Sama cantik! Sama padan! Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Datin Seri Heliza Helmi bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat ‘sweet’ mereka berdua di alam maya.
Menerusi laman Instagram suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul memuat naik sebuah video pendek yang menunjukkan aksi mereka berdua menarik tinggi teh tarik persis pakar pembuat teh tarik. Wah! Menariknya!
Video yang dimuat naik itu mendapat perhatian netizen dan ramai yang ‘cemburu’ dengan kebahagiaan pasangan sejoli ini. Apa yang paling mencuri perhatian netizen apabila mereka berdua menyarungkan rekaan pakaian yang sama! Alahai! Cair pula kami melihatnya! Netizen juga turut sama merasai kemanisan itu! Ramai pula yang terhibur dan meneka siapa yang dapat menghasilkan teh tarik paling tinggi!
Datin Seri Heliza Helmi bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman selamat diijab kabulkan pada tanggal 1 Januari 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Team Hijabista mendoakan agar pasangan sejoli ini sentiasa disurami kebahagiaan hingga ke alam syurga..InsyaAllah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gadis ini Nik Yam Chik Zainab pernah berdepan dengan masalah apabila kulit wajahnya mengalami breakout, kusam dan tidak berseri. Ketika mengalami masalah ini usianya baru 15 tahun dan berlanjutan sehingga usianya mencecah 21 tahun. Malah dalam kalangan keluarganya, dia antara anak yang mempunyai wajah menggerutu.
Dia bukan tidak pernah berusaha untuk menjadi ‘cantik’. Malah pernah membuat ‘facial treatment’, berbekam dan juga bertemu doktor pakar. Tetapi semuanya tidak menjadi.
Namun tambahnya lagi satu hari dia terbaca posting seseorang yang sebelum ini mengalami masalah yang sama sepertinya tetapi lebih teruk lagi.
Dalam posting itu dia turut memberitahu caranya merawat masalah berkenaan dan testimoninya memang sangat mengujakan.
Dan setelah menggunakannya kurang dari setahun, hasil yang diterima sangat WOW. Walaupun posting ini sudah beberapa tahun, tetapi gadis ini bijak menjaga wajahnya dan masalah breakout tidak berulang.
Malah ketika majlis perkahwinannya awal tahun ini juga dirinya kelihatan sangat cantik dengan kulit flawless dan glowing.
Ayuh, ikuti perkongsiannya dan kepada yang ada masalah sama boleh cuba cara ini.
Assalamualaikum. seperti yang dijanjikan. Semoga bermaanfaat buat semua. In shaa ALLAH.
Sebelum tu nak bagitau yang muka selepas tu memang muka yang tak di edit langsung. Bukan guna kamera selfie. Harap tiada yang pertikaikan.
Untuk masalah muka. Mungkin segelintir daripada kita pernah mengalami benda ni kan? Kalau gemok nak kurus ubatnya diet. Tapi kalau muka berjerawat cuba banyak-banyak produk pon belum tentu sesuai. Kan?
Saya mula naik bendalah ni masa umur 15 tahun. Benda ni berlarutan hingga saya umur 21 tahun. Dalam tempoh naik tu tipu lah takdek yang komplen kan? Nak kata dalam keluarga mungkinlah muka saya paling menggerutu. Hehe.
Percayalah. Tak ada orang yang dambakan kulit muka yang macam ni. Banyak benda saya usahakan termasuklah facial treatment, berbekam, jumpa dr pakar.
Dan satu lagi, saya bukan jenis yang suka jadi bahan uji kaji cuba banyak produk nak-nak lagi produk yang muka putih tangan hitam. Jadi benda yang selalu saya calit kat muka madu, tepung ubi, serbuk kayu manis dan minyak gamat.
Pencuci muka banyak sangat da try. Garnier, Eversoft, Hada labo, clean n clear, dan seangkatan dengannya. Kononnya masa tu fikir muka boleh licin kalau pakai brand yang famous. Kroh kroh kroh.
Dan ternyata sangat tak membuahkan hasil. Masih lagi naik macam tanam rumput. At last, fedup. Lantak la nak naik ke. Nak turun ke. Makin jaga makin teruk.
Satu hari scroll fb terjumpa satu post dari seorang hamba Allah ni, bercerita perihal macam mana dia boleh rawat kulit dia. And to be honest, muka dia 3x lagi teruk dari saya.
Dalam post tu dia senaraikan produk yang dia pakai untuk rawat kulit dia. And testimoni nya sangat WOW! Dan dia bukan peniaga produk yang berjaya. Dia cuma pengguna yang tak lokek nak share ilmu. Sebab tu saya tertarik untuk ss post dia. Esoknya terus ke farmasi untuk cari benda-benda ni.
Alhamdulillah. Kurang dari setahun baru nampak muka manusia. No wonder la dulu ramai yang duk pertikaikan.
Setelah mengharungi onak duri, Benda-benda ni juga penyelamat saya. Dulu pandang tak nak. Tapi bila da try terus jatuh cinta.
Ok. Untuk pencuci muka, saya pakai safi gamat. Selalunya saya akan cuci muka 3x sehari termasuklah selepas bangun tidur dan sebelum tido. Nampak tak? Dulu sombong tak mau pakai produk tempatan. Tup tup Safi juga la yang banyak berjasa. Menyesal betul.
Kalau scrub safi saya cuma akan pakai every weekend. Lepas pakai scrub, saya akan terus pakai toner safi. Functionnya untuk tutup liang pori dan segarkan muka.
Dan dan dan, yang saya memang takkan menyesal sampai sekarang adalah Dalacin T. Benda ni the best ever yang pernah saya try. Untuk manusia yang tercari-cari produk apa uang sesuai untuk hilangkan jerawat kecik-kecik. yang sekali picit keluar ala-ala ulat tu, nahhh yang ni paling sesuai.
Dalacin T ni cuma ada kat farmasi je ye. sebab ni produk farmasi. Harga dari RM35-55. Harga saya dapat kat Tanjong Malim ni RM50. Kecil tapi berbisa. Hohoho. Tak payah fikir membazir ke apa. Sebab sebotol ni tahan setahun+-
Cara guna Dalacin T, pakai setiap kali sebelum korang pakai bedak. Dan kebiasaan nya saya akan pakai sebelum ke kelas. Jerawat besar naik, letak je benda ni. Tak sampai seminggu lesap sekali ngan parut. kalau tak percaya boleh tanya Mr. Google n tengok review orang-orang yang dah cuba benda ni.
Tak lupa juga air masak yang sangat membantu ni. Air masak penting ye. Minum air masak banyak-banyak tak payah nak beli produk untuk glowingkan muka sebab air masak ni dah cukup buat muka jadi glowing. Gittew.
Saya tak pernah pakai sebarang produk untuk hilangkan parut. Kalau dulu kat hidung ni paling parah. Whitehead, blackhead dan segala keturunan head ada. Tapi after consume semua ni dah tak ada dah masalah-masalah ni.
Lagi satu, untuk Siapa-siapa yang suka sangat pakai krim foundation, saya sarankan korang cuba ODF (oxygen doll foundation). Dengar kata sekarang ni dah ada pack kecik untuk yang baru nak try. Benda ni rawat sekali muka. Tak payah risau pasal pori tersumbat. Yang pasti bukan cantik masa pakai je, bangun tido muka serabai pon housemate puji muka glowing. Memang kulit muka jadi makin cantik. Betul-betul merawat kulit.
Jangan salah faham, saya bukan peniaga yang tengah nak lariskan jualan. saya cuma kongsi apa yang saya rasa perlu.
Dan terima kasihh sebab sudi baca post saya yang panjang lebar. Dengan lafaz Bismillah semoga ianya bermanfaat. Terima Kasih dan harap post ni menjawab segala persoalan dari pihak yang PM saya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon jelita Uqasha Senrose, menzahirkan rasa sebak sebaik sahaja membaca hantaran Instagram yang dimuatnaik oleh usahawan dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menitipkan nasihat khusus buat para wanita.
Dalam hantarannya pada September lalu, Ustaz Ebit mengingatkan para suami untuk sentiasa mengangkat darjat seorang isteri dan tidak menzalimi mereka.
Menurut Ebit Lew lagi, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhitung sekiranya kita berusaha untuk membahagiakan pasangan.
“Hargailah dan sayangilah bidadari dalam hidupmu di dunia kerana dialah bakal peneman kita selamanya di syurga nanti. Dialah permaisuri di syurga kita nanti. Amin. Pemberian paling utama bagi seorang suami ialah isterinya. Kewajipannya. Tanggungjawabnya.
“Ramai orang terlupa memberi nafkah pada isteri. Beri sedekah pada haiwan terbiar sahaja menjadi sebab di masukkan syurga. Bayangkan nilai beri makan pada orang miskin dan anak yatim. Betapa besarlah pula nilai amalan memberi nafkah paling utama pada isteri.
“Nilai amalan wajib dan sunat tak sama. Kerana itu membahagiakannya, menggembirakannya membuat kita lebih bahagia gembira. Lebih berkat. Lebih melimpah ruah rezeki dan nikmat. Redha Allah segalanya,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menyeru kepada para suami untuk sentiasa menjadi pembimbing isteri menuju syurga Allah.
“Bayangkan apalah hadiah Allah pada kita nanti. Saat kita diuji dialah peneman setia. Saat kita sakit dialah yang menjaga kita. Paling mengenal dan memahami kita sentiasa. Isteri anugerah Allah. Orang tanya saya apa buat terus kuat melalui semua ini. Anugerah Allah memiliki bidadari.
“Kerana itu Saidina Ali ra pernah kata maksud doa ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat. Apakah kebaikan dunia ini? Jawabnya beliau wanita solehah. Mendapat itu dapatlah segalanya nikmat dunia ini.
“Kerana itu tugas kita suami menyayangi dan membimbing isteri kita cinta dan mengenal Allah. Wanita ini lembut dan mudah dibimbing jika kita menawan hatinya.
“Saat kita mendapat hatinya mudahlah kita melenturnya dengan izin Allah. Alang-alang bercinta biarlah sampai syurga. Amin,” kongsinya lagi.
Hantaran tersebut nyata menyentuh hati banyak pihak termasuklah Uqasha sendiri.
Jelas isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu, dia sememangnya amat mengagumi keperibadian Ustaz Ebit lebih-lebih lagi dalam aspek menghargai wanita.
“Masyallah sungguh sweet how ustaz @ebitlew mengangkat kaum wanita. Tersentuh saya baca dan mengalir air mata sebak. Sama-sama kita jadikan panduan buat suami isteri,” tulisnya di laman Instagram.
Untuk rekod Uqasha dan Kamal telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 5 November 2021 di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel semula dari Media Hiburan
Ubi kayu rebus adalah sejenis makanan tradisional yang sangat popular dan tidak asing lagi terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Siapa sahaja yang tak pernah mencubanya kan? Bukan sahaja sedap, malah banyak khasiatnya untuk kesihatan!
Ubi kayu atau nama saintifiknya Manihot Esculenta adalah sejenis kanji yang terhasil pada akar pokok ubi kayu. Dahulu, ia diijadikan sebagai pengganti nasi dikalangan penduduk sekitar kampung.
Kini, ubi kayu bukanlah lagi dijadikan sebagai makanan utama, namun dinikmati dalam pelbagai menu dan hidangan. Pelbagai variasi resepi yang ada seperti ubi pedas, ubi bakar, unkep ubi, ubi gula merah, ubi goreng cicah sambal kicap, ubi rebus cicah sambal tumis, dan banyak lagi. Kalau dapat menikmati ubi rebus petang-petang memang best!
Bagi setiap 100gram ubi kayu, berikut adalah komposisi nutrien yang ada di dalamnya:
Setiap 100 gram ubi kayu ini membekalkan badan kita dengan 162 kcl tenaga. Semuanya disebabkan kandungan karbohidratnya yang tinggi iaitu kira-kira 38.2g.
Ubi kayu adalah sumber yang kaya dengan serat makanan, mengandungi kanji-tahan (resistant starch) dan membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lancar dan baik. Serat tidak larut membantu memperbaiki sistem penghadaman dengan menyerap semua toksin yang terkumpul di dalam usus.
Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada saluran gastrousus perut, mengelakkan sembelit, mengurangkan risiko kanser usus dan menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama.
Anemia ialah masalah kekurangan sel darah merah yang berdaya guna untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Kekurangan zat besi adalah penyebab anemia yang paling biasa.
Ubi kayu merupakan sejenis makanan berkanji yang kaya dengan zat besi dan dikatakan mampu mencegah penyakit ini. Hal ini disebabkan ubi kayu diperkaya dengan kandungan zat besi yang tinggi bagi pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin ini berfungsi untuk membawa bekalan oksigen ke sel-sel yang ada di dalam badan kita untuk proses penjanaan tenaga. Dengan pengambilan zat besi yang mencukupi, penyakit anemia yang disebabkan oleh kekurangan hemoglobin dan zat besi dapat dielakkan.
Buat hijabi yang mahu menurunkan berat badan, mungkin anda boleh cuma amalkan makan ubi kayu rebus ini. Ubi kayu yang kaya dengan serat makanan adalah pilihan yang tepat buat anda yang tidak sabar untuk menurunkan berat badan.
Khasiat ubi kayu ini membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Jadi, ia membantu anda mengurangkan rasa lapar serta tidak lagi mengambil makanan ringan seperti snek yang tidak berkhasiat.
Apakah hubungan antara ubi kayu dan penglihatan? Ubi kayu mengandungi Vitamin A dan mineral, secara tidak langsung meningkatkan penglihatan dan mencegah dari buta dan masalah penglihatan yang lain.
Vitamin B2 dan riboflavin dalam ubi kayu boleh membantu merawat sakit kepala dan migrain. Selain itu, ia boleh mengurangkan serangan migrain yang berterusan.
Sifat antioksidan ubi kayu membantu mengatasi masalah cirit-birit.Ia menghapuskan bakteria yang menyebabkan masalah perut dan mengurangkan gejala cirit-birit.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.