapati di laman sesawang fazura.com, aplikasi Fazura, ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’ atau dari Besties serta agen FAZURA sekitar Mac 2024.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Gaya fesyen para hijabi kini penuh dengan perincian dan ‘mood’ tersendiri. Ramai yang anggap hijabi hanya bergaya ala feminin sahaja, tidak sama sekali!
Sudah tentu ramai yang ingin juga mencuba gaya lain dari yang lain. Mungkin ada yang sudah bosan untuk menggayakan stail yang lebih kurang sama sahaja setiap hari.
Kini, kami temui seorang selebriti fesyen hijabi dari Indonesia, Vira Tandia, 29, yang banyak menjadi perhatian para hijabi di sana. Dia juga merupakan model yang cukup terkenal.
Apabila melihat gayanya yang sering dikongsikan di akaun Instagram miliknya, memang tidak dinafikan fesyen cukup versatil kena pada dirinya. Jadi ayuh kita tinjau gaya fesyen Vira Tandia yang boleh jadi inspirasi anda!
#1 Padanan bersama jaket!
Vira sering menggayakan dirinya bersama jaket ataupun blazer yang memberikannya aura profesional serta bergaya. Padanan warna rona yang monotone juga tidak menampakkan gayanya itu terlalu menonjol namun tetap menjadi satu fashion statement!
#2 Tidak takut dengan corak
Pilihan corak juga menjadi pilihan dan model ini tidak takut untuk menggayakannnya. Bukan sahaja tertumpu kepada corak, padanan warna hijab, inner, beg tangan, dan aksesori yang lain juga amat penting sepertimana Vira hanya menggunakan aksesori minimalis.
#3 Gaya simple dan sedikit maskulin
Ha? Maskulin? Bukan berpakaian seperti lelaki malah Vira sering memberikan sedikit gaya maskulin seperti memakai tie atau jaket kulit. Namun, dia memadankan lagi gayanya itu dengan kasut tumit tinggi yang berwarna ‘monotone‘ sebagai pemanis.
Tidak mudah untuk memadankan stail baju bersama aksesori yang pelbagai. Jadi bagi mereka yang ingin tampil simple tetapi lebih stylish, anda boleh ikuti gaya Vira Tandia ini. Ingat, fesyen kena juga patuh syariah compliance!
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...