Penyakit kencing manis bukan hanya untuk mereka yang berbadan kurus namun mereka yang berbadan besar juga berpotensi untuk mendapat kencing manis. Masyarakat Malaysia masih tidak mempunyai kesedaran yang mendalam terhadap penyakit kencing manis terutamanya tentang proses pemulihan selepas rawatan.

Penjagaan selepas rawatan yang dilakukan haruslah dilakukan dengan rapi untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang boleh memudaratkan. 

Sumber gambar: Diabetes.co.uk

• Berdasarkan statistik, peratusan pesakit kencing manis di Malaysia mencatatkan sebanyak 17.5 peratus dan ia merupakan salah satu kadar peratusan yang paling tinggi di dunia.

  • 50 peratus penghidap kencing manis tidak mengalami sebarang simptom.

PERUBAHAN GAYA HIDUP 

Sumber gambar: Healthline

Di Malaysia, penyakit kencing manis menunjukkan peratusan yang paling tinggi dihidapi oleh masyarakat, dan diikuti oleh penyakit buah pinggang. Malaysia juga turut dikenali sebagai “Jaguh Obesiti” dan sudah terang lagi bersuluh, gaya hidup masyarakat kita tidak sihat dan tidak berkualiti. Penjagaan makanan sangat penting di mana setiap daripada kita harus mengurangkan kadar gula dalam menu harian seperti mana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

IKLAN

Kita semua tahu bahawa gula memiliki kelebihan dan kekurangan. Apa yang menjadi masalah apabila kita mengambil gula yang berlebihan terutamanya dalam setiap hidangan. Gula di dalam nasi dan sebagainya juga menyumbangkan kepada punca kencing manis. Jadi kawalan gula itu harus dilakukan dengan ketat untuk membentuk gaya hidup yang sihat.

STRES PUNCA KENCING MANIS

Sumber gambar: John Hopkins

Stres juga adalah antara faktor utama seseorang itu menghidap kencing manis. Amatlah disarankan kepada semua lapisan masyarakat supaya bijak dalam mengawal stres untuk menghindari kencing manis. 

IKLAN

Seperkara lagi, tidak kira apa jenis penyakit sekalipun, untuk membentuk gaya hidup yang berkualiti, bersenam itu adalah perkara wajib yang harus dilakukan oleh semua orang, dari pelbagai lapisan. Di Malaysia sendiri sudah mencatatkan rekod peratusan kanak-kanak yang menghidap obesiti dan tidak kurang juga diabetik terutamanya kepada mereka yang menghidap kencing manis atas faktor sejarah keluarga. Jadi lakukan senaman dengan kerap tidak kira di luar rumah ataupun di gimnasium.

PEMILIHAN KASUT KENCING MANIS 

IKLAN
Sumber gambar: Shoerazzi

Bagi penghidap kencing manis yang melakukan rawatan ataupun yang sedang menghidapinya, pilihlah kasut yang direka khas untuk pesakit kencing manis. Ia mempunyai perbezaan di mana kawasan dalam kasut itu tidak mempunyai sebarang jalur jahitan malah jahitannya di luar untuk mengelakkan dari kaki tergesel dan menyebabkan luka yang teruk. Selain dari itu juga, ada juga kasut yang direka khas dengan saiznya boleh diubah-ubah dengan memanjangkan bahagian depan kasut.

Kasut haruslah sentiasa disarungkan tidak kira di dalam atau di luar rumah untuk mengelakkan sebarang perkara yang memudaratkan. Selainkan itu juga, pemakaian stokin jenis ‘cotton’ juga amat disarankan kerana ia tidak nipis dan tidak ketat, amat sesuai dengan mereka yang menghidap kencing manis. 

NASIHAT 

Diharapkan pesakit berjumpa dengan doktor lebih awal supaya boleh melakukan rawatan dengan kadar segera dan lebih mudah.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI