Kebiasaannya ramai mengambil peluang untuk berpuasa enam di bulan Syawal. Ini adalah bagi mengejar ganjaran pahala berganda jika dapat melakukan amalan sunat ini sepanjang Syawal. Bukan umat Islam sahaja teruja untuk mengerjakan puasa enam ini, tetapi juga bukan Islam. Umum mengetahui selebriti bukan Muslim, Dr. Soo Wincci seorang yang rajin berpuasa. Bukan sahaja ketika bulan Ramadan tetapi juga puasa enam. Dan tahun ini sudah masuk tahun ketujuh dia berjaya menyelesaikan kedua-dua puasa berkenaan.
Namun kali ini menurut Soo Wincci situasinya agak berbeza dan mencabar sekali. Ini kerana dia melakukannya di bumi Sepanyol dengan jangka masa yang panjang iaitu berpuasa selama 18 jam. Namun pelakon yang juga bekas ratu cantik Miss World 2008 ini juga bersyukur kepada Tuhan kerana segalanya dipermudahkan dan sudah diselesaikan dengan baik.
Beliau telah muat turut posting dengan menunjukkan juadah makanan untuk berbuka puasa pada hari terakhirnya berpuasa enam. Dia yang kini berada di Sepanyol untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang muzik dengan pengkhususan produksi, teknologi da inovasi di kampus cawangan Berklee College Of Music di Valencia sejak Sembilan bulan lalu. Ternyata amalan dilakukan oleh pelakon cantik ini turut mendapat pujian netizen. Rata-rata mengucapkan syukur dan mengharapkan agar dirinya menerima hidayah dari Allah satu hari nanti. @biro_kokurikulum Tahniah dr. Semoga mendapat hidayah ke jalan yg benar…Aamiin.@wanrosenina Alhamdulillah!! Tahniah @dr.soowincci@superman_o7 Syukur Alhamdulillah semoga diberikan hidayah@leenasallyna Well done. Hope you bacome a Muslimah one day @dr.soowincci. Aameen
Tidak kurang juga netizen yang turut memberi pandangan padanya jika Soo Wincci berminat untuk melakukan amalan lain dalam Islam. @noral_from_malaysiaTahniah @dr.soowincci. Semoga terus kekal sihat, cantik, rajin, tidak putus asa dan kekal bersemangat dalam apa jua kerjaya mahupun kehidupan. Selain puasa, ada amalan lain dalam Islam, yang baik & bermanfaat untuk kesihatan dari segi fizikal dan rohani…. Jika berminat, boleh tanya mana2 muslim yang baik, alim, boleh dipercayai dan ikhlas. Susah nak jumpa yg ikhlas tanpa agenda lain.. tapi jika berminat boleh cuba hubungi, dr zulkifli mohamad al-bakri. Saya baru nak mulakan puasa 6. InsyaAllah.
Kisahnya yang sudah tujuh tahun melakukan ibadah puasa ini juga juga turut menjadi sumber inspirasi buat orang lain @ainaandrah U hv inspired a lot of people out there. May God bless you always@psycho_snap Inspiring and respect!! Congrats @dr.soowincci@cn_ciknad Wahhhh so inspiring.
Penyanyi yang namanya sedang meningkat naik, Farisha Iris mengakui sebagai selebriti adalah ‘crucial’ bagi dirinya untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya di khalayak umum. Kerana ramai diantara peminat yang menjadikan dirinya sebagai role-model tidak kira dari segi fesyen hinggalah kepada rutin kecantikkan.
Sehubungan itu, Hijabista sempat ‘mengorek’ amalan mahupun rutin untuk kekal cantik yang sering diamalkan oleh si cantik manis Farisha Iris atau nama penuhnya Farisha Asmadi.
Berikut merupakan tiga amalan yang disarankan Iris khas buat Hijabi yang mahu mengekalkan kecantikan atau beauty enthusiast.
Menurut Iris, perkara yang paling penting untuk mengekalkan kecantikan adalah apabila tubuh badan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi.
Jelasnya lagi, rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti bakal memberikan aura yang berbeza kepada tubuh badan seseorang.
“Paling penting adalah kena cukupkan rehat, tidur jangan lambat dan jangan terlalu banyak tengok handphone kerana lambat laun ia akan memberi kesan kepada kulit kita,” ujarnya.
Selain itu, Iris berkata indikator kedua yang perlu dijadikan amalan adalah ambil tahu tentang kadar air dalam badan. Water intake yang cukup amatlah diperlukan untuk memenuhi keperluan badan seseorang.
Tambahan pula, dengan cuaca di negara tropikal yang panas dan lembap serta tidak menentu kebelakangan ini. Malah, pengambilan air yang cukup dapat mengelakkan kita dari terkena strok haba!
“Jika nak kekalkan kecantikan harus minum air yang banyak, kerana ia membantu untuk memulihkan kembali tenaga tubuh badan anda,” ulas Iris.
Kecantikan juga kadangkala dipengaruhi oleh persekitaran di sekeliling kita, kerana persekitaran yang baik akan membuatkan mood seseorang menjadi baik, lebih yakin dan ia sekaligus memaparkan persona cantik secara tidak langsung.
Namun, sekiranya seseorang berada dalam persekitaran yang negatif dan buruk. Maka, semangat akan merundum maka pemikiran negatif akan memakan diri seseorang dari dalam. Lantas membuatkan personaliti seseorang itu terlihat tidak cantik.
Justeru, ini pesan Iris kepada hijabi di luar sana yang mendambakan kecantikan:
“Anda semua perlu kekal positif, sentiasa senyum jangan marah-marah nanti lekas tua!,” selorohnya.
Apapun, Hijabista berharap agar Hijabi dapat mengamalkan tip yang disarankan oleh Farisha Iris ini. Malah, sentiasa ingat bahawa kita semua cantik dan telah diciptakan Allah swt dengan begitu sempurna.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila restauran terkenal menawarkan pelbagai hidangan, mulalah nafsu tidak terkawal. Dan agak mustahil kita menolak semua makanan ini dan pastinya akan mengalami pertambahan berat badan kerana tidak tahu kalori dalam setiap hidangan.
Jadi bagaimana caranya untuk kita mengawal berat badan agar ia tidak jadi berlebihan hingga boleh membawa penyakit. Jika diet pemakanan seimbang dan sentiasa kekal terjaga, proses penurunan berat badan anda pasti berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.
Dan anda juga perlu sanggup berkorban meninggalkan segala jenis makanan enak yang tidak berkhasiat. Jadi apakah diet berkesan yang boleh kita amalkan dengan hasilnya sepantas 7 hari sahaja.
Melalui perkongsian di laman sosial Facebook dari page Rahsia Teh Herba Cantik Sihat Dan Slim barkongsi 21 tip diet paling berkesan.Jika diamalkan secara konsisten, berat badan anda akan kekal terjaga walaupun mengambil makanan digemari.
Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.
Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
BACA ARTIKEL INI:
Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? – Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut. Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti: Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? – Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.
Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.
Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.
Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.
Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.
Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.
Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.
Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari.
Alasannya? – Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Alasannya? – Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.
Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi yang memiliki permasalahan rabun, pasti sudah penat menggunakan kacamata. Walaupun lebih praktikal memakai kacamata terkadang membuat sebahagian daripada anda ternganggu , apalagi jika harus menghadiri acara penting dan ingin tampil cantik. Jadi, kalau sudah begitu, cuba ganti kacamata anda dengan kanta mata lengkap.
Selain membantu penglihatan menjadi lebih baik, kanta mata lengkap juga membuat mata menjadi lebih indah. Berikut cara memilih kanta lengkap yang terbaik untuk newbies dan cadangan kanta mata lengkap yang terbaik, selamat dan selesa untuk anda.
Kanta lengkap dipakai di mata , tentu sekali perkara pertama adalah sesuaikan dengan keadaan mata.
Selain itu, kanta lengkap memiliki kadar air yang berbeza-beza. Kadar air ini berfungsi untuk menjaga kelembapan mata. Normalnya, kanta lengkap memiliki kadar air sebanyak 48%. Di bawah peratus ini, akan membuat mata lebih cepat kering.
Ukuran diamater kanta lengkap pun bervariasi, tetapi kanta lengkap dengan diamater sekitar 14 mm akan sangat selesa digunakan kerana sesuai dengan ukuran bola mata manusia.
Pertanyaan ini seringkali membuat pemula buntu untuk memilih kanta lengkap yang tepat. Walhal, pemilihan warna kanta lengkap bersifat subjektif.
Kalau anda hanya ingin menggunakan kanta lengkap sebagai pengganti kacamata, kanta lengkap lut sinar adalah pilihan terbaik. Tetapi, kanta lengkap berwarna atau bercorak akan terlihat sesuai ketika dipakai untuk sessi fotografi atau menghadiri majlis-majlis tertentu.
Kulit putih umumnya lebih bebas memilih warna apa pun, sedangkan kulit kuning langsat dan sawo matang akan terlihat natural dengan warna gelap dan coklat.
Selain semak kadar air serta diameternya, anda juga harus menjaga kanta lengkap dengan berhati-hati agar tidak mudah koyak. Perhatikan juga berapa lama tamat tempoh kanta lengkap sebelum membeli.
Walaupun boleh dipakai hingga setahun, kanta lengkap yang jarang dibersihkan dan tidak terawat pun akan lebih cepat kotor sehingga akhirnya tidak boleh dipakai lagi. Faktor lain seperti harga penting.
Jangan sampai asal boleh memilih kanta lengkap hanya kerana harganya murah dan sebaliknya, kanta lengkap mahal pun belum tentu memiliki kualiti yang baik dan sesuai dengan keadaan mata anda.
BACA JUGA ARTIKEL INI:
Selamat dengan variasi warna yang sesuai untuk mata sepet
Pilihan warna dari Freshlook Colorblends cukup bervariasi sehingga boleh dijadikan sebagai koleksi. Dengan kadar air yang cukup tinggi, dijamin mata anda tidak akan cepat kering. Bahkan, kanta lengkap ini juga tersedia untuk mata minus hingga -8. Namun, tempoh pemakaian kanta lengkap ini hanya sah selama sebulan.
Kanta lengkap lut sinar dengan diameter kecil untuk mata kecil
Kalau kamu lebih menyukai softlens lut sinar, Acuvue 2 Johnson & Johnson adalah produk yang tepat untuk digunakan seharian. Selain mengandung kadar air cukup tinggi, kanta lengkap ini juga memiliki UVProtection untuk menjaga kelembapan mata sekaligus melindungi dari radiasi sinar matahari. Anda akan mendapatkan 3 pasang lensa kontak dalam 1 kemasan. Tetapi, penggunaan tiap lensa relatif singkat, iaitu per-dua minggu.
Softlens selesa dengan natural look
Mahu pakai kanta lengkap bermotif tetapi masih ingin terlihat natural? FreshKon Mosaic ini, khususnya warna Charming Brown dan Urban Grey seperti yang juga dipakai oleh Cheryl Raissa sesuai dengan anda yang inginkan sentuhan glamour dan efek mata bundar. Tidak hanya terlihat cantik, kanta lengkap ini juga selamat digunakan kerana terbuat dari bahan Hydrophilic.
Terbaik untuk mata silinder atau astigmatisme dengan 8.5 base curve
Siapa kata mata berbentuk silinder hanya boleh menggunakan kacamata? Tidak, kamu masih boleh tampil bergaya dengan menggunakan softlens dari Bausch & Lomb. Kandungan Alphafilcon A dan Lo-Turque dalam produk ini akan memberikan kestabilan dan ketajaman penglihatan untuk mata silinder. Ukuran diameternya dan base curve pun hampir mirip dengan ukuran bola mata manusia. Memiliki kadar air yang tinggi dan tidak membuat mata iritasi.
Murah dan sesuai untuk newbies dan guna semasa wedding
Kanta lengkap dari jenama Bausch & Lomb ini adalah kanta lekap dengan pigmen warna yang tertanam di dalam kanta untuk mengelakkan cahaya berwarna yang terbias bersentuhan dengan mata. Kanta lengkap ini datang dengan corak permata yang unik memberikan mata tampak lebih dalam dan berkilau. Bahan kanta telah diuji dan terbukti mengurangkan penghidratan kanta untuk keselesaan pada anak mata dengan baik. Reka bentuk kanta lekap ini adalah nipis dan tirus memberikan keselesaan kepada si pemakai.
Sesuai buat anda mata sepet – fungsi untuk membesarkan mata
Contact lens ini sesuai bagi mereka yang bermata sepet kerana ia mampu memberikan efek agar mata tampak lebih besar. Dijual dengan 10 warna pilihan yang hebat dari siri BB ini, akan membuat mata anda tampil lebih besar dan ekspresif. Kanta lengkap ini mampu bertahan untuk jangka masa sebulan. Tidak perlu lagi bimbang untuk mencari kanta lengkap yang lain. Blincon BB dapat memenuhi kehendak anda dengan sempurna.
Sesuai untuk mata juling – multifungsi buat anda yang mempunyai masalah rabun jauh atau dekat
Kanta lengkap ini memberikan fokus kepada keseimbangan serta keselesaan dan kesihatan Kornea. Lensa elit dari CooperVision ini menggabungkan keseimbangan oksigen, kelembapan tinggi, modulus rendah dan kandungan air yang tinggi untuk menghasilkan lensa yang memberikan keselesaan optimum semasa anda memakainya, jaminan kelembapan sepanjang masa. Kandungan air 56% yang tinggi dalam lensa ini dengan gabungan teknologi AquaGen, sesuai untuk mereka yang rabun jauh, dekat dan juling kerana ia mempunyai kuasa kanta di pelbagai tahap dan ciri-ciri kanta lekap yang paling baik.
Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah power tinggi dan mata selalu kering
AIR OPTIX ditambah dengan kanta sentuh HydraGlyde yang menggabungkan dua teknologi canggih direka untuk memberikan kelembapan pada permukaan kanta lekap agar tahan lama serta memberikan perlindungan pada mata. Ia mengandungi Smart Shield Technology untuk membantu melindungi kanta lekap dan mata daripada radikal bebas atau pencemaran udara. Hydraglyde dapat mengekalkan kelembapan permukaan pada kanta sepanjang hari. Kanta lekap ini mempunyai kuasa untuk rabun pelbagai tahap, termasuk yang mempunyai power tinggi.
Kanta lengkap dari Korea – untuk penampilan lebih natural
Kanta lekap yang diimport khas dari Korea, tidak mengeringkan mata kerana mempunyai kandungan air yang agak baik sebanyak 38%. Kanta lekap ini boleh digunapakai selama 1 tahun jika kena dengan cara penjagaan dan penyimpanannya agar lens itu tidak tercemar dari bahan yang akan mengakibatkan iritasi pada anak mata. Jika anda penonton setia drama Korea atau peminat selebriti dari negara itu, perhatikan anak matanya. Kebanyakan daripada mereka gemar menggunakan warna yang natural agar tidak tampil terlalu ketara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.