Penting untuk kita mendapatkan tidur yang mencukupi untuk badan yang lebih sihat. Untuk memiliki tubuh yang sihat di dalam dan di luar, tidak hanya dengan diet dan senaman yang sihat, tetapi juga dengan tidur yang cukup.

Mengapa kita perlu mendapatkan tidur yang cukup?

Photo by Ketut Subiyanto from Pexels

Selaraskan metabolisme
Sistem pencernaan terus berfungsi meskipun kita sedang tidur. Organ pencernaan berfungsi dengan optimum ketika kita tidur. Jadi, tidur yang cukup akan menjadikan proses metabolik lebih lancar.

Menjana semula sel tubuh
Proses pertumbuhan semula sel-sel badan akan berlaku ketika kita tidur. Sekiranya kita tidak cukup tidur, proses ini tidak akan berjalan dengan sempurna. Oleh itu, kita harus cukup tidur untuk mengoptimumkan proses pertumbuhan semula sel, agar kita akan mendapat tenaga baru untuk memulakan aktiviti pada waktu pagi.

Mengekalkan berat badan dan mengawal selera makan
Apabila anda tidur pada waktu malam, keperluan kalori anda akan berkurang kerana kurang bergerak. Inilah yang menjadikan keperluan tenaga berkurang. Apabila anda kurang tidur, otak anda akan menurunkan kadar leptin, hormon yang menimbulkan perasaan kenyang. Hasilnya, kita akan berasa lapar dengan mudah dan otak didorong untuk memenuhi tenaga badan sehingga kita memutuskan untuk makan pada waktu malam atau awal pagi.

IKLAN
Photo by Ketut Subiyanto from Pexels

Meningkatkan kualiti memori
Kenangan dan peristiwa dicatat di dalam otak dan disatukan ketika tidur. Semakin baik kualiti tidur, keupayaan memori juga akan meningkat.

Meningkatkan sistem imun
Ketika kita tidur, sistem imun membebaskan protein kecil yang disebut sitokin. Sitokin mempunyai kesan perlindungan pada sistem imun dengan membantu melawan keradangan dan jangkitan. Tanpa tidur yang cukup, kita tidak akan mempunyai cukup sitokin untuk mengelakkan tubuh daripada penyakit.

Adakah anda mengalami masalah untuk tidur pada waktu malam? Ini mungkin tip yang baik. Hasil dari penelitian 5,322 kajian, pengkaji dari University of Texas at Austin menemui:

IKLAN
Photo by Peah Kelley from Pexels

*’Hot shower’ 1-2 jam sebelum waktu tidur dapat mempercepatkan rasa mengantuk dan tertidur dengan kepantasan 10 minit

*Anda juga akan mendapat tidur yang lebih berkualiti dan sekaligus memberi rasa segar pada esok hari.

*90 minit merupakan masa yang optimal yang diperlukan untuk ‘cooling down’ suhu badan sebelum tidur.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by phmalaysia (@publichealthmalaysia)

Photo by Ivan Oboleninov from Pexels

*Mandian ‘hot shower’ dapat merangsang regulasi tubuh yang menyebabkan peredaran darah yang lebih lancar ke tangan dan kaki.

Hasil kajian ini membidas mitos mengenai larangan mandi malam yang sering diperkatakan oleh masyarakat dahulu kala.

Sumber kredit: Public Health Malaysia Top image: Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI