Susu badam sering kali menjadi alternatif bagi individu yang mengalami masalah lactose intolerant serta individu yang mengelak produk tenusu seperti pengamal vegetarian. Susu badam adalah minuman yang diwajibkan keatas ahli-ahli huffaz di Timur Tengah. Manakala, orang-orang Yahudi pula membiasakan anak-anak mereka minum susu badam suam setiap hari. 

Sumber gambar: Dish By Dish

Walaupun susu badam tidak memiliki khasiat seperti susu lembu, namun nilai nutrisinya hampir sama. Meskipun begitu, susu badam memiliki rendah kalori berbanding susu lain selagi ia tidak ditambah gula. Malah, ia juga bebas lemak dan laktosa. Susu badam yang dihasilkan secara semulajadi amat kaya dengan nilai vitamin dan mineral terutamanya vitamin E yang baik untuk kecantikan kulit. 

Teksturnya yang berkrim dengan rasa kekacang adakalanya menjemukan. Apa kata, ubah selera dengan kepelbagaian dan tambahan buah-buahan dalam minuman istimewa ini. Selamat mencuba! 

BIJIRIN SUSU BADAM 

IKLAN
Sumber gambar: Food52

Bahan-bahan: • Rolled oat
• Susu badam • Strawberry • Delima 

• Anggur beku
• Biji labu
• Mentega kacang tanpa gula.
Cara-cara:
• Mula-mula, campurkan rolled oat bersama susu badam dan sejukkan di dalam peti sejuk semalaman. • Setelah disejukkan, campurkan susu badam dan rolled oat sejuk bersama strawberry, delima, anggur beku, biji labu dan mentega kacang tanpa gula. 

IKLAN

PUDING BUAH SUSU BADAM 

IKLAN
Sumber gambar: Real Food Real Deals

Bahan-bahan: • Chia seed
• Susu badam • Rolled oat 

  • Buah-buahan kegemaran
    Cara-cara:
    • Masukkan chia seed bersama susu badam dan biarkan ia menjadi puding.
    • Kemudian, masukkan rolled oat bersama susu badam.
    • Akhir sekali, hiaskan bersama buah-buahan kegemaran. 

RESEPI SUSU BADAM ASLI 

Sumber gambar: Detoxinista

Bahan-bahan:
Bahan A
• 1 cawan kacang badam
• 4 cawan air
• Bahan B (pilihan)
• *** secubit garam
• *** ekstrak vanilla
• *** kurma
Cara-cara:
• Rendam kacang badam semalaman dan toskan.
• Kemudian, kisar kacang badam bersama air dan bahan-bahan pilihan. Sekiranya, anda mahukan citarasa semulajadi cukup sekadar menggunakan bahan A.
• Seterusnya, tapis kacang badam yang sudah dikisar. • Jangan buang hampas kacang badam kerana anda boleh mencuba pelbagai resepi lain dengan tambahan hampas tersebut. Makanan juga akan menjadi lebih enak. Selamat mencuba! 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI