Berita cukup menyayat hati apabila mayat adik Adam Rayqal berusia 5 bulan yang dilaporkan hilang di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda Cheras dijumpati mati dalam sebuah peti sejuk. Namun sebagai hamba-Nya kita perlu reda dengan setiap kejadian itu. Seperti yang dipesan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui sepotong hadis menyampaikan kata-kata semangat buat dua iba bapa kanak-kanak malang ini. Beliau juga turut berpesan semoga keduanya tabah menghadapi ujian dan ditempatkan anak kecil ini dalam syurga.
Mufti Wilayah Persekutuan itu menulis posting ini dalam laman sosialnya di Instagram. Sedikit sebanyak kata-kata nasihat ini memberi kelegaan kepada kedua ibu bapa mangsa.
KEPADA IBU & AYAH ADAM RAYQAL
Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.
Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?”
Abu Hurairah menjawab: “Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.” (Riwayat Muslim, no: 2635)
Ads
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan
Posting terbaru Mufti Wilayah berkenaan isu ini juga turut mendapat respon daripada netizen. Rata-rata bersimpati dengan keluarga ini dan turut mendoakan adik Adam Rayqal ditempatkan di Syurga.
@alin_nakim Indah sungguh hadis ni..semoga ianya meredakan keperitan rindu ibu bapa arwah adam…bertabahlah sesungguh hikmah Allah itu amat hebat. Allahuakbar
Ads
@asmawati590 Suka akan hadis yg didgr..tp xsgp bygkn mcmn saat baby itu mengis kesakitan
@kierrakalel1 Mmg beruntung kedua ibu bapa arwah, anak dh tentu ke Syurga dn menunggu di syurga, tp perasaan rindu gelak tawa tu Allah shj yg tahu. . Semoga Allah beri kekuatan buat kedua ibu ayah dn keluarga. .
@hasni_ariffin Allahuakbar… insyaallah. Semoga kedua ayahbonda baby Adam tabah dan kuat menghadapi dugaan besar Allah
Ads
@wan.shaima MasyaAllah! Hebat ganjaran Allah swt bt ibu bapa Adam..semoga kuat dan tabah
Bertemu semula dengan Akma salah seorang peserta program realiti di Astro, susuk tubuhnya masih seperti dahulu dan bertambah manis apabila mengenakan hijab Akma tampak berbeza dari awal kemunculannya di industri seni.
Pasti ramai yang tertanya-tanya Akma masih maintain dengan penampilan yang lebih sopan sementara itu Akma yang masih aktif mengacara go shop dan majlis-majlis jemputan dan bakal mengeluarkan satu single untuk OST drama TV ingin berkongsi penjagaan diri dan anak-anak terutamanya untuk menghadapi serangan virus yang tular kini covid-19.
Pertemuan di satu majlis Mayya Baby dengan kerjasama Pa&Ma memperkenalkan rangkaian produk baharu iaitu Baby Cream, Baby Lotion, Shower Gel, Spray Hand Sanitizer yang dilancarkan di Ruang Event Space Seksyen 16, Shah Alam.
Mempunyai dua cahaya mata perempuan, rutin kesihatan dan kecantikan Akma berubah 360 darjah. Akma mengambil langkah menjaga kesihatannya dan juga anak-anak dua kali ganda seperti kebiasaaan.
Tular mengenai virus covid-19, Akma juga tidak terlepas pandang kesihatan anak-anaknya. Tambahan pula puterinya yang kedua mengalami kulit yang sangat sensitif dengan persekitaran. Terdahulu Akma mempunyai dua cahaya mata yang berumur 7 tahun dan 5 tahun di usia perkahwinnya berganjak yang ke 8 tahun.
“Akma akan mengandakan penjagaan mereka, lebih-lebih lagi adik yang memang sensitif dengan udara dan persekitaran. Adik akan menjalani aktiviti biasa seperti kakaknya, tetapi Akma akan pastikan si adik ni akan diberi perlindungan seperti menyapu losyen setiap kali sebelum dan selepas riadah.”
Anak keduanya sering semput dan alami rensangan kulit, itu bukan bermakna aktiviti seperti berenang, beriadah tidak boleh dilakukan seperti kanak-kanak biasa.
“Akma sering rujuk dengan beberapa bahan bacaan tidak perlu menyekat aktiviti anaknya, cuma Akma masih tekankan keselamatan dan kesihatan anak-anaknya. Itu yang paling penting!”
Terbaharu Mayya Baby melancarkan rangkaian produk bayi yang sesuai dan selamat di mana produk penjagaan kulit bayi ini yang lembut dan tidak mengganggu kulit bayi yang halus dan mengekalkan lapisan kulit dalam keadaan yang sentiasa lembap.
Antara produk keluaran terbaharu dari Mayya Baby:
Baby Cream – Mempunyai fungsi 5 dalam 1. Produk ini selamat digunakan untuk bayi terutama bayi yang baru dilahirkan. Selain bayi, orang dewasa serta kanak-kanak juga boleh menggunakan Baby Cream ini. Apa yang paling penting ia tidak mengandungi menthal, camphar dan steroid.
Baby Lotion – Baby lotion berfungsi untuk melembapkan kulit, cepat meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak. Kandungan produk ini juga bebas daripada bahan berbahaya dan sesuai untuk kulit sensitif.
Shower Gel – Bukan senang untuk mencari mandian yang sesuai untuk si manja. Jika anda ingin mencari mandian yang tidak memedihkan mata, anda boleh dapatkan Mayya Baby shower gel. Ia juga mudah dibilas dan yang paling utama untuk kulit bayi, ia adalah produk bebas paraben dan tiada SLS.
Spray Sanitizer – Spray ini dicipta untuk membasmi kuman. Produk ini sesuai digunakan pada permukaan tangan, kaki serta fabrik. Selain memberikan bau yang segar ia juga lembut pada kulit.
“Akma tidak mahu anak keduanya berasa terasing dan menyekat aktiviti seperti kanak-kanak lain. Oleh itu penjagaan berganda untuk anak-anak Akma perlu bagi melihat perkembangan mereka seperti kanak-kanak yang lain.”
Penjagaan kulit seperti losyen yang beasaskan bahan organik adalah pilihan untuk menjaga keadaan kulit anak-anaknya sihat dan selamat. Ujar Akma dalam perbualan bersama Hijabista.
Berbeza pula penjagaan diri untuk Akma sendiri. Semenjak Akma mempunyai aktiviti di luar negara Akma mengambil vitamin sebagai penjagaan dalaman.
“Alhamdulilah! Rutin itu Akma amalkan sebelum Negara di serang virus yang tular. Akma cuma mengambil vitamin C dan vitamin mengantikan kalsium kerana Akma memang tidak gemar minum susu.”
“Akma dapati perubahan yang sangat ketara apabila Akma mengkumsikan makanan ini di dalam rutin harian. Badan lebih bertenaga untuk bekerja dan kulit wajah Akma lebih nampak sihat.”
Selain daripada dua rutin harian ini, Akma juga membuat rawatan kulit astetik paling kurang sekali sebulan bagi menjaga penampilan sebagai seorang selebriti. Menurut Akma penjagaan antara anak-anak dan dia adalah selari. Walaupun setiap kali perjalanannya untuk bercuti, dia akan membawa safety bag dua kali ganda yang mana satu untuknya dan satu untuk anak-anak.
Melepasi fasa pertama perkahwinan, Akma memanjat kesyukuran apabila melepasi fasa ini selama 8 tahun. Akma akui fasa pertama banyak ujian bagi mengenali pasangan dan menyesuaikan diri dengan kerjayanya sebagai selebriti. Berkongsi sedikit kunci kebahagian rumahtangga Akma cuma menyarankan kepada hijabi di luar agar menghargai satu sama lain.
“Sebagai isteri perlu hargai suami, betul suami perlu hargai isteri tetapi tidak salah kita sebgai isteri menghargai suami.” Sebagai isteri tidak perlu pentingkan diri sendiri. “ Seringkali isteri merasa penat membuat rutin harian di rumah, fikirlah sekali bagaimana suami mencari nafkah di luar”.
Mengenang kembali kejadian baru-baru ini aktor terkenal di Indonesia kelahiran Malaysia almarhum Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Mac yang lalu memberi impak besar kepada Akma.
“Akma rasa satu tamparan, kalaulah terjadi pada dirinya kehilangan orang tersayang serta merta dalam sekelip mata” ujarnya berita itu seakan alarm untuk mereka yang masih mempunyai pasangan hidup untuk menghargai satu sama lain.
Bagi Akma kunci kebahagian rumahtangga adalah ‘masa bersama’. Maksudnya setiap tahun Akma aka ada waktu untuk bercuti bersama tanpa anak-anak. Sessi itu adalah masa untuk mereka meluahkan segalanya. Ujarnya lagi sekira ada pengtekaran jangan di bawa berpanjangan. Insyallah kebahgian rumahtangga itu akan dirasai selamanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kayu manis terkenal dengan rasa dan aroma yang pedas, manis dan berkayu. Tetapi adakah anda tahu bahawa anda juga boleh menggunakan kayu manis untuk pertumbuhan rambut? Sains memberitahu kita bahawa kayu manis boleh mengurangkan keguguran rambut dan juga mencegah kebotakan.
Menambah kayu manis pada rejimen penjagaan rambut anda mungkin membantu kesihatan dan merangsang pertumbuhan rambut dan memperbaiki tekstur dan penampilan rambut. Teruskan membaca untuk mengetahui cara menggunakan kayu manis untuk rambut anda.
Kayu manis telah digunakan sejak zaman purba sebagai ubat untuk jangkitan sinus dan keradangan. Penyelidikan menunjukkan bahawa komposisi nutrien yang kaya juga boleh menggalakkan kesihatan rambut. Jom lihat manfaat kayu manis untuk menghasilkan rambut sihat dan cantik.
Mencegah rambut gugur dan botak : Penyelidikan menunjukkan bahawa kayu manis boleh mengawal keguguran rambut dan membantu mencegah kebotakan.
Sifat antioksidan dan antimikrob: Polifenol Kayu Manis bertindak sebagai antioksidan semulajadi. Sifat antimikrobnya boleh membantu mencegah jangkitan kulit kepala.
Rambut panjang dan lebat: Penggunaan topikal minyak pati kayu manis meningkatkan panjang dan diameter rambut. Minyak pati kayu manis mengandungi sinamaldehid yang melebarkan saluran darah dan meningkatkan aliran darah ke kulit kepala. Ini boleh merangsang pertumbuhan rambut.
Mencegah kerosakan rambut dan meningkatkan fasa anagen: Kayu manis mengandungi procyanidin yang mempunyai ciri anti-radang, antioksidan dan antikulat. Membantu melindungi kulit kepala dan rambut daripada kerosakan radikal bebas, kerengsaan dan keradangan, serta mencegah kelemumur. Ia juga menunjukkan pertumbuhan rambut yang ketara pada lelaki dengan masalah alopecia.w
Merawat Kutu: Penyelidikan mencadangkan bahawa minyak kayu manis dicampur dengan syampu boleh membantu mengurangkan kutu.
Mengandungi vitamin, protein, dan mineral: Kayu manis juga mengandungi vitamin C dan mineral yang meningkatkan kesihatan rambut . Ia mempunyai riboflavin, tiamin, niasin, vitamin A, dan protein, yang juga boleh meningkatkan kesihatan rambut.
Sifat antikulat: Dalam kajian, minyak kayu manis menunjukkan sifat antikulat terhadap Malassezia furfur, yang boleh menyebabkan dermatitis seborrheic atau kelemumur kronik.
Alopecia Dalam Pesakit Kemoterapi: Satu lagi kajian menunjukkan bahawa ekstrak kulit kayu manis yang diambil secara lisan dalam bentuk kapsul (400mg) membantu dalam alopecia dalam pesakit kemoterapi dengan kanser payudara .
Sekiranya anda tertanya-tanya cara membuat minyak kayu manis, berikut adalah beberapa kaedah untuk dicuba!
Minyak diekstrak daripada kulit kayu manis dan diselitkan dengan minyak asas untuk membentuk minyak kayu manis. Ia bukan sahaja mengurangkan masalah rambut tetapi juga membantu merawat tekanan dan keradangan kulit. Buat sendiri minyak kayu manis dari di rumah.
Bahan-bahan
Nota: Nisbah minyak zaitun kepada serbuk kayu manis hendaklah 4:1.
Langkah-langkah:
Adalah dinasihatkan untuk tidak memanaskan semula minyak zaitun lebih daripada yang diperlukan. Boleh juga membuat minyak kayu manis tanpa menggunakan haba.
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Penyelidikan paling menarik yang telah muncul mengakui bahawa kayu manis yang digunakan secara topikal boleh menjejaskan saluran darah yang terletak di bawah kulit kepala. Kayu manis yang digunakan secara topikal mempunyai keupayaan untuk menggalakkan peningkatan aliran darah dan seterusnya, boleh membantu kadar pertumbuhan rambut disebabkan oleh aliran darah yang kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh folikel kulit kepala.
Nota: Lakukan ujian tampalan dengan serbuk kayu manis untuk memastikan tiada tindak balas alahan seperti kegatalan, kemerahan atau kerengsaan berlaku.
Kayu manis, dipadankan dengan madu dan minyak zaitun, boleh mengurangkan keguguran rambut , manakala minyak zaitun mengandungi trigliserida, tokoferol, karotenoid dan asid lemak tak jenuh tunggal yang menghidratkan rambut. Ia juga kaya dengan squalene yang mempunyai sifat antioksidan yang menghalang kerosakan rambut yang disebabkan oleh sinaran UV. Penyelidikan menunjukkan bahawa minyak zaitun boleh membantu menguatkan gentian rambut dan mencegah kerosakan.
Madu adalah emolien yang terkenal. Ia juga mempunyai ciri anti-radang dan antimikrob. Ia melegakan keradangan, psoriasis dan dermatitis kulit kepala dan boleh membantu mencegah kelemumur. Ia juga membantu mengimbangi tahap pH kulit kepala.
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Penggunaan: Sekali setiap minggu atau mengikut keperluan
Minyak kunyit adalah antiseptik terkenal yang sering digunakan untuk menyembuhkan luka dan bisul. Satu kajian menunjukkan bahawa kunyit dan minyak kelapa boleh mengurangkan kelemumur. Kunyit juga boleh membantu merawat rambut beruban. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan dalam hal ini.
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Kegunaan: Sekali setiap minggu atau mengikut keperluan
Telur adalah sumber lipid, karbohidrat, protein dan air yang hebat. Nutrien ini penting untuk kesihatan dan pertumbuhan rambut yang baik. Telur juga mengandungi vitamin A dan B12, riboflavin, kolin, zink, besi, dan kalsium. Walaupun kuning telur dan telur mempunyai bahagian nutrien yang sama, kuning telur mengandungi jumlah lipid, mineral dan vitamin yang tertumpu. Kuning telur didapati mendorong pertumbuhan rambut dalam sel papilla dermal. Putih telur mengandungi air, 150 protein, dan peptida yang boleh menguatkan dan melembapkan rambut .
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Kegunaan: Sekali setiap minggu atau mengikut keperluan
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Kegunaan: Sekali setiap minggu atau mengikut keperluan
Minyak kelapa adalah produk penjagaan rambut yang terkenal. Penyelidikan menunjukkan bahawa minyak kelapa boleh menembusi serat rambut untuk menyuburkannya dari dalam dan mengurangkan kehilangan protein. Ia juga melindungi rambut daripada kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV. Minyak kelapa juga mengandungi protein yang menyuburkan dan membaiki rambut yang rosak, serta melindungi daripada kerosakan akibat keletihan hygral. Ia juga boleh mengurangkan kelemumur dan mencegah kutu kepala.
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Kegunaan: Sekali setiap minggu atau mengikut keperluan
Kayu manis dan cengkih boleh meningkatkan ketajaman dan kilauan warna rambut. Cengkih mempunyai ciri antikulat, anti-radang, dan antivirus. Bukti menunjukkan bahawa cengkih boleh meningkatkan kesihatan kulit kepala dan rambut. Cengkih juga boleh meningkatkan peredaran darah dan berpotensi merangsang pertumbuhan rambut. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan dalam hal ini.
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Kegunaan: Sekali setiap minggu atau mengikut keperluan
Jelatang yang menyengat telah digunakan dalam perubatan dan kosmetologi untuk pertumbuhan rambut. Jelatang mengandungi pelbagai jenis nutrien yang kaya yang merangsang aliran darah dalam kapilari dan mendorong pertumbuhan semula sel folikel rambut. Inilah sebabnya mengapa produk jelatang yang menyengat digunakan dalam pencegahan dan rawatan telogen effluvium. Manakala kopi mengandungi kafein, yang menghalang keguguran rambut yang disebabkan oleh penamatan pramatang fasa rambut anagen. Kafein menghalang enzim tertentu (PDE) dan merangsang percambahan sel folikel.
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Kegunaan: Sekali setiap minggu atau mengikut keperluan
Minyak badam mengandungi vitamin E yang menghalang keguguran rambut dan boleh menguatkan rambut . Pisang mengandungi sebatian silikon yang menguatkan lapisan kutikula luar rambut dan mengurangkan geseran interfiber. Ia juga mengandungi vitamin dan mineral yang dikenali untuk mengurangkan keguguran rambut.
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Kegunaan: Sekali setiap minggu atau mengikut keperluan
Pisang bermanfaat untuk rambut kerana ia mempunyai sifat antimikrob. Ia juga merawat rambut dan membaiki hujung rambut yang rosak. Air beras dikenali untuk mengurangkan geseran permukaan rambut dan meningkatkan keanjalan rambut. Mengandungi inositol yang secara beransur-ansur menembusi rambut dan menguatkannya dari dalam.
Nota: Menggunakan air beras sahaja boleh menyebabkan kulit kepala mengelupas.
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Kegunaan: Sekali setiap minggu atau mengikut keperluan
Yogurt mengandungi bakteria probiotik yang boleh meningkatkan ketumpatan rambut. Bakteria juga meningkatkan bilangan molekul rambut dalam fasa anagen, dengan itu meningkatkan pertumbuhan rambut. Yogurt sering ditambahkan pada masker rambut untuk melawan kelemumur. Manakala avokado terkenal untuk merawat rambut kering dan rosak. Ia juga mempunyai sifat antioksidan dan asid lemak omega-3 yang membantu meningkatkan pengekalan kelembapan.
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Kegunaan: Sekali setiap minggu atau mengikut keperluan
Penyelidikan menunjukkan bahawa jus bawang boleh merangsang pertumbuhan semula rambut dalam rawatan alopecia. Malah dikenali untuk membantu merangsang pertumbuhan rambut, mengurangkan keguguran rambut dan menghilangkan kutu kepala. Ia juga digunakan pada kulit kepala untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih kuat kerana ia meningkatkan peredaran darah dan pengeluaran kolagen.
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Kegunaan: Sekali setiap minggu atau mengikut keperluan
Rosemary boleh membantu merangsang pertumbuhan rambut dan pertumbuhan semula. Kajian haiwan menunjukkan bahawa daun rosemary boleh mendorong pertumbuhan rambut. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa rosemary boleh digunakan untuk mengurangkan kelemumur.
Nota: Adalah tidak selamat untuk mengambil rosemary jika anda mengambil litium, sedang atau cuba hamil, ini menunjukkan reaksi buruk terhadap rosemary.
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
Kegunaan: Sekali setiap minggu atau mengikut keperluan
Kayu manis mempunyai manfaatnya untuk kesihatan rambut. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan kesan buruk pada sesetengah orang.
Menggunakan serbuk kayu manis atau minyak secara topikal dianggap selamat. Tetapi ia boleh menyebabkan reaksi alahan, kerengsaan, atau kemerahan pada sesetengah orang. Adalah dinasihatkan untuk melakukan ujian tampalan sebelum menggunakan kayu manis buat kali pertama.
Penggunaan kayu manis adalah selamat dalam dos yang betul. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati, paras gula darah rendah, alahan dan isu semasa pembedahan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari pernikahan adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Semasa majlis akad nikah, pengantin lelaki kebiasaannya akan mulai ‘cuak’ menanti saat untuk melafazkan akad.
Baru-baru ini telah tular di Tiktok video seorang pengantin lelaki yang sempat bangkit peluk ibu untuk memohon restu sebelum akad nikah disebabkan perasaan gementar. Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok iaitu Rianyana2, dia berkongsi detik-detik yang tidak mungkin dilupakan ketika menghadiri majlis pernikahan adik perempuannya.
Menerusi rakaman tersebut, terjadi satu situasi yang tidak disangka-sangka; yang mampu menyentuh hati dan perasaan semua yang melihatnya.
Pada awalnya, tok kadi meminta pengantin lelaki untuk berlatih lafaz akad nikah agar tidak tersasul serta lancar nanti. Walau bagaimanapun, disebabkan terlampau gemuruh, lelaki terbabit kelihatan resah dan matanya seperti mencari seseorang.
Alangkah terkejutnya apabila pengantin lelaki tersebut secara tiba-tiba bangun daripada tempat duduknya dan kemudian merapati seorang wanita, iaitu ibunya yang duduk di bahagian tepi kawasan akad nikah tersebut. Difahamkan, tujuan pengantin lelaki itu memeluk ibunya adalah kerana untuk menenangkan hatinya serta ingin meminta restu dan semangat bagi meneruskan majlis tersebut.
Momen berkenaan turut disaksikan oleh tetamu yang lain dan dapat dilihat bakal isterinya tersenyum melihat situasi tersebut. Video tersebut turut menyentuh hati warganet apabila dimuat naik ke laman Tiktok, dan meraih lebih 14.3K kesukaan setakat ini.
Masyaallah, memang anak yang sangat baik. Team Hijabista turut mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua pasangan tersebut. Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawadah dan warohmah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.