Hidup setiap manusia mempunyai jalan-jalan serta liku-liku yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang lahir sudah kaya dan di atur kehidupannya, ada juga yang lahir susah dan perlu mencari haluan hidup mereka.
Setiap orang pasti ada jalan cerita yang sendiri tidak kira siapa pun orang itu. Jadi mengapa perlu kita bandingkan kehidupan diri sendiri dengan orang lain?
Rezeki milik Allah SWT di tentukan pada kita secara berlainan
Sumber gambar dari Canva
Memang sudah menjadi lumrah buat manusia untuk berasa iri hati dan sedih apabila merasai kehidupan yang mereka lalui itu tidak adil. Manakan tidak, mereka mulai membanding diri dengan mereka yang hidup dalam keadaan baik.
Jadi bagi mereka ataupun kita yang suka membandingkan diri dengan orang lain ini sebenarnya suatu tabiat yang buruk. Kenapa perlu menambahkan rasa stres dan tertekan oleh kerana apa yang kita tidak miliki, di miliki oleh orang lain?
Kita suka melihat kehidupan seorang artis atau selebriti yang megah menunjukkan kemewahan mereka. Kalau mahu bercuti, seakan-akan petik jari sahaja, terus mereka naiki pesawat persendirian ke tempat itu.
Pernah tak anda terfikir yang sebenarnya itu cuma ilusi?
Sumber gambar dari Canva
Ilusi yang min cuba maksudkan adalah apa yang mereka tunjuk itu hanya sekadar luaran sahaja. Kita tidak tahu gambar atau rakaman di sebalik ‘kebahagiaan’ dan ‘kemewahan’ itu terselit suka dan duka.
Ya, itulah dia dunia media sosial yang menggambarkan apa yang kita minat dan suka pada ketika itu. Tetapi hati ini akan bergolak, ia akan berubah bukan kepada satu benda sahaja–ia akan beralih kepada benda yang lain.
Ads
Erti kata lain, minat kita terhadap kemewahan atau sesuatu hasrat kearah ‘kebendaan’ akan mulai pudar saban hari. Usia semakin meningkat, pemikiran semakin matang untuk kembali kepada yang Maha Esa, Allah SWT.
Suka min nak ingatkan supaya kita mula untuk rasa bersyukur dengan apa yang kita ada–rumah, kereta, keluarga, kerja dan sebagainya. Mungkin dalam hari yang kita cuba syukur, Allah SWT kurniakan lagi nikmat yang tak pernah kita bayangkan. MasyaAllah.
Wah, siapa sahaja tak tahu pelakon tanah air yang cukup di kenali, Datin Maria Farida, yang masih anggun dan ayu meski sudah lanjut usia. Ramai juga ingin tahu rahsianya ‘maintan‘ walaupun dah berusia.
Tular baru-baru ini pelakon itu bersama usahawan, Dato Seri Vida, bersama-sama membuat video TikTok. Tak usah di soal lagi, sudah ratusan warganet melontar komen-komen positif tentang penampilan Maria Farida.
Siapa sahaja tidak kenal pelakon tanah air, Datin Maria Farida, yang sudah lama menapak di dalam industri seni di Malaysia. Bukan sahaja kerana bakatnya berlakon, dia sahaja cukup terkenal dengan penampilannya yang jauh berbeza dari umur!
Baru-baru ini, Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman, 51, telah memuat naik satu video dia bersama Maria Farida. Kelihatan mereka sedang memperagakan emas yang hasil dari keluaran khas DSV itu.
Malah bukan emas yang menjadi perhatian orang ramai, tetapi penampilan Maria Farida yang seakan-akan anak dara yang menjadi tumpuan. Siapa sahaja yang tak terkejut jika ketahui Datin Maria Farida sudah pun berumur 53 tahun.
Ramai warganet di ruang komen memberikan kata-kata yang positif mengenai rupa-paras Maria Farida yang anggun dan masih jelita itu. Acapkali mukanya berada di skrin, semua orang akan terpegun dan tertanya-tanya rahsia kejilataannya.
Terdapat satu tangkap layar dari Astro Gempak, di mana seorang jurusolek mengaku dia pernah berkerjasama bersama Maria Farida. Menurut individu itu, memang jelas kulit dan rupa Datin Maria memang seperti yang di kongsinya dalam laman media sosial.
“Saya pernah makeup Datin Maria Farida di rumahnya. 2 tahun lepas. Kulit dia memang cantik tiada satu pun garisan tua…cekang orang kata,
“Dan kulit dia tak perlu pakai foundation. Bila pakai foundation nampak sikit kering even yang liquid. Jadi datin maria memang tak suka pakai foundation pun,
“Tapi body kulit semua macam anak dara…memang segaklah orang kata…kalah kita yang muda.” ujarnya di ruangan komen.
Datin Maria Farida juga pernah di soal dan di kata membuat rawatan di spa dan sebagainya untuk maintain rupa parasnya. Tetapi, dia lebih mempercayai cara semula jadi untuk menjaga badannya. Jadi…apa lagi sis semua, kita pun kena mula dari sekarang nak maintan badan!
Ada tak yang disini lambat nak memahami subjek kira-kira seperti Matematik? Bila orang suruh ‘congak’ dan mengira, mulalah menggelabah dan ‘panic’. Untuk pengetahuan anda semua,penyakit ini merupakan sebahagian daripada ‘learning disability‘. Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan juga perkongsian daripada salah seorang pesakit diskakulia yang tular di TikTok.
Mungkin ramai yang cakna dengan ‘disleksia’ namun tidak ‘diskalkulia’. Kedua-duanya merupakan masalah pembelajaran. Disleksia merupakan kesukaran kemahiran pembelajaran seperti menulis, ketepatan ejaan, kelancaran pembacaan dan pemahaman ayat. Manakala diskalkulia ini lebih kepada kesukaran untuk mengira dan mengenal angka. Diskalkulia dan ‘calculation‘….memang berkait rapat! Tambahan itu, penyakit diskalkulia ini tidak boleh dirawat tapi boleh dikawal.
Diskalkulia ini adalah gabungan bahasa Greek “dys” yang bermaksud kesukaran, dan perkataan Latin “calculia” bermaksud “pengiraan”. Jadi dyscalculia ditakrifkan
sebagai masalah pembelajaran khusus seperti matematik. Penghidap diskakulia ini sering menghadapi masalah untuk memahami konsep nombor yang mudah, kurang kefahaman dengan nombor dan juga cara menggunakan formula. Sebagai contoh, 4+5=9 tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan dan tidak yakin dengan jawapan tersebut. Bahkan, ada yang baru melihat nombor pun jadi pening.
Menurut perkongsian daripada Iluminasi,terdapat lapan tanda-tanda seseorang itu menghidap diskalkulia. Berikut adalah diantara tanda-tandanya:
Terdapat juga beberapa punca terjadinya diskalkulia ini. Antara punca berlakunya penyakit ini adalah daripada genetik (disebabkan ahli keluarga yang turut mengalami masalah diskalkulia), kecederaan otak, pendedahan matematik yang terlalu awal (terdapat sesetengah ibu bapa yang mendesak anak mereka untuk belajar matematik ketika masih kecil) dan juga faktor pengajaran di sekolah.
Sebelum ini pernah tular satu video mengenai wanita yang dikatakan penghidap diskalkulia. Dia telah berkongsi dan memberi kesedaran mengenai penyakit ini dan telah berjaya menarik perhatian netizen. Iya lah, rata-rata masyarakat tidak tahu mengenai penyakit ini dan ia merupakan sesuatu yang baharu. Video yang tular itu juga telah mendapat kesukaan sebanyak 18.1K.
Wanita yang senang disapa sebagai Fija ini telah berkongsi bahawa dia tergerak hati untuk membuat penilaian(assesment) secara online selepas membaca mengenai penyakit ini di internet. Menerusi perkongsiannya bersama Mstar, Fija berkata dia mengunjungi sebuah pusat penilaian dan membuat ujian berkaitan soalan Matematik selama dua jam, sebelum didiagnos dengan masalah Diskalkulia pada awal tahun ini.
“Sepanjang dua jam membuat soalan berkaitan pengiraan, ada seorang pakar akan observe dan monitor. Selepas buat ujian, mereka keluarkan keputusan dan sememangnya saya didiagnos dengan Diskalkulia.”
Tambahnya lagi, selepas didiagnos individu tersebut kebiasaannya disarankan untuk meneruskan dengan rawatan terapi, khususnya mereka yang masih bergelar pelajar.
“Namun saya tak buat terapi kerana kekangan waktu disebabkan tuntutan kerja.”
“Walaupun agak lambat mengesan situasi ini, namun saya lega akhirnya dapat juga tahu jawapan mengenai situasi yang saya hadapi ini,” tambahnya lagi.
Bercerita serba ringkas mengenai masalah tersebut ketika berada di bangku persekolahan, Fija berkata dia mengambil masa yang lama untuk memahami topik dalam subjek Matematik yang diajar oleh gurunya.
“Saya pernah tanya cikgu untuk minta dia ajar lebih jelas, tapi masih tak faham… saya segan juga sebab orang lain senang faham.”
“Jadi saya akan bertanya kepada kawan-kawan. Merekalah yang mengajar saya walaupun struggle juga nak bagi saya faham.”
“Jadi setiap kali ujian atau peperiksaan besar, saya akan bangun awal pagi untuk buat latihan dan ulangkaji. Boleh dikatakan hampir setiap pagi. Alhamdulillah, untuk subjek lain saya tiada masalah untuk skor,” ujar Fija sambil menambah, keputusannya untuk subjek Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak memuaskan hasil usaha kerasnya itu.
Wanita ini juga telah berkongsi bahawa dia telah diagnosis di Dyslexia Genius Titiwangsa Centre. Dia sempat berpesan kepada ibu bapa terutamanya agar lebih cakna dengan perkara ini kerana ianya mampu memberi kesan dalam kehidupan harian. Bayangkan, kalau kita mahu membeli barangan atau makanan pun kita kena pandai kira-kira kerana takut kalau ditipu. Ini kerana jika perkara ini tidak ditangani lebih awal, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental kerana ianya berkait rapat dengan keyakinan diri.
“Apabila saya share, ramai yang bertanya mengenai lokasi di mana saya buat assessment. Dan ada yang komen, situasi tersebut sama macam yang dialami oleh anak muridnya.
“Kadang ada yang fikir, seseorang pelajar tu lemah sebab malas. Tapi sebenarnya pelajar tu struggle dengan masalah ini.” katanya lagi.
Langkah gadis ini menyebarkan kesedaran kepada masyarakat wajar dipuji. Kalau tidak, sampai bila-bila masyarakat tidak tahu mengenai penyakit Diskalkulia. Segeralah melakukan dignosis dan dapatkan rawatan sekiranya anda ada tanda-tanda diskalkulia. Risau penyakit ini akan memberi kesan dalam kehidupan seharian anda. Kalau anda mendapatkan rawatan dan berjumpa pakar, anda akan belajar cara untuk menangani masalah ini.
Sudah tibalah waktu pelajar universiti pulang ke kampus atau asrama masing-masing untuk menghadiri kelas secara berdepan. Bila dah pulang, kenalah pandai berdikari dan berjimat cermat. Selalunya, pelajar rasa terbeban untuk mengisi perut dek kerana harga makanan yang mahal. Namun, bagi pelajar berdekatan dengan lokasi perniagaan satu ini, anda sangat berutung kerana masakan yang dijual sangatlah murah!
Mengimbas kembali satu video yang pernah tular di TikTok, mengenai ‘Warung Ibu’ yang menjual makanan dengan harga yang sangat murah. Sehingga ada yang menyatakan harga tersebut tidak masuk akal dan meminta pemiliknya menaikkan harga.
Menurut Haizum Hasan yang telah memuat naik video berkenaan di aplikasi TikTok, warung tersebut adalah milik ibunya iaitu Noorasiah Che Yusoff berusia 52 tahun. Warung yang diberi nama ‘Warung Ibu’ itu telah diusahakan sejak empat tahun lalu. Video itu telah mendapat 25.1K kesukaan serta 533 komen daripada warganet.
Melalui video yang telah dikongsikan tersebut, warung milik ibunya itu telah menjual menu seperti mi goreng, nasi goreng, kuey teow goreng dan sup dengan berharga hanya RM3 setiap hidangan. Mustahil kan nak dapat harga serendah itu di zaman sekarang ini? Memang ‘heaven’ lah pelajar yang tinggal berdekatan situ.
“Warung kami terletak berdekatan dengan Maahad Amir, jadi pelajar adalah antara pelanggan tetap. Ibu kata biar berniaga dengan harga macam ni, asalkan ramai orang datang, daripada berniaga mahal dan tak ada orang datang.” ujar Haizum melalui temubualnya bersama mstar.
Tambahan itu, Haizum juga menyatakan bahawaibunya pernah mengalami kesukaran kerana kenaikan harga barang, namun masih memilih untuk mengekalkan harga demi meringankan beban pelanggan.
“Ibu pernah juga mengadu harga barang banyak naik. Tapi apabila ditanya kenapa tak mahu naikkan harga makanan di warung, ibu kata dia kesian pelanggan yang terdiri daripada orang kampung dan pelajar.”
“Pernah je pelanggan tak cukup nak bayar tapi ibu halalkan. Secara tak langsung, berniaga sambil beramal”. tambahnya lagi.
Haizum menyatakan bahawa dia sekadar ‘suka-suka’ untuk memuat naik video itu di aplikasi Tiktok, dan tidak menyangka perkongsian tersebut berjaya meraih perhatian warganet.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT”
“Semoga makcik nie. kaya raya. amin..”
“Harga-harga masakan panas macam tahun 2010 dulu”
“Ya Allah kak, boleh untung ke niaga mcm ni. Murah rezeki akak..”
Murah rezeki makcik kerana ramai yang turut mendoakan. Buat anda yang tinggal berdekatan dengan Warung Ibu, anda boleh lah singgah ke warung ini. Warung Ibu by Kak Yah ini bertempat di Jalan Pondok, Kg Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan dan beroperasi setiap hari seawal 6.30 pagi hingga 12 malam.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!