Masalah sukar untuk tidur atau insomnia seringkali terjadi kepada kita terutamanya apabila kita sedang stres dengan hal kerja. Ia boleh menganggu kualiti tidur dan akhirnya akan menjejaskan kualiti kerja kita pada keesokan harinya kerana tidak cukup tidur.

Bukan itu sahaja, malah masalah ini juga dapat membawa kepada penyakit-penyakit lain seperti sakit kepala, darah tinggi, jantung dan juga hormon tidak stabil yang akan menyebabkan emosi terganggu dan jerawat akan muncul.

Usah risau, cuba dengn pilihan minuman terbaik ini yang dapat memberikan kamu tidur yang sempurna!

  1. Susu coklat
Sumber gambar: My Milk

Susu coklat ini pastinya menjadi pilihan ramai!Bukan hanya rasanya yang sedap tetapi susu coklat sebenarnya antara sumberyang boleh menjadikan kamu mudah mengantuk. Oleh itu, ia dapat membantu kamu untuk mengurangkan masalah kesukaran untuk tidur dan juga insomnia. Susu hangat dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf.

IKLAN

2. Teh Pudina

Sumber gambar: Infonet

Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu kamu tidur seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum anda tidur. Pasti membuatkan badan kamu selesa dan menenangkan otot-otot kamu. Harumannya sahaja boleh memberi ketenangan kepada minda kamu untuk kamu mudah rasa mengantuk dan dibuai mimpi lena.

3. Teh Chamomile 

IKLAN
Sumber gambar: Klik Dokter

Teh Chamomile tanpa gula adalah minuman yang menenangkan untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.

4. Koko 

IKLAN
Sumber gambar: Fifteen Spatulas

Ini andalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Sama seperti minuman susu coklat, coklat panas membantu untuk mengurangkan masalah insomnia. Pastikan kamu minum 1 jam sebelum tidur.

5. Susu badam

Sumber gambar: Dish by Dish

Susu badan diperkaya dengan sumber Vitamin E yang memberi banyak khasiat kepada tubuh badan antaranya ialah mengurangkan ketegangan pada otot. Bukan hanya dapat membantu untuk memberi keserian kepada kulit wajah, namun ia juga dapat memberi kamu tidur yang sempurna. Pastikan akmu minum ketika ia masih panas untuk rasa selesa pada badan kamu!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI