Memakai sunscreen adalah salah satu perawatan paling penting untuk menjaga kesihatan kulit. Kandungan SPF dan PA dapat melindungi kulit dari paparan sinar matahari yang boleh merosakkan dan menyebabkan kanser.

Penggunaan sunscreen secara rutin memberikan banyak manfaat kepada kulit. Gunakanlah sunscreen dengan SPF minimum 30 dan PA+++ sebelum mekap atau beraktiviti di luar, dengan kuantiti sebesar buah ceri.

KENAPA PERLU PAKAI SUNSCREEN?
1. Elak kulit nampak kusam, tak bermaya, gelap atau pun burn
2. Elak kulit berkedut dan cepat nampak tua
3. Elak ada pigmentasi/jeragat – Kebanyakan punca utama jeragat, sebab tak pakai sunscreen.
4. Mencegah daripada penyakit kanser kulit.

 

IKLAN

Tidak perlu pakai sunscreen pada waktu malam. Jika di rumah, perlu tak pakai sunscreen?Mesti ramai yang tertanya-tanya.

1. Tak perlu pakai sunscreen kalau duduk di rumah yang tak buka langsung pintu dan tingkap, ataupun bangunan yang tak masuk cahaya matahari langsung. Kiranya langsir pun tak buka, bergelap gelita dan harapkan lampu sahaja daripada pagi sampai malam. Cahaya matahari pun tak nampak. Jadi tak perlu pakai sunscreen pun tak apa sebab kulit tak kena cahaya matahari langsung.

2. Perlu pakai sunscreen kalau duduk di rumah tapi buka tingkap, cahaya matahari masuk dan tingkap tak ada perlindungan daripada UV. Kalau tak nak pakai sunscreen, moisturizer with SPF15-30 should be enough.

IKLAN

 

IKLAN

 

3. Perlu pakai sunscreen kalau di duduk rumah, tapi keluar sekejap-sekejap untuk jemur kain, abang pos laju datang hantar barang ke ataupun keluar siram pokok. Bila keluar rumah walaupun sekejap, kulit kita terdedah dengan matahari. Jadi, kita perlulah pakai sunscreen. Untuk daily use, SPF30 should be enough tapi make sure pakai yang secukupnya.

Kesimpulannya, lebih elok pakai sunscreen untuk melindungi kulit daripada selaan cahaya matahari. Oleskan sunscreen setiap dua jam, terutama jika memiliki kulit sensitif.

Sumber kredit: Iman Abdul Rahim

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI