Pasti ramai yang pernah mengalami situasi mengantuk semasa melakukan kerja ataupun tugasan di rumah mahupun di pejabat. Tambahan pula dengan situasi hari ini yang majoriti dari masyarakat Malaysia melakukan kerja di rumah, lebih mudah untuk kita tidak fokus dan rasa mengantuk.

Hal ini menyebabkan hasil kerja kita terjejas dan tidak baik untuk diri sendiri. Oleh itu, team Hijabista kongsikan kepada kamu semua tip mudah untuk elak rasa mengantuk yang bileh kamu amalkan pagi ini!

Sumber gambar: Medical News Today

Mesti cukup waktu tidur

Cara hilangkan rasa mengantuk yang paling utama tentu sekali perlu mendapatkan tidur yang cukup.

Ingat, pastikan kita mendapat waktu tidur yang cukup. Menurut kajian dari University of California San Diego (UCSD), menyatakan bahawa waktu tidur yang ideal adalah selam enam jam setengah sahaja. Pastikan bilik tidur anda berada dalam keadaan gelap supaya badan kita mendapat tidur yang cukup.

Jangan tinggal sarapan pagi

Sumber gambar: Mom’s Kitchen Handbook

Seterusnya, janganlah sesekali tinggalkan ‘breakfast’. Ada segelintir masyarakat yang memandang-enteng terhadap sarapan pagi. Waktu yang paling afdal untuk bersarapan ialah selepas jam 7 pagi dan sebelum jam 9 pagi. Antara makanan yang sesuai untuk dijadikan hidangan sarapan pagi ialah:

IKLAN
  • Pisang- Mempunyai tekstur yang lembut dan mudah dihadam. Ia juga mengandungi karbohidrat yang mampu membuat perut berada dalam keadaan kenyang untuk tempoh yang lama.
  • Tembikai- Mempunyai kandungan air yang banyak sesuai dimakan kerana dapat memenuhi keperluan tubuh badan yang memerlukan air. Tembikai juga berfungsi untuk menyihatkan mata, jantung, dan menghalang kanser.
  • Teh Panas- Teh mempunyai sumber antioksidan yang berfungsi meningkatkan imunisasi tubuh.
  • Kopi Tanpa Gula – Pengambilan kopi dalam kuantiti yang sewajarnya dapat menurunkan risiko penyakit diabetes atau kanser prostat. Ia mengandungi kafein serta antioksidan yang diperlukan tubuh untuk menghalang penyakit tersebut.

Akan tetapi, kamu perlulah mengelakkan daripada mengambil makanan seperti roti telur, donat, kentang goreng, nasi lemak atau mi segera kerana makanan-makanan tersebut mempunyai lemak dan kolestrol yang tinggi yang boleh menyebabkan kita mengantuk.

Hilangkan mengantuk dengan senaman ringan

Senaman ringan juga amat digalakkan. Senaman ringan boleh dilakukan selama 15-20 minit. Ambil sedikit masa untuk regangkan otot dan tulang supata tubuh badan menjadi segar. Kaedah ini bagi memastikan tubuh kita tidak berasa lesu ketika melakukan kerja. 

Banyakkan minum air

Anda juga digalakkan untuk minum air putih atau air mineral sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

IKLAN

Air putih dapat mengawal suhu badan serta dapat membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan terutama organ utama iaitu otak. Otak yang dipenuhi oksigen dapat meningkatkan produktiviti kerja kita. Menurut Persatuan Perubatan Jepun, mereka mendapati amalan minum air sebaik sahaja bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat dalam memulihkan penyakit seperti sakit jantung, sakit kepala, buah pinggang dan jangkitan air kencing.

Selalu tengok suasana di luar

Oleh kerana mata seringkali tertumpu kepada skrin komputer riba mahupun telefon bimbit yang menyebabkan mata menjadi lesu dan mengantuk, luangkan masa setiap 45 minit, bangun sebentar dan pergi ke kawasan pejabat anda yang mempunyai pokok-pokok sambal menghirup udara segar. Hal ini kerana, warna kehijauan pada pokok dapat memberikan kesegaran pada mata.

IKLAN

Guna kaedah tarik nafas, hembus nafas

Selain itu, gunakan kaedah tarik dan hembus nafas. Lakukan seperti kita sedang melakukan senaman.

Pertama, tarik nafas kemudian tahan nafas seketika dan hembuskannya perlahan-lahan. Teknik ini dapat melancarkan kembali perjalanan oksigen di dalam badan dan membuatkan badan anda kembali segar.

Hilangkan rasa mengantuk guna aromaterapi

Sumber gambar: Aroma Web

Seterusnya,gunakan aromaterapi sebagai medium bagi menghilangkan mengantuk. Terdapat pelbagai bau aromaterapi yang boleh didapati di pasar raya atau pun di atas talian.

Sediakan wangian tersebut di pejabat sebagai persediaan. Bau tersebut dapat mengurangkan mengantuk terutama bau pudina dan limau. Ia juga mampu menghilangkan rasa pening kepala.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI