Wanita wajib menjaga auratnya tidak kira di mana pun mereka berada. Aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Kaki juga merupakan aurat dan sebab itu kita digalakkan memakai stoking untuk menutup kaki kita. Ada juga yang bertanya, adakah sah solat wanita yang tidak memakai stoking tetapi memakai kain yang labuh sehingga menutup kakinya?
Sabda Rasulullah SAW:
لا يَقبَلُ اللهُ صلاةَ حائضٍ إلا بخِمارٍ
Ads
“Allah tidak menerima solat perempuan yang sudah haid (baligh) kecuali jika dia memakai khimar.”– Riwayat Abu Daud (641)
Imam al-Nawawi berkata:
Ads
“Menutup aurat adalah syarat sah solat. Jika terdedah suatu pun daripada aurat orang yang bersolat tidak sahlah solatnya sama ada banyak terdedahnya atau sedikit, lelaki dan perempuan sama sahaja (wajib menutup aurat).” Rujuk al-Majmu’ (3/166).
Mengikut pendapat mazhab al-Syafie, tapak kaki wanita dikira sebagai aurat yang wajib ditutup ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim dan juga di dalam solat. Jika tidak ditutup, maka tidak sah solatnya.
Kesimpulannya, sah solat bagi wanita yang tidak memakai stoking tetapi melabuhkan pakaian hingga menutup kaki. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Di khabarkan hari ini, 8 November, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu dengan jarak 404,923km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di negara Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta pada sebahagian utara dan timur Eropah.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru semua masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengadakan jemaah solat sunat dan khubah gerhana bersempena fenomena hari ini. Kenyataan itu dimuat naik di laman rasmi Twitter sekaligus memaklumkan gerhana bulan penuh akan berlaku pada jam 6.45 petang hingga 8.49 malam.
Perkongsian mengenai gerhana bulan penuh ini telah dimuat naik di laman sesawang Agensi Angkasa Malaysia – MYSA, fenomena ini berlaku apabila cakera Bulan berpaksi pada bayang umbra bumi yang berada di pertengahan bayang itu. Keadaan ini juga pernah berlaku dua kali pada tahun 2018.
Malaysia juga tidak terlepas untuk menyaksikan fenomena ini. Ia akan mula terlihat pada jam 4.02 petang dan akan berakhir pada jam 9.56 malam mengikut waktu tempatan. Namun, kita tidak dapat menyaksikan permulaan fasa gerhana penumbra dan separa yang berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.
Jangan risau! Masyarakat di Malaysia juga berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak. Bagi mereka yang duduk di kawasan Semenanjung Malaysia, fenomena tersebut hanya akan mula terlihat sewaktu fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9.56 malam.
Sudah menjadi kepastian untuk umat Islam mengerti kekuasaan Allah SWT yang mencipta sekalian alam. Maka, ini merupakan salah satu tanda fenomena yang mengukuhkan lagi Allah SWT menguasai segala-galanya.
Usaha dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengajak hampir seluruh masjid dan surau di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk adakan solat sunat dan khutbah gerhana bulan penuh. Ia bagi mengimarahkan orang ramai untuk mensyukuri serta mengagungkan kekuasaan Allah SWT.
Susulan Fenomena Gerhana Bulan Penuh yang dijangka berlaku pada 8 November 2022 (Selasa) jam 6.54 petang hingga 8.49 malam, JAWI menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat sunat serta Khutbah Gerhana pic.twitter.com/t0PJ4jf3q0
Di fahamkan lagi, solat sunat dan khutbah Gerhana Bulan Penuh ini dilakukan seusai solat Maghrib untuk di Semenanjung. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan pula perlu melaksanakan selepas solat Isya’ pada hari ini. Ada juga di selitkan cara melakukan solat sunat ini pada laman sosial media Twitter.
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
1.Niat & Takbiratul Ihram
2.Baca Al-Fatihah & Surah Lain
3.Ruku’ Yang Panjang
4.Iktidal, Baca Al-Fatihah & Surah Lain
5.Ruku’ Yang Panjang & Iktidal
6.Sujud Yang Panjang
7.Duduk Antara 2 Sujud
Jelas di sebut tentang kebesaran serta kekuasaan Allah SWT yang meliputi segalah aspek kehidupan Manusia. Mengikut Firman-Nya yang di sebut dalam al-Quran:
Maksudnya :“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kekuasan Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
Tak susah sebenarnya untuk jadi cantik. Bukan sahaja dengan cara mengamalkan petua tradisional, tetapi juga boleh dilakukan setiap kali mengamalkan Doa Nabi Yusuf supaya wajah tampil cantik dan berseri. Doa ini boleh diamalkan sebaiknya selepas setiap kali bersolat.
Inilah Doa Nabi Yusuf Supaya Wajah Tampil Cantik & Berseri..
Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh membentuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali..
Masa itu emas. Pepatah Melayu ini barangkali amat sesuai untuk menggambarkan tentang kejayaan seorang anak muda berusia 33 tahun yang menjadi Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022. Cerita kejayaan Sofizah Mousin bagaikan sebuah inspirasi kepada semua untuk menghargai masa yang ada.
Tidak memandang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang guru Geografi sebagai batu penghalang untuk mencipta kejayaan, Sofizah yang diangkat sebagai Johan Qariah ini sentiasa mencari ruang dan kesempatan untuk melatih suaranya demi untuk memberikan yang terbaik sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M yang berlangsung sejak 12 hingga 17 Jun lalu.
Kongsinya, waktu yang seringkali digunakan untuk melakukan sesi latihan taranum ialah semasa memandu. Ternyata, kekangan masa bukanlah alasan untuk dirinya memberikan yang terbaik. Alunan suaranya yang memenuhi seluruh Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar Johor itu sudah membuktikan bahawa dia ialah seorang juara.
Biasanya, saya buat latihan taranum dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari.
Tambahnya lagi, dia tidak menyangka akan kemenangannya itu kerana bukan sahaja disebabkan oleh kekangan masa malah anaknya juga mengalami masalah kesihatan, dua minggu sebelum pertandingan ini berlangsung. Tetapi, piala johan Qariah menjadi miliknya malam itu walaupun sudah tiga kali menyertai pertandingan ini di peringkat kebangsaan.
Alunan suaranya bukan sahaja memberi ketenangan kepada telinga yang mendengar, malah bacaan tajwid dan fasahah yang tepat menjadi kunci kemenangannya itu. Maka tidak hairanlah, wanita yang berkulit putih ini dinobatkan sebagai juara.
Berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM15 ribu serta tambahan RM 10 ribu sebagai penghargaan untuk menunaikan haji, Sofizah yang tidak menjadikan faktor usia sebagai batu penghalang ini juga turut membawa pulang cenderamata dan sijil penghargaan.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.