Bagi anda yang sukar untuk tidur, usah jadikan alasan itu untuk mengambil pil tidur atau membuat pekara yang negatif. Tahukah anda, antara faktor yang menyebabkan mata masih segar walaupun lewat malam adalah kerana minda yang masih aktif berfikir, budaya pemakanan lewat malam dan terlalu asyik dengan media elektronik. Selain itu, faktor psikologi seperti stres tentunya menyumbang banyak kepada masalah insomnia.

Sumber gambar: Monica

Jika dibiarkan berlanjutan, hal ini boleh menyumbang kepada masalah kekurangan imuniti, punca terjadinya kencing manis, masalah jantung dan yang paling ditakuti, berat badan meningkat! Usah risau, team Hijabista akan kongsikan cara mudah untuk anda mudah tidur dan mendapatkan tidur yang berkualiti.

Sumber gambar: Ketut

Rehatkan tubuh di kerusi malas

Cara yang paling mudah dan ringkas! Rehatkan tubuh anda di kerusi malas. Hayunkannya dengan perlahan dan pasti anda akan mula berasa mengantuk. Akhirnya, anda dapat tidur dengan lena dan tenang seperti bayi yang sedang diulik mimpi indah.

20 minit sebelum tidur

IKLAN

Pastikan segala urusan kerja anda siap 20 minit sebelum masuk tidur dan 20 minit lagi untuk anda bersiap untuk tidur seperti menggosok gigi, bersihkan diri atau menukar pakaian. Selain itu, pastikan juga anda meluangkan 20 minit baring diatas katil dan tenangkan minda dengan mendengar ritma nafas dan keluarkan segala pemikiran negatif.

Minuman untuk tenang

Pelbagai jenis minuman yang boleh diambil sebelum anda masuk tidur. Salah satunya ialah jus ceri. Jus ceri dipercayai dapat membantu anda untuk mudah tidur kerana ia kaya dengan melatonin, hormon yang mengawal kitaran bangun tidur tubuh. Juga ada kajian yang menunjukkan susu juga boleh membantu kerana ia mengandungi tryptophan untuk anda lena seperti bayi selepas menyusu juga.

IKLAN
Sumber gambar: Daria

Senaman Ringan

Luangkan sebentar waktu anda dengan melakukan beberapa senaman ringan yang ringkas seperti yoga kerana yang dapat merehatkan tubuh dan memberi keselesaan kepada saraf badan anda.

Usah Tidur Awal

IKLAN

Untuk imbang semula masa tidur anda mahu tidur jauh lebih awal tetapi situasi ini akan membuat momentum tidur lebih terganggung. Sebaliknya cuba tidur pada waktu yang sepatutnya secara rutin kerana tubuh dan minda ada corak tidurnya. Jika anda tidur terlalu awal, minda akan lebih celaru.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI