Setiap 100 gram (gm) daging itu mengandungi 217 kalori, 26.1gm protein dan 4.2gm lemak berbanding kambing iaitu 258 kalori, 25.6gm protein dan 8.8gm lemak. Kebaikan lain boleh diperoleh daripada memakan daging baik kambing atau lembu ialah zink, zat besi, potassium, magnesium, selenium dan vitamin seperti B, K dan D.

Membakar adalah kaedah paling ideal untuk memasak daging tanpa penggunaan banyak minyak. Haba daripada dulang pembakar menyentuh makanan secara langsung sekali gus mengedapkan bahagian luarnya.

Daging: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Photo by Gonzalo Guzman from Pexels

Bulan puasa ini rasanya ramai antara kita lebih selera memakan daging berbanding ikan. Disertakan di sini info tentang daging dan semoga ianya bermanfaat kepada semua.

IKLAN

1. Bagi pesakit asma, daging terproses seperti burger dan sosej kurang elok dimakan berlebihan. Kajian ke atas 971 orang selama 7 tahun mendapati memakan daging terproses berlebihan memburukkan lagi gejala asma

2. Bagi pesakit gout, daging seeloknya dipotong kecil-kecil, dibasuh seterusnya direbus terlebih dahulu. Ini akan turunkan kandungan purine sebanyak 25%. Daging pula, jangan dimasak terlalu lama kerana memasak pada masa lama akan hasilkan purine yang lebih banyak.

IKLAN
Photo by Matheus Gomes from Pexels

Kurangkan juga memakan daging merah. Ini kerana daging merah tinggi purine berbanding daging putih. Semasa makan, kurangkan ambil kuah kerana bahan purine banyak dalam kuah. Bagi pesakit gout juga elakkan memakan hati ayam dan kurangkan penggunaan ikan bilis dalam masakan. Ini kerana kandungan purine dalam hati ayam dan bilis adalah tinggi.

3. Bagi pesakit anemia, daging merah terutama organ dalaman tinggi zat besi dan bagus untuk dimakan. Memasak menggunakan minyak kelapa sawit merah lebih elok kerana minyak ini kaya β-karoten dan bantu leraikan zat besi dari diikat.

IKLAN
Photo by Cristian Rojas from Pexels

4. Untuk mereka yang mengalami masalah kolesterol, ambil makanan tinggi fiber seperti oat dan barli, minum jus oren, minum air halia, bawang putih selepas memakan daging

HIJABISTA: Pemilihan jenis juadah bagi daging cukup penting. Elak penyediaan daging merah dengan bahan lemak seperti mentega.

Sumber kredit: Dr Suri Roowi  Top image: Photo by Lukas from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI