Setiap hari, kulit bekerja keras untuk melindungi badan daripada pelbagai bahan asing yang berisiko untuk masuk ke dalam badan melalui kulit.

Kulit secara asasnya akan bertindak sebagai ‘penapis’ yang akan menghalang sebarang benda dan bahan asing daripada memasuki liang pori pada kulit. Jadi apakah yang akan berlaku kepada bahan asing yang terperangkap pada ‘penapis’ kulit itu?

Kebiasaannya, segala bahan asing atau lebih mudah ditafsirkan sebagai kekotoran akan berakhir pada permukaan kulit.

Jadi untuk menjaga kulit dan tahap kesihatannya, proses scrubbing, atau pengelupasan (exfoliate) adalah perlu untuk dilakukan secara rutin, tidak kira sama ada skrub muka atau badan.

Bagi memastikan proses skrub berkesan, ada beberapa tip yang perlu diamalkan.

Posted by Fatinaamalina Rahman on Sunday, 15 March 2020

Tip skrub yang anda perlu tahu:

IKLAN

1. Untuk yang rutin skincare belum pas, atau belum kukuh, lebih baik gunakan physical skrub.

2. Gosok lebih kuat tak membersihkan kulit, tapi boleh merosakkan sel kulit hidup muka (kulit jadi lebih sensitif), Usap dengan lembut je, folikel pada physical exfoliator/scrub dah cukup singkirkan sel kulit mati.


.

3. Jangan skrub pada jerawat untuk elakkan kuman dan bakteria tersebar seluruh muka

IKLAN

4. Kulit berminyak sangat perlukan exfoliasi. Kulit jenis ni paling mudah memerangkap minyak dan kotoran dalam pori.

5. Kulit jenis berminyak juga, ada lapisan kulit mati yang lebih tebal. Sebab tu kalau perasan, oily skin mudah nampak lebih kusam

6. Untuk beginner, cukup seminggu sekali. Tambahkan kekerapan ke 2 kali seminggu atau bila perlu bila kulit dah boleh tolerate dgn bahan aktif scrub.

IKLAN

7. Produk seperti serum, moisturizer, essence lebih berkesan selepas exfoliate. Sel kulit mati halang produk mahal korang menyerap ke dalam.

8. Nak cepat hilangkan parut? Salah satu ikhtiar ialah exfoliate iaitu proses singkirkan sel kulit mati.

9. Gunakan jari tengah dan jari manis kerana pressure nya tidak menekan kulit.

10. Cari folikel dari bahan semulajadi jika guna physical exfoliator seperti kulit badam, beras dll. Biji-biji plastik dalam exfoliator tak sesuai untuk kulit sensitif. Refer “natural exfoliator”.

Kalau ditanya step exfoliation ni penting atau tak. Sangat penting. Sebab kulit kita menghasilkan sel kulit mati setiap hari.

Sumber kredit: Fatinaamalina Rahman

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI