Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Allah akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi. Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Apabila seseorang mendapat nikmat sedekah, dia tidak kisah lagi berapa wang yang dikeluarkan. Justeru, setiap Mukmin perlu yakin amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka.

Setiap Mukmin juga perlu sentiasa ingat, sedekah paling besar pahalanya adalah apabila dia berada dalam keadaan sihat dan berasa sayang terhadap hartanya, maka pada waktu itu jangan bertangguh lagi untuk bersedekah.


Namun persoalannya, bolehkah seorang suami memberikan sedekah wang kepada isterinya?

Baca perkongsian Mohd Fhais ini.

IKLAN

Rupanya tak boleh sedekah kat isteri. Setiap hari jumaat saya akan bagi duit kat isteri. Tadi pun sama, saya bagi RM50 terus isteri jadi riang.


“Yeah, tak payah g cucuk duit”, kata isteri.

IKLAN

Cuma bezanya selalu saya niat sebagai sedekah. Tak boleh sebut sedekah rupanya. Sedekah ni kita tak boleh bagi sesuka hati. Lebih lebih lagi..Isteri yang masih ada suami yang berkemampuan tak layak terima sedekah.

Hanya golongan asnaf boleh terima sedekah. Lagipun tujuan kita bersedekah untuk membantu mereka yang memerlukan. Selain matlamat utama sedekah untuk kumpul pahala.

IKLAN

Jadi hasil kajian yang saya buat. Rupanya duit yang saya selalu bagi isteri ni patut niat sebagai hibah. Hibah ni adalah pemberian atas dasar kasih sayang bukan untuk kejar pahala. Makin banyak hibah, makin banyak la kasih sayang kita rasa.


Sama juga kalau ada bagi duit kat anak anak dan mak ayah. Niatkan sebagai hibah. Bab pahala tu Wallahu A’lam, mungkin dapat mungkin tidak tapi yang pasti kasih sayang makin bertambah.
Kasih sayang bertambah, semua orang bahagia.

Nak rasa hidup bahagia? Buat la hibah selalu. Makin banyak hibah, makin bahagia la kita rasa. Duit tak boleh beli kebahagiaan tapi duit boleh buat orang yang kita sayang bahagia.

Sumber kredit: Facebook Mohd Fhais

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI