Hari Raya Aidilfitri bakal tiba kurang sebulan lagi, pastinya penampilan di pagi raya harus menarik dan selesa. Ramai akan memilih untuk mengayakan busana kurung tradisional demi merasai aura tradisi dan bersiap sedia sebelum ke masjid.
Namun bagaimana dengan penampilan usai matahari mula tegak di atas kepala? Pastinya pilihan yang lebih selesa dan praktikal menjadi pilihan bukan? H&M hadir dengan koleksi terbaharu Summer Stories yang sesuai diolah menjadi busana untuk meraikan lebaran akan datang.
Gaya Selesa
Rekaan yang dipertaruhkan menyuntik gabungan nuansa moden yang berikan elemen gaya kontemporari dan feminin, sesuai untuk semua golongan wanita. Paling penting, kebanyakan busana koleksi ini menggunakan 100 peratus kapas asli ataupun campuran kapas asli bersama linen. Semestinya memberi keselesaan secara total.
Ads
Bukan itu sahaja, bahkan koleksi ini turut sesuai digayakan oleh para hijabi. Tiru sahaja gaya Bella Dally yang merupakan wajah kempen ini disamping dua lagi selebriti lain iaitu Yaya Zahir dan Azira Shafinaz.
Ketiga-tiga wanita ini menjadi perlambangan wanita berkarakteristik positif yang menyerlahkan kepelbagaian dan kebebasan sebagai wanita. Dua ciri ini ditambah pula dengan personaliti mereka yang penuh keyakinan lantas mencerminkan kejayaan sebagai seorang wanita berkarier.
Stail Menarik
Ads
Penampilan gaya kasual ketika lebaran seharusnya diserikan dengan pilihan fesyen yang praktikal namun tetap memiliki elemen fesyen yang menarik. Koleksi H&M ini semestinya pilihan yang sangat tepat kerana ia hadir dalam rona yang cukup lembut serta rekaan yang sesuai digayakan sesiapa sahaja tidak kira sama ada anda berhijab ataupun tidak.
Ads
Oleh itu, koleksi ini sesuai untuk anda jadikan busana untuk menyambut perayaan Hari Raya nanti kala berkunjung ke rumah sanak saudara mahupun sahabat handai. Selesa, praktikal dan paling penting bergaya.
The Hijabista Show X H&M
Edisi khas lebaran The Hijabista Show menampilkan penyanyi & pelakon, Ernie Zakri dan Kilafairy bersama penata gaya selebriti Tym Fatimah ditemubual oleh hos rancangan , Qila dan Mellya. Berbincang tentang nostalgia hari raya mereka berbicara tentang isu gaya hidup sehinggalah fesyen. Menariknya, Tym Fatimah memberikan sesi ubah gaya kepada Qila dan Mellya dari busana tradisi bertukar ke busana moden menggunakan helaian keseluruhan H&M. Jangan lupa untuk menyaksikan edisi khas The Hijabista Show ini 30 April 2021 jam 8 malam di saluran media sosial YouTube, Instagram dan Facebook Hijabista.
Untuk mendapatkan koleksi ini anda boleh mengunjungi butik H&M seluruh Malaysia ataupun boleh membelinya secara atas talian menerusi laman sesawang https://www2.hm.com/en_asia4/index.html
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menjelang tengah hari, pastinya kulit akan mula berminyak. Malah, solekan juga ada yang bertiompok dan mula pudar.
Namun begitu usah risau kerana ada beberapa trik touch up mudah dan cepat yang boleh anda cuba.
9 trik touch up mudah dan cepat: –
1. Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, lap bahagian kulit wajah yang kelihatan berminyak dengan tisu atau tisu khas.
2. Padam saki-baki gincu pada bibir, kemudian oles semula gincu selepas touch-up.
3. Setelah minyak berlebihan menyerap sepenuhnya, gunakan span bersih untuk menyapu keluar bedak asas serta pembayang pipi agar tampak lebih sekata.
4. Tambah sedikit concealer di bawah mata jika anda mempunyai masalah lingkaran gelap.
5. Jika lapisan bedak asas atau concealer mula pudar, tambah semula dan sapu rata pada bahagian tersebut. Kemudian layangkan sedikit bedak translucent untuk mencipta asas solekan yang pusam (matte).
6. Layangkan sedikit pembayang pipi jika perlu.
7. Touch-up penggaris mata dengan pembayang mata.
8. Jika pembayang mata kelihatan semakin berminyak, blot bahagian kulit tersebut dengan tisu dan gunakan berus solekan untuk memberikan efek sekata. Tambah rona pembayang mata yang sama pada kelopak mata agar tampak seimbang pada kedua-dua bahagian.
9. Akhir sekali calitkan gincu. Jika gincu masih elok di bibir, hanya perlu calitkan sedikit lip gloss untuk menampakkan bibir lembap dan sihat.
Keselesaan sebalik sehelai hijab, ramai yang tak tahu pelbagai cabaran yang harus dihadapi. Apatah lagi jika hijabi yang mempunyai masalah kulit kepala pasti akan terasa ingin membuka hijab.
Sehelai rambut mahupun kulit kepala harus diberi penekanan berganda jika anda bertudung. Ramai yang cari penyelesaian untuk rambut lebat dan berkepuk tapi sering kali lupa untuk rawat kulit kepala terlebih dahulu. Hijabi ini kongsi syampu yang mampu lesapkan kelemumur dengan sekali penggunaan sahaja.
Kelemumur adalah keadaan kulit kepala yang menyebabkan serpihan kulit muncul. Mungkin juga ada rasa gatal. Kebanyakan orang mengalami kelemumur pada satu ketika, tetapi ia lebih biasa dari tahun-tahun remaja hingga pertengahan umur.
Terdapat pelbagai kemungkinan penyebab, termasuk dermatitis seborrheic, tindak balas alahan, psoriasis, dan ekzema.Reaksi berlebihan terhadap Malassezia, yis yang berlaku pada kulit kepala, adalah antara punca dermatitis seborrheic.
Pelbagai faktor meningkatkan risiko mengembangkan kelemumur, termasuk umur seseorang, cuaca, tahap tekanan, keadaan perubatan, dan pilihan produk rambut. Kebersihan yang kurang baik bukanlah satu faktor, tetapi serpihan mungkin lebih kelihatan jika seseorang tidak kerap mencuci atau menyikat rambutnya.
Mencari syampu yang sesuai dengan masalah kelemumur ini bukan mudah, mungkin perkongsian hijabi ini dengan menggunakan satu syampu sudah memadai. Kelemumur bagaikan salji dan ditambah pula rambut yang gugur, solusi yang di kongsi oleh hijabi ini hanya menggunakan syampu dari jenama selsun.
Ubat ini digunakan untuk merawat kelemumur dan jangkitan kulit kepala tertentu (dermatitis seborrheic).Ia mengurangkan kegatalan, mengelupas, kerengsaan, dan kemerahan kulit kepala.Selenium sulfida juga digunakan untuk keadaan yang menyebabkan perubahan warna kulit (tinea versicolor).
Malah syampu ini tergolong dalam kelas ubat yang dipanggil anti-infeksi.Ia berfungsi dengan memperlahankan pertumbuhan yis yang menyebabkan jangkitan.
Ubat ini hanya untuk digunakan pada kulit sahaja.Sesetengah jenama memerlukan goncangan sebelum digunakan.Semak pakej produk anda untuk melihat sama ada jenama anda perlu digoncang.Sebelum menggunakan ubat ini, tanggalkan sebarang perhiasan untuk mengelakkan kerosakan padanya.
Elakkan memasukkan ubat ini ke dalam mata anda, di dalam hidung atau mulut, atau pada mana-mana kawasan kulit yang pecah/radang kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan.Jika ini berlaku, siram kawasan tersebut dengan air yang banyak.Rujuk doktor atau ahli farmasi anda jika anda mempunyai sebarang soalan tentang cara menggunakan ubat ini dengan betul.
Untuk rawatan dermatitis kelemumur atau kulit kepala
Ikut arahan pengilang, atau gunakan seperti yang diarahkan oleh doktor anda.Basahkan kulit kepala dan urut ubat pada kulit kepala yang basah.Biarkan pada kulit kepala anda selama 2-3 minit dan bilas dengan bersih.Sesetengah jenama mungkin memerlukan aplikasi kedua.
Semak pakej produk untuk melihat sama ada jenama anda memerlukan aplikasi berulang.Pastikan untuk membilas rambut dan kulit kepala dengan baik dengan air selepas setiap penggunaan, terutamanya pada rambut yang diluntur, berwarna atau dikeriting.
Ubat ini biasanya digunakan 1 atau 2 kali seminggu untuk merawat kelemumur atau dermatitis seborrheic, atau kurang kerap untuk mengekalkan kawalan kelemumur.
Untuk rawatan tinea versicolor
Sapukan selenium sulfida pada kulit yang terjejas.Buih dengan sedikit air.Biarkan ia kekal pada kulit anda selama 10 minit.Bilas kulit anda dengan teliti dengan air selepas setiap penggunaan.Jika ubat menyentuh kawasan kemaluan atau lipatan kulit, bilas kawasan tersebut dengan air selama beberapa minit untuk mengelakkan kerengsaan.
Ubat ini digunakan biasanya sekali sehari selama 7 hari untuk merawat tinea versicolor, atau digunakan seperti yang diarahkan oleh doktor anda.
Basuh tangan anda selepas menggunakan selenium sulfida.Jangan biarkan ubat ini pada rambut, kulit kepala, atau kulit anda untuk tempoh yang lebih lama atau gunakan lebih kerap daripada yang diarahkan.Keadaan anda tidak akan hilang dengan lebih cepat, tetapi kesan sampingan mungkin meningkat.
Kerengsaan kulit, kulit kering, rambut/kulit kepala berminyak atau kering, atau keguguran rambut sementara mungkin berlaku.Jika mana-mana kesan ini berlarutan atau menjadi lebih teruk, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.
Perubahan warna rambut mungkin berlaku dan boleh dikurangkan dengan membilas rambut dengan teliti selepas setiap rawatan.
Jika doktor anda telah menetapkan ubat ini, ingat bahawa doktor anda telah menilai bahawa manfaat kepada anda adalah lebih besar daripada risiko kesan sampingan.Ramai orang yang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.
Reaksi alahan yang sangat serius terhadap ubat ini jarang berlaku.Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda melihat sebarang gejala tindak balas alahan yang serius, termasuk: ruam, gatal-gatal/bengkak (terutamanya pada muka/lidah/tekak), pening yang teruk, kesukaran bernafas.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tidak mengenali pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad. Sikapnya yang bersahaja disertakan dengan lelucon menjadikan penampilannya tiap kali mengacarakan sesuatu majlis berprestij tidak pernah membosankan. Umum mengetahui sebelum ini saiz badan Sherry memang agak berisi berbanding sekarang ini.
Namun selebriti berbakat besar ini tidak pernah menjadikan itu sebagai alasan untuk tampil ‘outstanding’ dalam apa jua persembahannya di pentas. Oleh kerana penampilan juga penting dalam memastikan diri lebih konfiden, Sherry juga sebenarnya turut menjalani sesi diet dalam usaha mendapatkan berat badan idaman.
Pelbagai cara dilakukan dan salah satunya menjaga pemakanan dan juga melakukan senaman di gym. Dan kini beratnya telah berkurangan dan dia tekad untuk terus konsisten mengamalkan diet bagi membolehkan targetnya untuk mencapai berat angka 95 KG terlaksana.
Ketika ditemui baru-baru ini, Sherry tidak lokek berkongsi caranya mengamalkan diet bagi memastikan misi mendapat berat badan idaman tercapai.
“Saya sebenarnya memang ada masalah. Memang dari zaman kecil lagi saya berbadan besar. Dari sejak lahir sampai sekarang saya tak pernah melalui zaman kurus, Sebab mak kata kalau saya kurus saya jadi sombong.
“Transformasi yang dilakukan ini sebenarnya tak terlalu mendadak. Saya sendiri tahu dan kenal bentuk badan sendiri, jadi saya buat secara slowly. Macam kawan-kawan saya yang buat (diet) ini boleh kurus dalam tempoh setahun, tapi saya tak. Ini kerana punca utama saya suka makan.
“Dan benda yang saya suka makan adalah benda-benda yang manis. Cuma sekarang saya sudah kurangkan. Contohnya coklat, milo dan sebagainya saya cuba kurangkan pengambilannya,” ujar Sherry yang juga merupakan pengacara Big Stage.
Menurutnya, kalau dulu memang dia akan mengambil makanan manis ini hari-hari dan sekarang dia teruk tolak pengambilannya.
“Kalau saya minum kopi pun saya ambik kopi kosong. Dan saya juga masih lagi meneruskan aktiviti senaman di gym sebab saya tahu kelemahan saya. Saya pernah berhenti tiga bulan, sebelum tu berjaya turunkan 20 kg, tapi bila berhenti terus naik jadi 6 kg.
“Berat saya masih lagi dalam angka 100 kg dan saya tekad untuk dapatkan berat 95 kg. Itulah impian saya dan doakan ye, insya-Allah. Jadi untuk memastikan impian ini tercapai saya memang perlu kawal pemakanan.
“Kalau masa puasa, kita boleh kawal nafsu makan. Tapi lepas tu memang payah. Dan saya rasa sebab semuanya bergantung pada minda kita. Dalam fikiran kita, kalau kita berjaya kawalnya, insyaAllah ia akan dipermudahkan,” tambahnya yang turut mengamalkan diet secara sihat.
Tambah Sherry, dia berjaya untuk tidak makan gula dan kawal untuk tidak makan nasi.
“Alhamdulillah, saya kini boleh mengawalnya. Kalau dulu tak makanan nasi menggigil badan. Jadi saya nak kongsi tip bagi yang baru nak start berdiet ini memandangkan kita sukar untuk pergi gym jadi mulakan dengan dengan benda yang basic dulu, iaitu potong gula terus.
“Insya-Allah kalau boleh potong gula, you can do this lah, why not,” pesan Sherry yang hadir di majlis Sidang Akhbar memperkenalkan hos baru untuk program Bual Bicara ‘Mingguan Wanita’ bagi musim terbaru.
Sherry adalah salah seorang hos baru yang dipilih dan akan bergandingan dengan empat lagi selebriti, iaitu Erra Fazira, Norman Hakim, Siti Elizad dan juga Raden Amir (ERA).
Manakala tiga personaliti terkenal dalam bidang masing-masing juga turut diberi mandat sama adalah Dato’ Fadzilah Kamsah, Prof. Dr Muhaya dan Imam Muda Ashraf.
Kriteria dalam pemilihan selebriti ini adalah berdasarkan populariti dan kelebihan serta pengalaman masing-masing dalam mengenali program itu nanti.
Program ‘Mingguan Wanita musim kedua ini kembali serba baharu dan masih mengekalkan kandungan format asal yang dirangka untuk mengetengahkan pelbagai topik dan perkongsian menarik mengenai wanita, hal ehwal rumah tangga dan isu-isu kekeluargaan merangkumi kupasan komprehensif mengenai isu semasa berkaitan kesihatan, kecantikan, fesyen, kemanusiaan, gaya hidup, pengembaraan, motivasi dan sebagainya.
Siaran langsung ‘Mingguan Wanita’ akan berdurasi selama 60 minit sepanjangh 144 buah episod dan bakal bersiaran secara eksklusif setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari di saluran Astri Prima/HD atau boleh juga diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘On Demand’.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.